omniture

InnoLight Technology Adakan Demo Secara Langsung Penghantar-Terima Optik 400G QSFP-DD FR4 di OFC 2018

InnoLight Technology (Suzhou) Ltd
2018-03-12 10:00 790

SUZHOU, China dan SANTA CLARA, California, 12 Mac 2018 /PRNewswire/ -- InnoLight Technology (Suzhou) Ltd, peneraju bagi optik pusat data, hari ini mengumumkan ketersediaan penghantar-terima optik 400G QSFP-DD FR4 yang pertama dalam industri di OFC 2018 San Diego, California, AS. Di samping itu, InnoLight memperkenalkan beberapa bahagian baharu daripada rangkaian penghantar-terima optic 400G OSFP dan QSFP-DD miliknya yang terkemuka dalam industri.

Dengan permintaan yang tidak putus-putus terhadap lebar jalur yang lebih tinggi daripada pusat-pusat data berskala hiper, penghantar-terima optik 400G amat diperlukan untuk mengurangkan kos lebar jalur. OSFP dan QSFP-DD merupakan penyelesaian pilihan 400G untuk rangkaian awan generasi seterusnya. Bagi menyokong pertumbuhan pesat ini, InnoLight memperkenalkan rangkaian optik 400G QSFP-DD dan OSFP:

  • QSFP-DD SR8                                        
  • QSFP-DD AOC
  • QSFP-DD DR4                                        
  • QSFP-DD FR4
  • OSFP SR8
  • OSFP AOC                          
  • OSFP 2x FR4     
  • OSFP LR8

InnoLight akan mengadakan demonstrasi secara langsung penghantar-terima optik 400G QSFP-DD FR4, 400G QSFP-DD SR8, 400G OSFP LR8, 400G OSFP 2x FR4, 400G OSFP SR8 dan 100G QSFP28 FR1 Lambda Tunggal secara langsung di reruainya di OFC.

 "Kedua-dua OSFP dan QSFP-DD diguna pakai sebagai optik 400G generasi seterusnya untuk rangkaian awan. Setiap penyelesaian mempunyai kelebihan dan aplikasi sasarannya. Bergantung pada seni bina rangkaian pengendali awan, sama ada QSFP-DD mahupun OSFP menawarkan penyelesaian yang paling berkesan kos untuk sambungan rangkaian pusat data 400G. InnoLight, dengan keupayaan penyelidikan & pembangunan (R&D) yang canggih dan perkongsian teknologi yang mantap, berbangga untuk memperkenalkan kedua-dua faktor bentuk tersebut kepada pasaran secara serentak. 400G QSFP-DD amat bagus dari segi keserasian ke belakang dengan 100G/200G QSFP28/56. 400G OSFP menonjol dalam mendayakan pemindahan ke atas kepada 800G. InnoLight memacu penggunaan kedua-dua faktor bentuk 400G dengan agresif bagi memberikan prestasi optik dengan harga yang terbaik dalam industri," kata Osa Mok, Ketua Pegawai Pemasaran InnoLight Technology.

Latar Belakang InnoLight 

InnoLight Technology (Suzhou) Ltd mereka, membangunkan dan memasarkan penghantar-terima optik berkelajuan tinggi yang membolehkan pengembangan jalur lebar yang pesat bagi rangkaian awan generasi seterusnya. Ibu pejabatnya terletak di Suzhou, China dan mempunyai pejabat-pejabat di Beijing, Shenzhen, Taiwan dan California AS. Penyelesaian InnoLight menawarkan prestasi teknikal terunggul, proposisi nilai yang menarik dan kelebihan tempoh untuk dipasarkan yang amat penting dalam perkembangan pusat data awan yang mampan.

Perhubungan Media

InnoLight Technology (Suzhou) Ltd
Sunny Wei, 86-512-8666-9288
Osa Mok, 1-408-216-8889
media@innolight.com
www.innolight.com

Source: InnoLight Technology (Suzhou) Ltd
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics New products/services Trade show news