omniture

Bushmills Irish Whiskey: Filem Pendek Puitis Tampilkan Foy Vance Rai Budaya Ireland Sebenar Menjelang Hari St. Patrick

Bushmills Irish Whiskey
2018-03-12 15:00 752

BUSHMILLS, Ireland Utara, 12 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Tatkala orang ramai bersiap sedia menyambut Hari St Patrick pada 17 Mac, Bushmills® Irish Whiskey, yang dihasilkan di kilang penyulingan tertua yang masih beroperasi di Ireland, mengeluarkan filem pendek puitis bagi menggalakkan peminat-peminat wiski untuk meraikan Hari St Patrick sebagaimana yang dilakukan oleh warga sebenar Ireland. 

generated by system

Menampilkan Foy Vance - penyanyi-penggubah lagu yang mendapat pujian kritis dari Ireland Utara dengan visi muzik dan pesona yang lucu telah memikat audiens dari seluruh dunia - skrip hebat filem tersebut yang ditulis oleh rakan Foy dan pujangga Jon Plunkett, juga berasal dari Ireland Utara, mendapat ilham daripada kepentingan tanah air, sentimen biasa dalam kalangan mereka yang mendakwa masih berpegang pada warisan Ireland tetapi menetap di tempat lain.

Mengembara di seluruh Amerika hampir seluruh usia belia, Vance yang telah menggubah lagu untuk beberapa nama yang tersohor dalam industri muzik, akhirnya menetap di Ireland, sebelum berpindah ke Scotland, di mana kini beliau tinggal bersama isteri dan cahaya mata beliau.

Mengulas tentang filem tersebut, beliau berkata: "Hebat rasanya apabila sekali lagi dapat dikelilingi oleh keluarga Bushmills. Kepulangan yang disambut dengan hati (dan tegukan) yang penuh mesra adalah suatu yang menyenangkan."

Colum Egan, Pakar Penyuling di Bushmills Irish Whiskey menambah: "Sebagai kilang penyulingan tertua yang masih beroperasi di Ireland, wiski kami dihasilkan oleh tangan-tangan komuniti Bushmills terdekat dan telah dilakukan selama berabad-abad lamanya. Kami berbangga dengan karakter teguh kami dan ini benar-benar disebabkan oleh mereka yang membuatnya - melakukan sesuatu yang betul dan bukannya sesuatu yang popular. Foy merangkumkan etos ini dalam muzik beliau. Tempat-tempat yang pernah didiami oleh beliau dan orang-orang yang ditemui oleh beliau mempengaruhi penggubahan lagu beliau dan dengan asal usul Ireland beliau yang begitu dekat di hati, beliau sedia maklum bahawa beliau merupakan pilihan sempurna untuk membantu kami meraikan intipati sebenar Ireland moden menjelang Hari St. Patrick."

Diakhiri dengan kata-kata ikonik 'The Bushmills Toast' ('Minum Ucap Selamat Bushmills'), diinspirasikan oleh upacara kuno Ireland iaitu minuman dilihat sebagai satu penyataan terhadap pemberian rasa hormat atau muhibah, Bushmills Irish Whiskey menggalakkan semua orang untuk minum ucap selamat kepada #RealIrish sempena Hari St. Patrick ini. Untuk menonton filem pendek tersebut layari: https://youtu.be/8RspE0zdLeA.

Source: Bushmills Irish Whiskey
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Film & Motion Picture Food/Beverages New products/services