omniture

Ondot Systems Bawakan Kawalan Kad Mudah Alih ke Asia

Ondot Systems
2018-03-13 19:20 908

Syarikat teknologi kewangan Silicon Valley berkembang ke Asia, dayakan bank untuk perkasa pengguna melalui kawalan kad pembayaran pada telefon bimbit

SINGAPURA, 13 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Berjuta-juta pengguna melibatkan 3,000 bank dan kesatuan kredit di seluruh dunia bekerjasama dengan Ondot Systems untuk mengurus kad pembayaran dan juga perbelanjaan mereka. Hari ini, Ondot mengumumkan ketersediaan penyelesaian Perkhidmatan Kad Mudah Alihnya di Singapura dan seluruh Asia, bagi membolehkan bank-bank di rantau ini memberi kawalan dan keselamatan yang diinginkan oleh pelanggan terhadap kad kredit dan kad debit mereka.

Perkhidmatan Kad Mudah Alih Ondot ialah penyelesaian berlabel putih yang terdapat dalam pusat data pengeluar kad, mewujudkan interaksi antara pengguna, proses pembayaran dan data pada masa sebenar. Hasilnya, pengguna boleh menggunakan aplikasi mudah alih bagi mengawal masa, lokasi dan cara kad pembayaran mereka digunakan; manakala pengeluar kad pula dapat menjangkakan dan mewujudkan perjalanan yang diperibadikan untuk pemegang kad. Menggunakan penyelesaian Ondot, bank-bank biasanya memperoleh faedah dengan peningkatan kadar penggunaan kad sebanyak 23%, pengurangan kos penipuan sebanyak 25% dan penolakan palsu yang lebih rendah iaitu sebanyak 16% -- mencapai pulangan pelaburan dalam tempoh kurang daripada setahun.

"Kami memanfaatkan pengalaman dan keperluan peribadi kami sebagai pemegang kad untuk memacu inovasi produk," kata Rachna Ahlawat, Naib Presiden Eksekutif Ondot Systems. "Saya kerap mengembara – saya inginkan penyelesaian yang dapat mengenal pasti lokasi saya berada agar saya boleh menggunakan kad saya, menggesa saya untuk menyesuaikan pilihan keutamaan saya, mengesan apabila saya pulang dan membantu saya mengkategorikan transaksi – pembantu peribadi yang dapat menjangkakan tindakan saya dan dapat memenuhi keperluan. Di samping itu, sekiranya saya mendapat pemberitahuan transaksi bagi pembelian yang tidak saya lakukan, saya ingin memulakan proses pertikaian serta merta. Tindakan ini biasanya menghentikan perkhidmatan kad dalam sistem bank; namun begitu, saya tidak mahu dibiarkan tanpa kad pembayaran untuk digunakan sehinggalah saya pulang. Dengan kawalan kad mod selamat Ondot, kami dapat mendayakan keupayaan ini – menukar peristiwa yang tidak menyenangkan menjadi pengalaman positif untuk pemegang kad dengan menggabungkan ciri keselamatan dan kemudahan."

Suit produk Ondot untuk pengguna termasuk:

  • Kawalan Kad: Pilihan keutamaan untuk kad mengikut lokasi, kategori peniaga, jenis transaksi, had perbelanjaan dan suis hidup/mati – bagi keyakinan yang dipertingkat untuk penggunaan kad.
  • Sambungan Kad: Khidmat layan diri berpandu untuk semua pengurusan kad, seperti pemberitahuan transaksi, peristiwa perjalanan, amaran penipuan dua hala, permulaan pertikaian, pelaporan kehilangan/kecurian kad, pengaturan semula PIN, pengaktifan kad – untuk tindakan segera di mana-mana jua.
  • Bantuan Kad: Nasihat dan pesanan mengikut konteks berdasarkan lokasi, pilihan keutamaan dan sejarah pembelian – untuk keselamatan, penglibatan dan perdagangan.
  • Bayaran melalui Telefon: Pengeluaran kad digital segera, penyediaan kad ke dalam dompet telefon, nombor kad maya dan CVV dinamik – untuk pembelian dalam talian yang selamat di samping mengurangkan geseran pembayaran.

Suit produk pentadbiran Ondot untuk pengeluar kad termasuk:

  • Maklumat Data: Butiran peniaga dan transaksi yang dipertingkat menggabungkan pengayaan daya bersumberkan orang ramai dan aktiviti pengguna – menyediakan maklumat saudagar yang telus bagi menambah baik penyata bulanan, strategi penipuan, caj balik dan kawalan peringkat saudagar.
  • Platform Khidmat Pengguna: Platform mikroperkhidmatan untuk pembangunan dan penggunaan pesat khidmat pengguna pada masa sebenar melalui sistem legasi.

Penyepaduan suit produk pengguna Ondot kepada Perbankan Mudah Alih dan Dalam Talian disediakan melalui API, SDK, HTML5, selain aplikasi pendamping berjenama bank atau aplikasi tunggal.

"Lanskap pembayaran sedang berkembang dengan pesat dalam pasaran-pasaran baru muncul seperti ASEAN. Bank-bank dapat menyediakan pengalaman holistik kepada pengguna dan memberikan produk serta perkhidmatan baharu melalui sistem-sistem legasi dengan cara yang berkesan kos dan tepat pada masanya menggunakan platform mikroperkhidmatan baharu. Rakan-rakan kongsi seperti Ondot mendayakan bank-bank agar kekal sebagai peneraju inovasi, di samping membawakan yang terbaik daripada teknologi kewangan kepada perbankan," kata Ian Guy Gillard, Ketua Pegawai Maklumat Bangkok Bank, bank komersial terbesar di Thailand dan salah sebuah bank terbesar di Asia Tenggara.

Ondot mengadakan pameran dan mendemonstrasikan inovasinya di Money20/20 Asia 2018 yang pertama. Untuk maklumat lanjut, kunjungi reruai Ondot di K32, bertempat di Pusat Ekspo & Konvensyen Marina Bay Sands.

Latar Belakang Ondot Systems
Ondot mendayakan pengeluar kad untuk menyediakan produk kad premium dengan memberi kelebihan kawalan kepada pengguna. Pasukan kami menghimpunkan pakar-pakar daripada industri pembayaran, analitik, mudah alih dan keselamatan yang berkongsi visi kolektif untuk mengubah bagaimana pengguna berhubung dengan pengeluar kad mereka. Beribu pejabat di Silicon Valley, Ondot berkhidmat kepada berjuta-juta pengguna akhir meliputi lebih 3000 pelanggan bank dan kesatuan kredit seluruh dunia.

Untuk mengetahui bagaimana Ondot membentuk masa depan industri pembayaran, layari www.ondotsystems.com.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Eugenia Siah / Elizabeth Joseph
Emel: ondot@ricecomms.com
Tel. Bimbit: +65-3157-5677 / +65-3157-5674

Source: Ondot Systems
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Telecommunications Corporate Expansion Financial Technology