omniture

Anywood Usulkan trend baharu kayu sintetik dengan Premium TS Wood, dicipta gunakan dwipenyemperitan generasi seterusnya, di Korea Build 2018

Anywood
2018-03-14 09:00 1174

SEOUL, Korea Selatan, 14 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Anywood, pengeluar kayu sintetik mesra alam yang terkemuka di Korea (Ketua Pegawai Eksekutif: Cheol-Hwan Lim), mengambil bahagian dalam Korea Build 2018 (diadakan di Ilsan KINTEX, Gyeonggido, Korea Selatan) selama empat hari bermula pada 22 Februari, bagi mempamerkan dek kayu sintetik (WPC) generasi kedua mereka, dek blok, dek pemasangan (dek kendiri) dan Premium TS Wood yang mendapat perhatian luas daripada para pengunjung.

Ketua Pegawai Eksekutif Anywood Cheol-Hwan Lim (kanan) berunding dengan pembeli (kiri)
Ketua Pegawai Eksekutif Anywood Cheol-Hwan Lim (kanan) berunding dengan pembeli (kiri)

Korea Build ialah pameran tahunan bagi seni bina, pembinaan dan reka bentuk dalaman, yang terbesar seumpamanya di Korea Selatan, mempamerkan bahan-bahan binaan yang cemerlang, penggayaan dalaman dan produk reka bentuk dalaman.

Cheol-Hwan Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Anywood Co., Ltd., berkata, "Melalui Korea Build 2018, Anywood berpeluang untuk memperkenalkan teknologi berpaten uniknya dan kayu sintetik generasi seterusnya kepada pengguna dan jurubina selain kaedah-kaedah pembinaan separa kekal yang terjamin untuk ramai orang."

Kayu sintetik Anywood merupakan produk berpaten yang menggabungkan gentian kayu dengan plastik khas, mempunyai prestasi cemerlang yang dihasilkan oleh teknik dwipenyemperitan generasi seterusnya, selain mempunyai warna dan tekstur semula jadi. Pada tahun 2016, syarikat telahpun diperakui untuk produk mereka yang cemerlang oleh Perkhidmatan Perolehan Awam dan membekalkan serta menyediakan perkhidmatan pembinaan kepada pelbagai institusi awam dan kerajaan tempatan di Korea Selatan, bermula daripada Korea Land Corporation to LH, Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang, Bandar Raya Gwangmyeong, Seoul dan Busan, membuktikan tahap keandalannya kepada pengguna global.

Jenama utama Anywood, Premium TS Wood sudahpun diguna pakai oleh Donghae Thermal Power yang terletak di Gangwondo, Korea Selatan dan dieksport ke AS, Kanada, UK dan Hong Kong, ketika menikmati pertumbuhan yang berterusan. Ia berjaya menangani isu-isu pembinaan yang didapati dalam bahan-bahan kayu sintetik tradisional yang berpunca daripada tahap kekukuhan yang lemah, seperti bengkok, penyahwarnaan dan terserpih dengan sempurna, di samping menawarkan tekstur kayu sebenar dan pelbagai warna.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Anywood (www.any-wood.net).

Individu untuk Dihubungi: Gye-Suk, An
Pejabat: +82-33-746-8953
Emel: anywood1201@naver.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180309/2076245-1

Source: Anywood
Related Links:
Keywords: Construction/Building Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Paper/Forest Products/Containers Trade show news