omniture

Juneyao Airlines dan ANA Lancar Kerjasama kongsi Kod dan Pengguna Penerbangan Kerap

Juneyao Airlines
2018-03-15 15:46 1060

SHANGHAI, 15 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Juneyao Airlines, salah sebuah syarikat penerbangan milik swasta terkemuka di tanah besar China dan "Rakan Kongsi Berhubung" Star Alliance pertama, akan melancarkan kerjasama kongsi kod mulai 25 Mac 2018 dengan ANA, salah sebuah syarikat penerbangan utama di Jepun yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. Kerjasama kongsi kod melibatkan terutamanya laluan utama Sino-Jepun serta penerbangan selanjutnya. Dengan itu, Juneyao Airlines akan mendapat manfaat daripada kerjasama yang membuahkan hasil ini dan akan menyempurnakan lagi rangkaiannya di Asia, dan berpeluang untuk mengembangkan pasaran Jepun dan meningkatkan pengantarabangsaannya, serta para penumpang akan mempunyai lebih banyak pilihan perjalanan antara kedua-dua negara jiran ini.

Airbus A320 Juneyao Airlines dan Boeing 767 ANA di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong
Airbus A320 Juneyao Airlines dan Boeing 767 ANA di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong

Menurut perjanjian kongsi kod, Juneyao Airlines akan meletakkan kod "HO"nya sendiri pada ANA yang beroperasi di laluan utama Sino-Jepun yang menghubungkan Shanghai Pudong ke Tokyo Haneda, Nagoya dan Osaka Kansai, dan juga laluan-laluan dalam negeri Jepun ke Tokyo Haneda, Sapporo dan Naha dari Osaka Kansai. Manakala, ANA akan mempunyai kod "NH"nya pada Juneyao yang mengendalikan penerbangan Shanghai Pudong – Tokyo Haneda, Nagoya, Osaka Kansai dan Nanjing – Osaka Kansai. Para penumpang akan boleh melihat kod "NH" pada penerbangan dalam negeri China Juneyao yang beroperasi dari Shanghai Pudong ke Chongqing, Xi'an, Harbin dan Changchun. Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk memulakan penjualan kongsi kod melalui saluran-saluran rasmi dan agensi-agensi yang sah mulai 22 Mac. Selain itu, kedua-dua pihak akan mewujudkan kaunter transit di lapangan terbang Shanghai Pudong dan Osaka Kansai, menawarkan pengalaman yang lancar untuk penumpang transit.

Selain kongsi kod, Juneyao Airlines dan ANA telah mencapai persetujuan untuk mengukuhkan kerjasama FFP (Program Pengguna Penerbangan Kerap) dan menyediakan perkhidmatan FFP terbaik. Kerjasama FFP akan bermula pada hari yang sama kongsi kod dilaksanakan dan akan membolehkan para pelanggan dari Kelab Udara Juneyao dan Kelab Perbatuan ANA untuk memperoleh perbatuan pada kelas-kelas tertentu dan menebus penerbangan daripada kedua-dua pihak. Lebih lagi, kedua-dua syarikat penerbangan akan menawarkan kelebihan utama untuk ahli elit pada penerbangan kongsi kod, termasuk keutamaan mendaftar masuk, keutamaan pengendalian bagasi, keutamaan menaiki kapal terbang, kebenaran bagasi tambahan dan akses bilik istirehat.

Latar Belakang Juneyao Airlines

Juneyao Airlines Co., Ltd ialah subsidiari milik penuh Juneyao Group, yang menyasarkan pegawai-pegawai peringkat-pertengahan-hingga-atasan, perniagaan dan pasaran pelancongan peribadi. Juneyao Airline memulakan penerbangan sulungnya pada bulan September 2006 dan menjadi Rakan Berhubung Star Alliance pada bulan Mei 2017. Setakat hari ini, Juneyao Airlines memiliki 67 pesawat siri Airbus A320 baharu yang secara purata hanya berusia 3 tahun. Dalam tahun 2017, Juneyao Airlines telah membawa lebih 16 juta penumpang.

Berpangkalan di Shanghai dan Nanjing, Juneyao Airlines mengendalikan 110 laluan yang menghubungkan bandar-bandar utama di China serta negara-negara di sekitar. Ia akan terus melancarkan penerbangan antara benua sebaik menerima Boeing 787-9 Dreamliners pada akhir tahun 2018.

Sebagai salah sebuah syarikat penerbangan yang berkembang pesat di China, Juneyao Airlines akan meneruskan pembangunan mantapnya di bawah bimbingan strategi "HVC – Syarikat Penerbangan Tinggi Nilai"; dan ia akan berusaha untuk memperkenalkan nilai yang tinggi, kecekapan dan emosi kepada para pelanggan.

Latar Belakang ANA

Ditubuhkan dalam tahun 1952, dengan skala kumpulan pesawat semasa sebanyak 260 pesawat, ANA telah menjadi syarikat penerbangan terbesar di Jepun, dan salah sebuah syarikat penerbangan utama di Asia, dan telah melancarkan 85 laluan antarabangsa dan 116 laluan domestik Jepun. Sejak tahun 2013, ANA telah diiktiraf oleh SKYTRAX sebagai syarikat penerbangan 5 bintang untuk 5 tahun berturut-turut. Selain itu, ANA telah diiktiraf oleh Air Transport World sebagai "Syarikat Penerbangan Terbaik Tahunan" sebanyak tiga kali dalam tempoh 10 tahun – 2007, 2013 dan 2018, menjadikannya salah sebuah syarikat penerbangan daripada sebilangan kecil yang telah beberapa kali memenangi hadiah berprestij itu.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180314/2079809-1

Source: Juneyao Airlines
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel Contracts