omniture

FE CREDIT cipta program ansuran 0% berskala besar untuk pemegang kad yang dihargai di Vietnam, 'EasyPay' - tersedia dengan hanya satu leretan kad.

VPBank Finance Company Limited
2018-03-19 07:11 720

HO CHI MINH CITY, Vietnam, 19 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Untuk memastikan manfaat yang tiada tandingan kepada pemegang kad yang dihargai, VP Bank Finance Company Limited (jenama FE CREDIT) telah melancarkan EasyPay – salah satu program terbesar Vietnam, yang membolehkan para pemegang kad membuat pembelian keseluruhan rangkaian barangan dan perkhidmatan dengan hanya satu leretan dan menukarkannya kepada pelan bayaran ansuran 0% faedah dalam had kad itu sendiri.

Program ini memperkasakan para pengguna kad kali pertama dan pengguna baharu kategori untuk memperkayakan gaya hidup mereka dengan satu leretan tanpa penaja jaminan, tanpa perlu menunggu dan oleh yang demikian tanpa sebarang kesulitan. FE CREDIT, syarikat pembiayaan pengguna terkemuka dan salah satu pengeluar Kad terbesar di Vietnam, telah membangunkan program ini secara holistik dengan tiga manfaat unik:

  • Tempoh Mudah : Bukan hanya 3 dan 6 tetapi juga 9 dan 12 bulan pilihan tempoh.
  • Pilihan Mudah : Bukan hanya barangan eletronik dan perkakasan elektrik rumah yang besar tetapi juga perjalanan, fesyen, kecantikan dan banyak lagi pilihan.
  • Jangkauan Mudah : Sentiasa dalam jangkauan. EasyPay disediakan di 1400 pedagang di seluruh Vietnam dan semakin berkembang. Ketahui lebih lanjut di fecredit.com.vn/thanhtoandedang/

Grand Scale 0% installment program in Vietnam- by FE CREDIT
Grand Scale 0% installment program in Vietnam- by FE CREDIT

En. Kalidas Ghose, Ketua Pegawai Eksekutif FE CREDIT berkongsi, "Sebagai peneraju pasaran, FE CREDIT percaya dalam pempeloporan faedah yang relevan, untuk menjadi pengeluar pilihan buat para pemegang kad kami. EasyPay ialah satu lagi contoh usaha ini."

En. Nimish Dwivedi, Pengarah Pusat Perniagaan Kad Kredit FE CREDIT meneruskan, "Matlamat kami ialah menjadikan kehidupan Mudah dan Diperkaya bagi para pengguna kad baharu yang merupakan kumpulan pelanggan kami yang pesat berkembang. EasyPay memberikan para pelanggan kami akses kepada gaya hidup baharu yang menyeluruh dikuasakan oleh 0% faedah menerusi satu leretan sahaja. Ini merupakan satu contoh pengalaman yang lancar yang sentiasa kami usahakan disampaikan kepada para pelanggan."  

Latar Belakang FE CREDIT

Selaku pelopor bagi Pembiayaan Pengguna, FE CREDIT telah mempunyai asas yang kukuh untuk menjadi peneraju pasaran bagi pasaran pinjaman pengguna tidak bercagar dan kad kredit. Kini, FE CREDIT menyediakan perkhidmatan pembiayaan pengguna seperti pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan dua roda, pinjaman barangan pengguna dan kad kredit. FE CREDIT telah berkhidmat kepada hampir 7 juta pelanggan, bekerjasama dengan lebih 7,000 rakan kongsi di seluruh 11,000 Titik Jualan (POS) seluruh negara.   

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pusat Pemasaran FE CREDIT – VPBank Finance Company Limited

Alamat: Tingkat 2, Bangunan Menara REE, No. 9 Doan Van Bo, Ward 12, Daerah 4, Bandar Ho Chi Minh
Telefon: (08) 3911 5212
Emel: pr@fecredit.com.vn
Laman Sesawang: www.fecredit.com.vn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180315/2080232-1

 

Source: VPBank Finance Company Limited
Keywords: Banking/Financial Service New products/services Financial Technology