SEOUL, Korea Selatan, 20 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Bagi menyambut ulang tahun kelahiran Buddha, Festival Tanglung tahunan, atau Yeondeunghoe dijadual untuk diadakan pada Mei akan datang ini di pusat bandar Seoul, Korea Selatan. Festival ini bukan sahaja merupakan festival terbesar seumpamanya di dunia, tetapi juga merupakan salah satu daripada "10 festival hebat yang terbaik di dunia bagi tahun 2018" menurut The Travel Magazine.
Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/yeondeunghoe_20180320.shtml
Salah satu acara penting bagi festival berusia 1,200 tahun ini ialah Perarakan Tanglung. Ia akan bermula jam 7 malam pada 12 Mei 2018, meninggalkan kawasan kejiranan Dongdaemun dan melewati jalan di pusat bandar Jongno, menuju ke Tokong Jogyesa.
Semasa perarakan, lebih 100,000 tanglung perarakan dan tanglung terapung akan diarak melalui orang ramai.
Ketika perarakan tanglung berakhir di persimpangan Jonggak, orang ramai akan berhimpun untuk majlis penutup selepas perarakan yang dikenali sebagai Hoehyang Hanmadang, dan dalam majlis ini, mereka akan bergembira dengan tarian bulatan Korea tradisional, atau ganggangsulae.
Pada hari berikutnya, satu lagi acara kebudayaan akan diadakan di Tokong Jogyesa. Lebih 100 reruai akan memberi peluang kepada pengunjung untuk mengalami budaya tradisional Korea, seperti membuat bunga teratai, tanglung tradisional dan seramik, selain melukis corak Buddha dan lukisan rakyat. Selain itu, program-program meditasi dan pertunjukan tradisional akan disajikan, dan makanan-makanan tokong juga akan dihidangkan kepada peserta.
Mana-mana pengunjung yang berminat boleh menyertai pertandingan membuat tanglung. Untuk menyertai pertandingan, sila buat tempahan melalui emel (idia@buddhism.or.kr).
JADUAL FESTIVAL 2018
Acara |
Masa |
Tempat |
Pameran Tanglung Tradisional |
11 Mei (Jumaat) - 22 Mei (Selasa) |
Tokong Jogyesa, Bongeunsa / Sungai Cheonggyecheon |
Eoulim Madang |
12 Mei (Sabtu) 4:30 ptg - 6 ptg |
Stadium Universiti Dongguk |
Perarakan Tanglung |
12 Mei (Sabtu) 7 mlm - 9:30 mlm |
Jalan Jongno |
Hoehyang Hanmadang |
12 Mei (Sabtu) 9:30 mlm - 11 mlm |
Persimpangan Jonggak |
Acara Kebudayaan Tradisional |
13 Mei (Ahad) 12 tengahari - 7 mlm |
Jalan di hadapan Tokong Jogyesa |
Persembahan Kebudayaan |
13 Mei (Ahad) 12 tengahari - 6 ptg |
Persembahan Pentas di jalan di hadapan Tokong Jogyesa |
Yeondeungnori |
13 Mei (Ahad) 7 mlm - 9 mlm |
Insa-dong – Jalan di hadapan |
Majlis Dharma Ulang Tahun Kelahiran Buddha & Penyalaan Tanglung |
22 Mei (Selasa) 10 pg - 7 mlm |
Tokong Jogyesa dan |
HUBUNGI: Minsuk Hong, +82-2-2011-1746, hong@buddhism.or.kr
Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201803/yeondeunghoe/video.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180316/2078720-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180316/2078720-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180316/2078720-1-c