omniture

Pameran Canton ke-123 Bakal Buka Tirai Pada 15 April, Tonjol Pembuatan Pintar dan Produk Pintar

Pameran Canton
2018-03-20 17:01 923

GUANGZHOU, China, 20 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) kali ke-123 bakal berlangsung mulai 15 April - 5 Mei di Guangzhou. Pameran ini, meliputi ruang pameran berkeluasan 1.2 juta m2, akan menjadi tuan rumah kepada lebih 25,000 pempamer di 60,466 reruai sepanjang tiga fasa pameran.

"Kami berasa amat teruja dengan edisi Pameran yang terkini ini," kata Alan Liu, Timbalan Ketua Pengarah, Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri di Pameran Canton. Menurut sejarah, Pameran Canton memainkan peranan penting dalam menggalakkan perdagangan antarabangsa dan meningkatkan kualiti produk serta prestasi keseluruhan. Kami menjadi peneraju bagi produk-produk baharu dan inovatif merentasi pelbagai industri dan akan terus melaksanakan peranan kami sebagai satu platform untuk terus membantu perdagangan global sepanjang pameran musim bunga ini."

The 123rd Canton Fair to open in April in Guangzhou
The 123rd Canton Fair to open in April in Guangzhou

Jadual pameran produk semasa Pameran Canton:

• Fasa 1 (15-19 April): barangan elektronik & perkakas elektrik rumah, peralatan lampu, kenderaan & alat ganti, jentera, perkakas & alat, bahan binaan, produk kimia, sumber tenaga, pavilion antarabangsa.

• Fasa 2 (23-27 April): barangan pengguna, cenderamata dan hiasan rumah.

• Fasa 3 (1-5 Mei): tekstil & pakaian, kasut, bekalan pejabat, bekas & beg, ubat-ubatan, peralatan perubatan & produk kesihatan, makanan, pavilion antarabangsa.

Pembuatan pintar diketengahkan

Zon barangan elektronik & perkakas elektrik rumah akan menampilkan jenama-jenama global yang menonjolkan kediaman pintar dan pembuatan pintar (IM). Selain jenama-jenama terkemuka Cina termasuk Haier dan Ecovacs, syarikat-syarikat perusahaan antarabangsa yang terkenal seperti Simfer dari Turki, NUC dari Korea Selatan dan lain-lain dari negara-negara Inisiatif Jalur dan Jalan akan turut mengambil bahagian.

Produk-produk kediaman pintar akan menjadi tumpuan pameran daripada para pemimpin pasaran termasuk:

• Barisan produk kediaman pintar Gree

• Televisyen AI Changhong dan peti ais CHiQ

Dalam zon jentera, syarikat-syarikat perusahaan yang terkemuka di dunia termasuk Caterpillar dari A.S., Kapro dari Israel dan Tsurumi dari Jepun akan membawakan produk-produk terkini mereka.

Fasa kedua dan ketiga pameran akan menonjolkan impak keseluruhan teknologi siber terhadap berbilang industri, serta pengalaman pembelian yang dinaik taraf dalam zon pameran makanan.

Latar Belakang Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China ("Pameran Canton"), diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Diwujudkan pada tahun 1957, kini pameran ini merupakan sebuah pameran komprehensif yang melakar sejarah paling panjang, bertaraf tertinggi, bersaiz paling besar dan mempunyai bilangan produk terbanyak serta melibatkan taburan asal pembeli paling luas dan turut memperoleh pusing ganti perniagaan tertinggi di China.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180319/2083094-1  


Source: Pameran Canton
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Health Care/Hospital Household Products Household/Consumer/Cosmetics Textiles Trade show news Future Events