omniture

Kerjasama Air: Agenda Baharu untuk Hari Air Sedunia Tahun Ini

Strategic Foresight Group
2018-03-21 09:00 644

MUMBAI, India, 21 Mac 2018 /PRNewswire/ -- "Hari Air Sedunia pada tanggal 22 Mac memberi peluang kepada institusi-institusi kewangan bagi melancarkan instrumen baharu untuk melabur dalam infrastruktur lintas-sempadan dan untuk perancang tentera merangka strategi-strategi air bagi membanteras keganasan," kata Sundeep Waslekar, Presiden Strategic Foresight Group, kumpulan pemikir antarabangsa yang berpangkalan di Mumbai.

Strategic Foresight Group telah bekerjasama dengan Panel Peringkat-Tinggi Global mengenai Air dan Keamanan yang menghimpunkan 15 negara dan dipengerusikan oleh Danilo Turk, mantan Presiden Slovenia. Panel ini mencadangkan langkah-langkah untuk menggunakan air bagi mengurangkan risiko peperangan dan mengekang keganasan, mencipta instrumen kewangan keutamaan untuk infrastruktur air lintas-sempadan dan melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan atasan untuk memajukan kerjasama air.

Panel Peringkat-Tinggi Global menyokong usaha melanjutkan prinsip-prinsip kelestarian terhadap pengurusan air lintas-sempadan. Ia mencadangkan rancangan pelaburan bersama dan pembiayaan keutamaan dan berkonsesi untuk projek-projek kolaboratif oleh organisasi-organisasi kewangan pelbagai hala. Ia turut mengesyorkan Blue Fund untuk mensubsidi kepentingan, insurans premium dan kos pentadbiran bagi infrastruktur air koperatif.

Kewangan tradisional menyokong projek-projek infrastruktur negara berhubung sungai-sungai yang dikongsi, yang seringkali menimbulkan perbalahan sesama negara-negara jiran dan menyebabkan peningkatan kos. Ia juga mewujudkan halangan pasaran. Oleh yang demikian, Panel mengesyorkan instrumen dan amalan kewangan baharu untuk menggabungkan kewangan sektor awam dan swasta bagi projek-projek koperatif seperti loji kuasa, pengairan, garis navigasi dan taman eko.

Cadangan-cadangan ini disokong oleh dapatan kajian terkini dalam satu lagi laporan oleh Strategic Foresight Group. Darjah Kerjasama Air mengukur kualiti hubungan dalam 286 lembangan sungai yang dikongsi dari 146 negara. Ia mendedahkan bahawa kerjasama air yang aktif antara negara-negara riparian dapat mengurangkan risiko peperangan. Bukti paling mutakhir ditawarkan menerusi perjanjian antara Tajikistan dan Uzbekistan pada 11 Mac 2018 berhubung Empangan Rogun, yang dapat mengakhiri permusuhan selama dua puluh tahun.

Darjah Kerjasama Air menyediakan instrumen untuk membolehkan negara-negara berkongsi sumber air bagi membangunkan kerjasama secara berperingkat-peringkat. Daripada 286 lembangan sungai yang dikongsi, 91 daripadanya telahpun menjalin kerjasama air yang aktif, manakala 55 daripada lembangan sungai yang dikongsi ini tidak penting dari segi ekonomi dan terletak jauh dari segi fizikal. Terdapat potensi yang luas untuk meningkatkan kerjasama lintas-sempadan terhadap baki 140 sungai. Bermula dengan pertukaran data teknikal, mereka dapat meluaskan kerjasama secara berperingkat-peringkat untuk membolehkan pemimpin-pemimpin politik untuk merundingkan tukar ganti antara air dan barangan awam yang lain. Iraq dan Turki bersetuju untuk membina tiga empangan persahabatan di Sungai Tigris, ketika sedang berlakunya konflik sengit di Timur Tengah. Hal ini hanya dapat dilaksanakan disebabkan oleh perbincangan langsung antara Perdana Menteri Al Abadi dari Iraq dan Presiden Erdogan dari Turki.

Kerjasama dalam mengurus air juga dapat membantu mengekang keganasan. Seperti dalam laporan, Mei lalu, gabungan tentera antarabangsa mengambil alih Empangan Tabqa di Syria, yang digunakan oleh ISIS sebagai tempat persembunyian untuk pemimpin-pemimpin mereka dan sebagai penjara untuk orang-orang tebusan bernilai tinggi. Dengan kehilangan aset strategik ini, ia hanya mengambil masa tiga bulan untuk ISIS menyerah diri. Kerjasama serantau membolehkan pelaksanaan gencatan senjata berasaskan air untuk melindungi empangan dan aset-aset lain di kawasan-kawasan yang terjejas akibat keganasan dan terorisme. Bagi memperkenalkan langkah-langkah berkenaan, Majlis Keselamatan PBB terlebih dahulu perlu meluluskan resolusi yang mengisytiharkan air sebagai aset strategik kemanusiaan.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres baru-baru ini menerima laporan daripada Panel Peringkat-Tinggi Global mengenai Air dan Keamanan serta Darjah Kerjasama Air. Beliau mencadangkan, "Air dapat menghubungkan antara keamanan dan pembangunan mampan."

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.strategicforesight.com.

Perhubungan media:
Cik Ilmas Futehally
emel: info@strategicforesight.com

Source: Strategic Foresight Group
Keywords: Environmental Products & Services Water Utilities