omniture

Skyworth dan Baidu Meterai Perkongsian Strategik

Skyworth Group
2018-03-21 22:53 891

Perkongsian dayakan penyepaduan lancar antara perisian dan perkakasan AI

BEIJING, 21 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Pada 16 Mac lalu, Skyworth Group dan Baidu, Inc. (NASDAQ: BIDU) memeterai perkongsian strategik, yang mana Baidu akan membuat satu pelaburan strategik dalam jenama TV Internet Skyworth, Shenzhen Coocaa Network Technology Company Limited (Coocaa). Sistem kecerdasan buatan (AI) perbualan Baidu, DuerOS akan disepadukan sepenuhnya dengan sistem Coocaa. Kedua-dua pihak merancang untuk bekerjasama dalam bidang AI, untuk bersama-sama menyediakan pengguna dengan produk dan perkhidmatan kediaman pintar peringkat awal.

Baidu dan Skyworth memeterai perkongsian strategik
Baidu dan Skyworth memeterai perkongsian strategik

Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Baidu, Robin Li, berserta pengasas Skyworth Group Huang Hongsheng dan Pengerusi lembaga Lai Weide menghadiri majlis penandatanganan tersebut.

Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Baidu Robin Li dan Pengerusi lembaga Skyworth Group Lai Weide bertukar-tukar hadiah
Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Baidu Robin Li dan Pengerusi lembaga Skyworth Group Lai Weide bertukar-tukar hadiah

Perkongsian tersebut menumpu pada dua strategi:

Akses kepada modal

Skyworth Digital Holdings Limited (00751.HK) mengumumkan pada 16 Mac lalu bahawa subsidiari milik penuh Baidu, Dagze Bairuixiang Venture Investment Management Co merancang untuk melabur sebanyak 1.01 bilion yuan (kira-kira US$159.7 juta) dalam Coocaa, subsidiari milik majoriti Skyworth, menjadi pemegang saham kedua terbesar dalam Coocaa hasil daripada urus niaga tersebut. Berdasarkan data yang tersedia, Coocaa menerima pelaburan strategik daripada iQiyi Baidu pada September 2016 diikuti dengan pelaburan yang sama daripada Tencent pada Jun 2017. Setelah selesai pusingan pelaburan baharu daripada Baidu, nilai pasaran Coocaa akan mencecah 10 bilion yuan (kira-kira US$1.6 bilion). Pada masa kini, Coocaa mempunyai lebih 28 juta pengguna aktif, dengan pengguna aktif harian melebihi 12 juta orang. Coocaa ialah antara penggiat utama dalam industrinya, dari segi bilangan pengguna dan juga nilai pasaran.

Sinergi perniagaan

Dari segi produk, Skyworth merancang untuk melancarkan siri TV AI, termasuk Q5, Q6 dan Q7, yang dilengkapi dengan sistem pengendalian proprietari kedua-dua firma CoocaaOS dan sistem AI perbualan Baidu DuerOS. Di samping itu, model-model TV pintar terdahulu yang dilengkapi dengan sistem Coocaa akan dinaik taraf secara berperingkat-peringkat kepada dwipemasangan lewat tahun ini. Kedua-dua syarikat turut merancang untuk melancarkan produk kediaman pintar peringkat awal dan menggabungkannya ke dalam terminal kawalan untuk penyelesaian kediaman pintar. Dari segi teknologi pula, DuerOS akan disepadukan sepenuhnya dengan sistem Coocaa, membenamkan keupayaan teknikal termaju Baidu seperti pengecaman wajah dan imej ke dalam sistem Coocaa. Selain itu, Baidu dan Skyworth merancang untuk bersama-sama mengkaji dan membangunkan penyelesaian teknologi yang lebih maju dalam bidang kediaman pintar.

Majlis penandatanganan
Majlis penandatanganan

Segmen terakhir dalam perancangan kerjasama Skyworth dan Baidu ialah kediaman pintar. Perkongsian ini mendayakan penyepaduan sempurna antara strategi-strategi kedua-dua pihak. Perkongsian ini akan membolehkan Skyworth menembusi sepenuhnya bidang AI, menggabungkan internet dengan teknologi cip AI bagi menaik taraf TV dan produk serta perkhidmatan lain yang membolehkan Skyworth mencapai matlamatnya untuk mencecah nilai 100 bilion yuan. Memandangkan keupayaan AI Baidu telahpun mendapat akses kepada pelbagai pilihan perkakasan, perjanjian berkenaan akan memudahkan keupayaan enjin gelintar untuk memanfaatkan kelebihannya dalam perisian, algoritma, kandungan dan perkhidmatan di rumah.

Kerjasama bersilang ini membolehkan kedua-dua pihak melengkapi kedudukan kepimpinan masing-masing dalam segmen perisian dan juga perkakasan.

Latar Belakang Skyworth

Skyworth, selaku perusahaan yang terkemuka di dunia bagi perkakas rumah pintar, ditubuhkan pada tahun 1988.

Dengan 4 industri utama melibatkan multimedia, perkakas rumah pintar, teknologi sistem pintar dan perkhidmatan moden, Skyworth menduduki kedudukan ke-17 antara 100 syarikat elektronik di China. Produk-produk utamanya ialah TV pintar, kotak atas-set digital, komponen paparan, sistem pengawasan keselamatan, peti ais, mesin basuh, penyaman udara, sistem pengendalian TV, dll.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180320/2084294-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180320/2084294-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180320/2084294-1-c

Source: Skyworth Group
Related Stocks:
HongKong:0751 OTC:SWDHY
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Licensing/marketing agreements