RUMAH HIASAN TERSUAI KEMBALI
TAHUN 2018 RAIKAN ARTIS AUSTRALIA DAN NSW SERTA PENGINOVASI KREATIF GLOBAL
JAMES CAMERON DAN DARE JENNINGS SEBAGAI PIMPINAN VIVID IDEAS
ARTIS-ARTIS VIVID MUSIC TERMASUK ST. VINCENT, ICE CUBE DAN SOLANGE
KANDUNGAN VIDEO DAN IMEJ BAGI PENGUMUMAN PROGRAM 2018 DISEDIAKAN DI:
https://www.vividsydney.com/media-centre
SYDNEY, 21 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Festival cahaya, muzik dan idea yang terbesar di dunia, Vivid Sydney kembali pada tahun 2018 dengan presint baharu yang menakjubkan di Taman Luna, kembalinya Rumah Hiasan Tersuai yang digemari ramai dan gabungan unggul antara objek harian dan motif berilhamkan Australia pada layar Panggung Opera Sydney.
Menteri Pelancongan dan Acara Utama, Adam Marshall berkata, "Vivid Sydney telahpun menggembirakan dan menginspirasikan orang ramai dari serata Australia dan dunia. Dengan Festival yang kini memasuki tahun ke-10, pengunjung dan juga warga tempatan sekali lagi dapat berharap untuk terpesona dengan program Vivid Sydney, menerusi pemasangan yang lebih luas dan tawaran Muzik serta Idea yang amat menarik. Oleh yang demikian, saya menggalakkan para pengunjung untuk mula merancang perjalanan mereka lebih awal untuk memanfaatkan sepenuhnya daripada barisan acara yang menarik tahun ini.
"Sepanjang 23 malam bermula pada hari Jumaat 25 Mei hingga Sabtu 16 Jun, Vivid Sydney akan menyimbah Bandar Pelabuhan dengan warna dan pertunjukan daripada Vivid Light, mengambil alih pentas Sydney menerusi persembahan elektrik dan kolaborasi daripada Vivid Music serta turut menyediakan forum global untuk mengadakan perdebatan yang memprovokasi minda dan juga perbincangan kreatif dalam Vivid Ideas."
Vivid Sydney dimiliki, diurus dan diterbitkan oleh agensi pelancongan dan acara utama NSW Government, Destination NSW dan pada tahun 2017, berjaya menarik seramai 2.33 juta pengunjung yang memecah rekod ke Vivid Sydney, memberikan perbelanjaan oleh pengunjung sebanyak $143 juta yang luar biasa untuk ekonomi NSW.
VIVID LIGHT
Buat julung kalinya, Light Walk (Laluan Berlampu) yang berkilauan daripada Vivid Sydney dilanjutkan ke presint baharu Taman Luna Sydney, dengan taman hiburan ikonik tersebut dihidupkan dengan penayangan berskala besar pada fakad Coney Island. Persembahan ini meraikan sejarah, keajaiban, kreativiti, kejuruteraan, fantasi dan imaginasi yang dihimpunkan untuk melakar jutaan kenangan di lokasi yang unik dan istimewa ini. Tahun ini juga merupakan kali pertama Roda Ferris ikonik di Taman Luna akan dinyalakan dengan cahaya untuk festival setelah penggantian LED dibuat, yang dipasang dengan banyak lampu yang menghiasi roda ini.
Lampu-lampu terang Vivid Sydney akan menerangi Taman Botani Diraja Sydney sekali lagi pada tahun 2018, apabila pengunjung melalui laluan yang menyusuri persekitaran malam yang menarik diinspirasikan oleh alam semula jadi. Di sini, Parti Burung Kakak Tua yang diilhamkan oleh Burung Kakak Tua Kea New Zealand dan Burung Serindit Pelangi Australia, dimulakan ketika orang ramai berhimpun, dan beralih serta merta menjadi lagu dan memancarkan lampu yang berwarna warni. Aqueous akan mempesonakan menerusi lanskap interaktif pada laluan cahaya yang berliku-liku, yang akan menyinari dan memancar dalam interaktiviti yang bercahaya sepenuhnya, menawan pengunjung dengan aktiviti kolaboratif. The Bloom, sekuntum bunga metalik elektrik gergasi dengan kelopak-kelopak yang dihiasi dengan cermin yang membias serta memantulkan cahaya, meletakkan anda di tengah-tengah bunga bagi mengambil gambar kenangan yang sempurna, manakala He'e nalu pula memberikan sensasi menggembirakan ketika melayari ombak.
Bagi meraikan ulang tahun 100 tahun mereka, watak-watak ikonik dan abadi May Gibbs, Snugglepot and Cuddlepie serta teman-teman seperjuangan yang setia dihidupkan pada muka bangunan Rumah Hiasan Tersuai, ketika mereka mengembara ke kawasan Belukar Australia dan bertemu dengan makhluk yang pelik dan hebat serta hidupan yang sama sekali tidak dikenali. Naskhah aneh ini akan diceritakan oleh pelakon wanita filem dan televisyen Australia yang terkenal, Noni Hazlehurst AM, Penaung Australian Children's Laureate dan menjadi kegemaran para peminat Play School seluruh dunia.
Semua mata tertumpu pada Panggung Opera Sydney yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia di tengah-tengah Vivid Light Walk untuk paparan Lighting of the Sails, yang dicipta pada tahun 2018 oleh artis Australia yang memenangi anugerah Jonathan Zawada. Para pengunjung akan terpesona dengan Metamathemagical, satu paparan berani dan dinamik ukiran-ukiran digital yang berubah-ubah, diinspirasikan oleh motif-motif Australia yang mudah dikenali mencakupi sains, alam semula jadi dan budaya.
Bangunan-bangunan ikonik Sydney sekali lagi akan ditransformasi, termasuk muka bangunan Muzium Seni Kontemporari Australia (MCA) menerusi Virtual Vibration (Getaran Maya), karya kreatif yang amat kolaboratif yang dihasilkan bersama-sama artis MCA Collection, Jonny Niesche dan komposer Mark Pritchard. Paparan cahaya interaktif Skylark akan membolehkan pengunjung meninggalkan lambang berwarna warni mereka sendiri di bandar tersebut, bermula dari Jambatan Pelabuhan Sydney dan bangunan pencakar langit Circular Quay sehingga mencecah Pelabuhan Sydney.
Network Ten dan MasterChef Australia bakal membawakan pengalaman ajaib kepada muka bangunan ASN Co. Building di The Rocks, bagi menyambut Ulang Tahun ke-10 Masterchef dan juga Vivid Sydney bersama Mystery Gateau. Cef-cef pekerja-binaan mini akan membimbing anda dalam perjalanan yang dipenuhi keseronokan dan keajaiban, berserta jam MasterChef yang terkenal berdetik mengirakan detik kejutan luar biasa terakhir.
Presint-presint popular Zoo Taronga, Pelabuhan Darling, Chatswood, Barangaroo dan Kings Cross bakal kembali pada tahun 2018.
Kegemaran festival pada tahun lalu akan turut kembali bersama-sama sekumpulan baharu spesies-spesies yang buas, hebat, aneh dan menawan untuk acara Lights for the Wild (Cahaya untuk Hidupan Liar) Zoo Taronga. Para pengunjung akan menemui beberapa ukiran cahaya haiwan yang baharu dan hebat, serta mempelajari bagaimana Taronga berusaha membantu menyelamatkan 10 spesies daripada mengalami kepupusan sepanjang 10 tahun akan datang.
Pancuran air gabungan antara seni-dan-teknologi, pengalaman lampu dan laser membawakan pengunjung Pelabuhan Darling untuk menyelami lautan yang seakan-akan mimpi, manakala bumbung ikonik Muzium Maritim Kebangsaan Australia akan ditayangkan bersama Blue Planet II BBC Earth dan Sir David Attenborough, bagi meneroka dunia di bawah ombak yang mengagumkan.
Pasar timbul sementara yang diilhamkan oleh pasar-pasar jalanan kejiranan yang berwarna warni di Brazil, dibina daripada perancah dan bahan-bahan kitar semula dan diterangi oleh laser akan mengubah Chatswood CBD. Kawasan Dataran akan membawa pengunjung untuk meneroka ruang angkasa yang imersif dan mendalam, menampilkan imejan hebat NASA dan penayangan 360-darjah.
Barangaroo bergemerlapan menerusi lapisan cahaya dan bunyi yang membangkitkan laluan air di sekitarnya, dengan presint dihidupkan melalui seni boneka yang hebat dengan makhluk gergasi yang menakjubkan dan bercahaya melintasi sepanjang kawasan dermaga dalam paparan bunyi dan cahaya yang penuh drama.
Penyumbang presint, Coca-Cola kembali untuk menerangi jalan-jalan di Kings Cross ikonik Sydney dan untuk menyokong satu lagi program KX pada tahun 2018. Jalur berwarna warni sepanjang Jalan Darlinghurst akan diubah menjadi paparan cahaya dan kehidupan yang menakjubkan. Tanda Coca-Cola yang terkenal kembali sekali lagi pada tahun 2018 dengan pelbagai pertunjukan warna yang berbakat dan kreatif. Transformasi Vivid KX yang lain termasuk Rumah Teres Zaman Victoria yang bersejarah; World Bar, yang akan menganjurkan parti di rumah berbilang tingkat, dan Kings Cross Hotel yang tersohor, yang akan menjadi tuan rumah kepada artis-artis dinamik yang dikelolakan oleh sekumpulan penganjur parti yang legenda.
VIVID MUSIC
Vivid Music merancakkan acara tahun 2018 dengan barisan pertunjukan elektrik, bermula dengan bunyi hingar kepada jazz, eksperimentasi sonik kepada muzik 'soul'. Acara-acara kemuncak termasuk persembahan satu-malam-sahaja oleh penyanyi rock yang memenangi anugerah Grammy St. Vincent, dan kembalinya Curve Ball yang dipimpin oleh Alison Wonderland – acara persembahan muzik dan seni langsung berskala luas yang dicipta oleh pasukan di sebalik Field Day, Harbourlife dan Listen Out – kedua-duanya di Carriageworks.
City Recital Hall turut kembali dalam program tersebut, menjejaki kemunculan luar biasa dalam muzik jazz dengan siri Innovators In Jazz yang menampilkan raja saksofon yang terhebat dan pemain saksofon pemenang anugerah Grammy sebanyak tiga kali, Branford Marsalis. Vokalis jazz terbaik di dunia termasuk Kurt Elling dan biduanita Madeleine Peyroux, akan turut serta bersama-sama bintang Orange is the New Black, Lea Delaria dalam persembahan interpretasi jazz komedi muzikal beliau.
Vivid LIVE di Panggung Opera Sydney menganjurkan barisan acara eksklusif Australia yang hebat sebagai sebahagian daripada Vivid Sydney, termasuk beberapa penampilan sulung di Panggung Opera. Acara-acara kemuncak tahun ini termasuk ikon-ikon pop-impian Amerika Mazzy Star, bintang muzik rap Pantai Barat Ice Cube, penyanyi/penggubah lagu rock indie tahun 1990-an yang terkenal Cat Power, artis yang memenangi anugerah Grammy Solange serta kolaborasi yang telah lama dinantikan antara artis-artis Australia yang ikonik, Daniel Johns dan Luke Steele.
Kini memasuki tahun ke-4nya sebagai sebahagian daripada Vivid Sydney, Heaps Gay menyerang pusat bandar menuju Dewan Bandar Raya Sydney demi pengalaman yang tidak boleh dilepaskan, Qween's Ball yang julung kali diadakan. Acara-acara lain yang tidak boleh dilepaskan termasuk Young Hearts Run Free dan salah seorang artis cemerlang yang paling menarik di Australia untuk membuat persembahan di Enmore Theatre, Vera Blue.
Turut kembali ke Vivid Music pada tahun 2018 ialah X|Celerate, satu kerjasama antara Vivid Sydney dan Bandar Raya Sydney untuk menghidupkan tempat-tempat muzik di seluruh bandar. Menampilkan bakat muzik tempatan peringkat bawahan dan baru muncul, acara-acara kemuncak termasuk sambutan ulang tahun ke-12 Purple Sneakers di The Lansdowne, gabungan antara makanan, wain dan muzik di Cake Wines Cellar Door, serta HAPPY dan VISIONS di The Lady Hampshire.
VIVID IDEAS
Sebagai seni bina masa depan, tibalah masanya untuk menghubungkan perancang dan pemangkin kreatif dalam Vivid Ideas untuk mendapatkan inspirasi. Vivid Ideas menyediakan forum untuk berbincang, bekerjasama dan memupuk gaya pemikiran baharu bagi mendorong agenda kreatif mencakupi teknologi, reka bentuk, hiburan dan budaya. Vivid Ideas kembali pada tahun 2018 bersama beberapa minda terhebat di dunia tatkala kita meneroka senario-senario yang membentuk masa depan yang akan menakrifkan kehidupan kita.
Vivid Ideas 2018 menonjolkan individu-individu yang memimpin laluan dalam teknologi, kreativiti dan sains. Pengubah Industri dan Pemangkin Kreatif tahun ini termasuk pembikin filem, penjelajah laut dan penyokong pemuliharaan James Cameron. Menerusi acara Vivid Sydney yang eksklusif, James akan meneroka minat beliau terhadap sains dan teknologi, dan bagaimana ia mempengaruhi hasil kerja beliau sebagai pengarah filem dan pencinta alam sekitar. James akan disertai oleh Adam Spencer dalam perbualan, ketika berada di Sydney untuk merasmikan pameran James Cameron – Challenging the Deep di Muzium Maritim Kebangsaan Australia.
Kisah kejayaan global Australia Dare Jennings -- pengasas Mambo Clothing, Phantom Records dan Deus ex Machina – turut serta bersama teman baik beliau James Valentine untuk membincangkan penciptaan jenama ikutan yang dapat menembusi usia dan gaya hidup serta keseronokan apabila dapat menyingkirkan peraturan rasmi.
Futuris dan pembangun permainan, Jane McGonigal dapat membuktikan bahawa permainan mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan dunia sebenar kita. Beliau berserta pakar Kecerdasan Buatan Kriti Sharma akan menyertai Vivid Ideas bagi meneroka yang terkini dalam AI, VR dan permainan bagi mengkaji kumpulan masyarakat yang dapat diwujudkan menerusi teknologi.
Ahli strategi visual di Makmal Pendorongan Jet NASA dan pengasas bersama Muzium Awe, Dan Goods menyertai barisan Pemangkin Kreatif Vivid Ideas untuk meneroka bagaimana daya kreativiti dan sains saling mempengaruhi antara satu sama lain dan mengapa NASA mempunyai ahli strategi visual.
Siri New Horizons meneroka trend mega dan pembangunan mikro dalam teknologi dan inovasi, serta menumpu pada pakar-pakar yang menangani isu-isu terbesar menerusi daya kreativiti dalam usaha untuk menjadikan masa depan kita lebih cerah. Topik-topik melibatkan Fesyen Masa Depan, Alga sebagai Trend Baharu, Rantaian Blok Dinyahkod dan Demokrasi yang Berkembang.
Selama tiga Rabu berturut-turut, Vivid Sydney akan mengambil alih Galeri Seni NSW bagi menghasilkan potret intim diri kita yang lebih baik. Tetamu-tetamu istimewa kami berani mempersoalkan sama ada kita dapat menambah baik kematian, bagaimana untuk mencari titik persamaan ketika dan apabila berlakunya konflik, dan mengapa kita perlu menyentuh persepsi tentang keseksualan wanita. Acara-acara ini akan diiringi dengan muzik yang dikelolakan daripada Goldheist, Air Land Sea dan Haiku Hands.
Vivid Ideas Exchange di Muzium Seni Kontemporari turut kembali, yang mengadakan pelbagai pilihan ceramah yang disampaikan oleh pakar-pakar kreatif yang membincangkan topik-topik termasuk masa depan kerja, etika menginsankan teknologi dan bagaimana menjadi ejen perubahan.
PENAJA VIVID
Vivid Sydney mengucapkan terima kasih kepada pihak penaja atas sokongan mereka terhadap Vivid Sydney 2018. Rakan-rakan kongsi termasuk American Express yang kembali untuk perkongsian tahun kedua, dan turut memperkenalkan rakan kongsi baharu, Samsung. Para penyokong termasuk Bandar Raya Sydney, Oracle Liquid, Property NSW, Panggung Opera Sydney, TAFE NSW, Technical Direction Company, Transgrid, Transport for NSW dan 32 Hundred Lighting. Buat tahun kedua, rakan kongsi Akses dan Rangkuman Vivid Sydney ialah Cushman and Wakefield, Coca-Cola kembali sebagai penyumbang presint Kings Cross dan festival tersebut meneruskan perkongsian yang berkekalan bersama Banksia Foundation. Turut menjadi penyokong baharu Vivid Sydney ialah Vivid Collaborators, CSIRO, Gateway Sydney, Network 10, ATS Logistics, Kennards Hire dan Red Balloon.
Rakan-rakan Kongsi Amal terdiri daripada Cerebral Palsy Alliance dan Northcott.
Kit media lengkap Vivid Sydney 2018, pengumuman program dan imejan beresolusi tinggi termasuk pertunjukan lampu Vivid Sydney 2018 dan rakaman video berkualiti siaran bagi acara-acara kemuncak festival 2017, sedia dimuat turun di www.vividsydney.com/media-centre
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180320/2083037-1
Video - http://static.prnasia.com/pro/media/mnr/video/20180320VIVIDSYDNEY2.mp4
Video - http://static.prnasia.com/pro/media/mnr/video/20180320VIVIDSYDNEY1.mp4