omniture

Jolywood Ganding Bahu dengan Golden Invest Bangunkan Projek Solar Australia

Jolywood
2018-03-22 12:50 938

TAIZHOU, China, 22 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Jolywood (Taizhou) Solar Technology Co. Ltd ("Jolywood" atau "Syarikat"), peneraju dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran besar-besaran sel solar dwimuka jenis-N, menandatangani satu perjanjian kerjasama ("Perjanjian") dengan syarikat solar Australia, Golden Invest Pty Ltd. Jalinan kerjasama ini memperlihatkan langkah selanjutnya untuk Jolywood menembusi pasaran Australia dengan menyediakan sel solar dwimuka jenis-N kepada projek-projek tenaga tempatan.

Projek Solar Dwimuka jenis-N Jolywood di Australia
Projek Solar Dwimuka jenis-N Jolywood di Australia

Menurut perjanjian, Golden Invest akan membangunkan projek-projek kuasa dengan jumlah kapasiti sebanyak 100 MW di Australia, yang secara eksklusifnya akan menggunakan modul-modul solar dwimuka jenis-N yang dikeluarkan dan dibekalkan oleh Jolywood. Sel Solar Dwimuka jenis-N memenuhi keperluan mereka, memandangkan ia dapat meningkatkan rintangan yang lebih kuat untuk LID, mengekalkan prestasi yang lebih baik dalam keadaan pencahayaan yang malap dan berkos lebih rendah berbanding pilihan-pilihan lain seperti modul jenis-P.

Cao Xiaorong, Pengurus Besar Jualan Luar Negara Jolywood berkata, "Kami berasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan Golden Invest, yang mempunyai pengalaman hebat dalam membangunkan projek-projek kuasa solar di Australia. Perkongsian ini merupakan satu lagi pengiktirafan kepada kualiti dan nilai produk solar dwimuka jenis-N kami daripada sebuah syarikat bertaraf global."

Jolywood dan Golden Invest berjaya berkolaborasi sebelum ini. Projek pertama yang disempurnakan bersama-sama di Renmark, Australia Selatan, menjana 248 KW kuasa elektrik menggunakan sel solar dwimuka jenis-N Jolywood. Berdasarkan jumlah sebenar kuasa yang dijana dan data prestasi lain yang dikesan, modul-modul ini memberikan tahap kecekapan yang tinggi dengan masa penjanaan kuasa yang lebih panjang dan prestasi yang lebih baik dalam keadaan cahaya malap. Mark Yates, Pengurus Besar Golden Invest, melahirkan keyakinan tinggi terhadap potensi jualan masa depan untuk modul solar dwimuka jenis-N dalam pasaran Australia.

Golden Invest ialah sebuah syarikat Pembinaan Perolehan Kejuruteraan (EPC) terkemuka yang turut melabur dan membangunkan tenaga solar dan simpanan tenaga di Australia. Pengarahnya, Mark Yates, mempunyai pengalaman selama 14 tahun dalam pembangunan dan pengurusan projek. Pada akhir tahun 2017, Mark Yates berjaya menyempurnakan projek-projek pembangunan, reka bentuk dan pemasangan yang memberikan gabungan kapasiti sebanyak 200MW.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Jolywood bergiat aktif meninjau pasaran-pasaran antarabangsa. Selain Perjanjian ini, ia menandatangani satu perjanjian pengedaran bersama IMI Industry di Thailand tahun lalu dan baru sahaja memeterai perkongsian perniagaan dengan Solar Systems dari Ukraine. "Kami berharap, dengan lebih banyak peluang kerjasama global, kami dapat membantu lebih banyak komuniti dan orang ramai untuk membina masa depan yang lebih mesra alam," kata Cao.

Latar Belakang Golden Invest Pty Ltd.

Golden Invest Group ialah syarikat pelaburan rintis yang mengkhusus dalam tenaga boleh diperbaharui. Syarikat berpangkalan di Adelaide, Australia Selatan. Ia mewujudkan hubungan erat bersama majlis-majlis tempatan dan SAPN (South Australia Power Networks). Golden Invest memulakan syarikat usaha sama Green Gold Energy bersama Yates Electrical Services yang mempunyai pengalaman selama lebih 10 tahun dalam tenaga solar. Green Gold Energy mengkhusus dalam EPC Stesen Kuasa solar. Ia telah membuka laluan dan membentuk industri solar SA. Golden Invest kini memegang banyak projek solar dan mempunyai lebih 20 projek solar yang sedang dijalankan melalui subsidiari-subsidiarinya. Golden Invest ialah sebuah syarikat baharu, namun berpengalaman dan berkembang pesat. Ia menerajui industri dan akan terus berada di hadapan untuk dekad berikutnya.

Latar Belakang Jolywood (Taizhou) Solar Technology Co. Ltd.

Jolywood (Taizhou) Solar Technology, sebuah subsidiari teknologi fotoelektrik milik penuh Jolywood (Suzhou) Sunwatt Co. Ltd., terlibat dalam usaha penyelidikan & pembangunan, pengeluaran dan pemasaran sel solar, tenaga solar, silicon dan khidmat nasihat teknikal. Syarikat telah mengumpul teknologi-teknologi baharu sejak mula ditubuhkan dan memohon lebih 60 paten setakat ini, dengan 23 daripadanya diluluskan dengan jayanya. Ditubuhkan pada tahun 2008, Jolywood (Suzhou) Sunwatt Co. Ltd., ialah pengeluar profesional terbesar bagi lapisan belakang PV seluruh dunia, dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak lebih 100 juta meter. Syarikat turut mengungguli industri solar global dengan 2.1GW kapasiti pengeluaran bagi sel solar dwimuka jenis-N.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://en.jolywood.cn/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180321/2085533-1

Source: Jolywood
Keywords: Electrical Utilities Oil/Energy Utilities Contracts Licensing/marketing agreements