omniture

Usain Bolt, Diego Maradona & José Mourinho Bertemu untuk Perlawanan Persahabatan

Hublot
2018-03-22 22:30 859

BASEL, Switzerland, 22 Mac 2018 /PRNewswire/ --

Gabungan antara legenda pecut dunia, Pakar Bola Sepak dan Yang Istimewa untuk Perlawanan Persahabatan Bola Sepak 

"Ini merupakan suatu impian dan Hublot menjadikannya suatu kenyataan! Perlawanan ini adalah impian setiap orang. Melihat rakan-rakan jenama, legenda di padang bermain bola sepak, menghimpunkan ahli-ahli sukan legenda yang tidak pernah bermain bersama dalam pertemuan luar biasa ini, mewujudkan dua pasukan untuk Perlawanan Persahabatan, semua ini lebih daripada apa yang dapat kita harapkan! Tiada bukti lebih baik untuk menunjukkan betapa bola sepak dapat menyatukan orang ramai!"  

Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot

Baselworld I Dewan 4 I 21 Mac 2018  

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

Dewan 4 di Baselworld bertukar menjadi padang bola sepak 

Selepas taman-taman Palais Royal di Paris, di tempat tumpuan dunia pembuatan jam tangan inilah - lokasi Hublot memperkenalkan jam tangan Bola Sepaknya khusus untuk FIFA 2018 World CupTM - pembuat jam tangan Switzerland meniupkan wisel bagi memulakan permainan istimewa ini yang diadakan di lokasi asalnya. Permainan legenda yang menghimpunkan bintang-bintang dari dunia bola sepak dan Usain Bolt, lelaki paling pantas di dunia, di bawah bimbingan jurulatih Diego Maradona dan José Mourinho.

Pasukan Maradona

Tino Asprilla, Roberto Carlos, Hernan Crespo, Gianni Infantino, Christian Karembeu, Marco Materazzi, Gaizka Mendieta, Angelo Peruzzi dan David Trezeguet

Pasukan José Mourinho

Usain Bolt, Vitor Baía, Stéphane Chapuisat, Marcel Desailly, Damien Duff, Robbie Keane, Patrick Kluivert, Richard Orlinski dan Alexei Smertin.

Sekali lagi, Hublot menjadi pakar bola sepak.

http://www.hublot.com

 

Source: Hublot
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Sporting Events Sports