SINGAPURA, 23 Mac 2018 /PRNewswire/ -- KLM baru sahaja melancarkan "The Journey," audio siar berbahasa Inggeris yang mana para penumpang menceritakan tentang perjalanan yang telah mengubah kehidupan mereka. KLM ialah syarikat penerbangan pertama yang menggunakan audio siar untuk menonjolkan kehebatan pengembaraan. Setiap episod akan menumpu pada satu perjalanan. Audio siar berkenaan membawa pendengar ke pelosok dunia berbeza, bermula dengan medan salji di Alaska ke jalan raya yang hiruk pikuk di New Delhi.
"Audio siar ini menambah aspek unik kepada saluran-saluran komunikasi sedia ada KLM. Ia merupakan platform hebat untuk jenama kami berhubung dan terlibat bersama komuniti pengikut kami. Melalui audio siar ini, para pendengar berpeluang berkongsi dan mendengar kisah-kisah perjalanan yang menarik selama 30-40 minit," kata Natasha van Roode, Ketua Bahagian Komunikasi Pemasaran KLM.
Bagaimana ia berfungsi?
Para pendengar boleh mendengar audio siar secara percuma melalui podcast.klm.com. Anda juga akan menemui maklumat latar belakang tentang episod-episod berbeza di sini. Lebih-lebih lagi, "The Journey" disediakan melalui semua platform audio siar utama termasuk Apple Podcasts, Spotify dan Google Play. Penumpang KLM juga boleh mendengar audio siar melalui Inflight Entertainment dalam pesawat untuk penerbangan jarak jauh.
Episod Terakhir
KLM mencari tukang cerita seterusnya untuk bahagian terakhir audio siar "The Journey". Sekiranya anda mempunyai kisah perjalanan yang menarik untuk diceritakan, kami ingin mendengarnya daripada anda melalui podcast@klm.com. Siapa tahu, barangkali kisah anda anda akan menjadi episod yang seterusnya!
Inovasi
Sebagai sebahagian daripada komitmen KLM terhadap kemajuan dan teknologi, KLM terus membangunkan bentuk-bentuk komunikasi yang inovatif. Audio siar semakin popular di seluruh dunia dan KLM melihat platform ini sebagai kaedah luar biasa untuk menjalin hubungan bersama penumpangnya.
URL Youtube: https://youtu.be/X1RZEQ6kfwg
Latar Belakang KLM
Ditubuhkan pada 7 Oktober 1919, KLM Royal Dutch Airlines ialah syarikat penerbangan berjadual paling lama bertapak di dunia yang masih beroperasi menggunakan nama asalnya. Pada tahun 2017, KLM Group mengendalikan penerbangan seluruh dunia dengan 200 pesawat kami, mengalu-alukan lebih 32 juta penumpang.
Jaringan hab luas KLM melibatkan destinasi-destinasi Eropah (88) dan antara benua (72) menyediakan hubungan terus yang mudah ke pusat-pusat ekonomi dan ibu negara seluruh dunia. Bersama-sama rakan-rakan kongsi penerbangan kami (Skyteam), kami menawarkan 225 destinasi seluruh dunia. KLM Group turut melibatkan subsidiari-subsidiari milik penuh Transavia dan Martinair. Transavia, selaku syarikat penerbangan berkos rendah yang terkemuka dari Belanda yang beroperasi dari Amsterdam, Eindhoven dan Rotterdam, mengalu-alukan 8 juta penumpang untuk terbang pada tahun 2017. Berpaksikan kepercayaan teras bahawa penumpang KLM kami merupakan jenama kami, kami percaya bahawa kami dapat mencetuskan perbezaan dengan mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk pelanggan kami. Ini merupakan kualiti asas kami. Tumpuan tulus kami terhadap pelanggan membuatkan mereka berasa diiktiraf, tenang, selesa dan tersentuh. Pada 6 Mei 2004, KLM bergabung dengan Air France dan beroperasi berdasarkan konsep: satu kumpulan AFKL, dua syarikat penerbangan dan tiga perniagaan teras (penumpang, perniagaan kargo dan kejuruteraan & penyelenggaraan). Dengan Air France, KLM berjaya mendepani industri penerbangan Eropah. KLM berusaha untuk mencapai pertumbuhan menguntungkan yang menyumbang kepada sasaran korporatnya dan terhadap pembangunan ekonomi dan sosial. KLM turut berusaha mencipta pertumbuhan mampan di Amsterdam Airport Schiphol, bagi mendapat akses kepada sebarang pasaran yang akan meningkatkan kualiti jaringannya dan mengekalkan persaingan yang setara untuk semua penggiat industri.
Untuk pertanyaan media
Edith Kraaijeveld
Pengurus Komunikasi & Produk
edith.kraaijeveld@klm.com
Lihat berita KLM dan juga pustaka imej kami melalui: http://nieuws.klm.com/en/
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180320/2084262-1