AUSTIN, Texas, 23 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Sejak pelancaran awal ofo AS di Seattle pada Ogos 2017, syarikat berkembang ke pelbagai kawasan di AS, termasuk California, Massachusetts dan Texas.
Chris Taylor, Ketua Amerika Utara ofo, baru-baru ini berucap dalam sidang panel Unexpected Stories Written by the Mobile Internet (Kisah-kisah Tidak Diduga Ditulis oleh Internet Mudah Alih) SXSW 2018. Taylor berkongsi kisah ofo di Dallas, Texas. Dallas ialah sebuah bandar automobil biasa dengan kawasan kediaman bertaburan di seluruh bandar. Namun begitu, satu budaya tunggangan yang unik mula muncul setelah perkhidmatan ofo diperkenalkan. Kesesakan lalu lintas juga telah dapat dikurangkan. Bilangan basikal kuning ofo di Dallas meningkat setiap minggu dan Dallas menjadi salah sebuah bandar AS dengan perkhidmatan perkongsian basikal yang paling pesat berkembang.
Peluasan antarabangsa ofo, platform perkongsian-basikal tanpa-stesen yang pertama dan terbesar di dunia, bermula pada tahun 2016 apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dai Wei memutuskan untuk membawa basikal kuning dari China ke bandar-bandar utama seluruh dunia. ofo telah menghubungkan lebih 120,000 buah basikal di lebih 70 bandar di luar China dan menyediakan lebih 25 juta tunggangan setakat ini. Pengguna ofo berbasikal sejauh 11.747 bilion km pada tahun 2017, yang dapat menjimatkan 590,000 tan gasolin dan mengurangkan 2.59 juta tan emisi karbon.
Bagi menggalakkan model pengangkutan baharu ini, keutamaan tertinggi ofo apabila memasuki sesebuah bandar ialah menyelidik dasar dan peraturan tempatan, berkomunikasi dengan kerajaan tempatan dan mengkaji pasaran bagi mengenal pasti tempat penggunaan yang optimum. ofo turut bekerjasama dengan persatuan-persatuan berbasikal untuk terlibat bersama masyarakat tempatan.
ofo menyesuaikan reka bentuk basikal sewajarnya untuk pasaran-pasaran berbeza. Gear dan bingkai berbeza dipasang berdasarkan pilihan keutamaan pengguna dan topografi setiap bandar. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh warga tempatan, yang menghasilkan peluang pekerjaan yang agak banyak.
Perkongsian basikal dijangka untuk terus berkembang pada masa depan. Menurut analisis Cheetah Lab, bilangan pengguna global akan mencecah 306 juta pada tahun 2019. Bilangan pengguna di luar China boleh meningkat 5-10 kali ganda dalam tempoh dua tahun akan datang. Permintaan global terhadap basikal akan mencecah 110 juta, dan penunggang basikal akan menyumbang sebanyak 15% daripada seluruh populasi iaitu sebanyak lebih 1.1 bilion.
Dai Wei, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif ofo, berkata di APEC 2017 bahawa pada masa depan, ofo berharap dapat menyediakan perkhidmatan kepada 2 bilion penduduk seluruh dunia. ofo, antara berbilang pengendali lain, akan memimpin popularisasi kaedah pengangkutan yang revolusioner ini.