omniture

Pembukaan Besar-Besaran Jeju Shinhwa World - Pusat Peranginan Libur dan Hiburan Bersepadu Bertaraf Dunia di Jeju

Landing International Development Limited
2018-03-23 15:01 1060

JEJU, Korea Selatan, 23 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Landing International Development Limited ("Landing International" atau "Syarikat", bersama-sama subsidiari-subsidiarinya, "Kumpulan", Kod HKEX: 00582) dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan besar-besaran Jeju Shinhwa World yang dibangunkan dan dikendalikan oleh Kumpulan tersebut. Ini merupakan pusat peranginan libur dan hiburan bersepadu bertaraf dunia yang pertama dan satu-satunya di Pulau Jeju, Korea.

(dari kiri) En. Liu Zhifei, Mr Ko Choong-Hong, En. Ahn Dong-Woo, Dr. Yang Zhihui, En. Cho Jeong-Sik, En. Lee Kwang-Hee dan En. Ahn Choong-Hwan merasmikan majlis pembukaan besar-besaran.
(dari kiri) En. Liu Zhifei, Mr Ko Choong-Hong, En. Ahn Dong-Woo, Dr. Yang Zhihui, En. Cho Jeong-Sik, En. Lee Kwang-Hee dan En. Ahn Choong-Hwan merasmikan majlis pembukaan besar-besaran.

Majlis perasmian besar-besaran Jeju Shinhwa World diadakan pada awal pagi ini di Pusat Konvensyen Landing. Acara ini dihoskan oleh Dr Yang Zhihui, Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Landing International. Turut hadir dalam majlis ialah tetamu-tetamu kehormat, termasuk En Liu Zhifei, Timbalan Konsulat Jeneral bagi Konsulat Jeneral Republik Penduduk China di Jeju; En. Cho Jeong-Sik, Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan bagi Perhimpunan Kebangsaan Republik Korea; En Ahn Dong-Woo, Naib Gabenor Hal Ehwal Politik, Wilayah Pentadbiran Sendiri Khas Jeju; En. Ko Choong-Hong, Pengerusi Majlis Wilayah Pentadbiran Sendiri Khas Jeju; dan En. Mr Lee Kwang-Hee, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pembangunan Bandar Antarabangsa Bebas Jeju, En. Ahn Choong-Hwan, Ketua Pengarah untuk Dasar Wilayah bagi Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan serta rakan niaga luar negara dan rakan-rakan Landing International.                              

Dr Yang Zhihui menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut, yang mana beliau berkata, "Ini merupakan satu peristiwa penting yang tidak dapat dilupakan dalam pembangunan Jeju Shinhwa World. Ia menonjolkan kejayaan pembangunan pusat peranginan bersepadu libur dan hiburan bertaraf dunia di Pulau Jeju." Beliau berjanji untuk membangunkan Jeju Shinhwa World menjadi pusat peranginan bersepadu libur dan hiburan bertaraf dunia yang menjadi kebanggaan penduduk Jeju, dan untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi Pulau Jeju, khususnya industri pelancongannya.

Dikenali sebagai "pulau taman paling hebat di Korea Selatan" dan kaya dengan sumber-sumber alam semula jadi, Pulau Jeju menarik ramai pengunjung saban tahun dari seluruh dunia. Oleh yang demikian, industri pelancongan pulau ini mempunyai potensi pembangunan yang amat luas. Meliputi kawasan seluas 2.5 juta meter persegi, Jeju Shinhwa World mengandungi hotel mewah, taman tema, kemudahan katering, M.I.C.E (Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Acara), aktiviti-aktiviti permainan dan juga libur. Pusat peranginan ini menyediakan perkhidmatan sehenti yang mencakupi lawatan untuk libur atau perniagaan hinggalah kepada lawatan untuk pasangan dan keluarga, seterusnya melengkapi tawaran sedia ada daripada industri pelancongan Pulau Jeju.

Kemudahan-kemudahan bertaraf dunia di Jeju Shinhwa World telahpun dibuka secara berperingkat-peringkat sejak April 2017:

  • Pada April 2017, Somerset Jeju Shinhwa World, kondominium resort berservis penuh bertaraf dunia yang pertama di Jeju dibuka.
  • Pada September 2017, Shinhwa Theme Park dengan kerjasama TUBAn Company Limited, syarikat animasi 3D unggul di Korea Selatan, menerima kumpulan pelanggan pertama.
  • Pada November 2017, Jeju Shinhwa World Landing Resort – hotel milik jenama Landing Group yang pertama, Pusat Konvensyen Landing dan YG Republique – kompleks makanan, minuman dan hiburan yang merupakan hasil kolaborasi antara Jeju Shinhwa World dan YG Entertainment dibuka.
  • Pada Disember 2017, Jeju Shinhwa World Marriott Resort dan Shinhwa Shoppes dibuka.
  • Pada 25 Februari 2018, Jeju Shinhwa World Landing Casino mengadakan majlis perasmian besar-besarannya.

Kemudahan-kemudahan yang sangat luar biasa yang bakal dibuka pada masa depan, termasuk:

  • Shinhwa Waterpark, taman air berskala luas yang satu-satunya di Jeju dan Jeju Shinhwa World Shinhwa Resort dijadual memulakan operasi pada musim panas 2018.
  • Jeju Shinhwa World Four Seasons Resort & Spa, hotel mewah yang bakal ditempatkan di tengah-tengah Jeju Shinhwa World, dan Lionsgate Movie World, taman tema luar berjenama pertama berdasarkan filem-filem termasyhur di dunia, mewakili kolaborasi antara Jeju Shinhwa World dan Lionsgate, dijangka dibuka di Jeju Shinhwa World pada tahun 2020.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180322/2086867-1

Source: Landing International Development Limited
Related Stocks:
HongKong:0582
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Gambling/Casinos Hotels and Resorts Travel