omniture

FashionTV Dilantik Edar 25 Saluran TV Cina kepada 230 Juta Pelancong Cina di Hotel Seluruh Dunia

FashionTV (FTV)
2018-03-23 17:00 988

VIENNA, 23 Mac 2018 /PRNewswire/ --

FashionTV bekerjasama dengan APT Satellite Company Limited ("APT Satellite") untuk mengedarkam Great Wall TV Platform, himpunan saluran TV termasuk beberapa saluran TV yang diberi nilai tinggi, iaitu CCTV-Entertainment, Hunan TV, Zhejiang TV, Oriental TV kepada hotel-hotel seluruh dunia, menggunakan kombinasi antara OTT dan teknologi pengedaran satelit bagi memaksimumkan liputan.

Prebiu melalui http://ftv.com/greatwall

generated by system

generated by system

Michel Adam, presiden FashionTV, berkata: "Pada tahun 2018, 180 juta pelancong Cina dijangka menjelajah ke destinasi-destinasi luar negara, dan angka ini diunjurkan meningkat kepada 230 juta menjelang tahun 2020. Semua hotel menampung dan mengalu-alukan pelancong Cina dan ketersediaan saluran Cina dalam bahasa ibunda mereka benar-benar mententeramkan pelancong Cina sewaktu mereka bersantai di hotel setelah melakukan perjalanan."

"FashionTV mempunyai kepakaran dalam mewujudkan rangkaian pengedaran komprehensif untuk saluran TV seluruh dunia dan perjanjian ini amat bermanfaat kepada operasi perniagaan Great Wall TV," kata En.Huang Baozhong, Naib Presiden Eksekutif APT Satellite.

Perhubungan Media: Max Posch, max@ftv.com , +43-664-3910205

Source: FashionTV (FTV)
Related Links:
Keywords: Entertainment Hotels and Resorts Television Travel New products/services