omniture

32% Pengunjung Asia Akan Gandakan Belanja Setiap Orang Jika Taman Tema Naik Taraf Teknologi, Dapatan Omnico

Omnico
2018-03-26 09:00 489

BASINGSTOKE, England, 26 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Hampir sepertiga daripada pengunjung taman tema Asia (32%) akan menggandakan perbelanjaan mereka sekiranya mereka dapat menggunakan teknologi yang lebih inovatif, dapatan kajian oleh Omnico.

35% akan berbelanja dua kali ganda untuk makanan dan minuman sekiranya mereka boleh menggunakan aplikasi telefon pintar untuk memesan lebih awal, manakala 31% akan menggandakan perbelanjaan sekiranya restoran membolehkan mereka menggunakan aplikasi imbas kendiri atau kios layan diri.

Sementara itu, 31% akan berbelanja dua kali ganda banyaknya sekiranya taman tema menjadikan kunjungan mereka lebih mudah dengan menawarkan panduan dan pengalaman realiti maya, atau mempunyai sistem pengecaman dikuasakan-kecerdasan buatan (AI).

Angka-angka ini adalah sebahagian daripada Barometer ROI Taman Tema Omnico, yang menyoal selidik 1,973 pengguna dari China, Malaysia dan Jepun yang mengunjungi taman tema sepanjang dua tahun lalu, berserta 1,360 pengguna untuk AS dan UK. Ia menunjukkan pengguna berharap teknologi dapat menyokong interaksi mereka di taman tema dan pusat peranginan, sama seperti yang dilakukannya dalam kehidupan harian mereka.

"Kajian kami mengesahkan bahawa teknologi canggih untuk menjadikan transaksi lebih mudah dan tidak perlu beratur akan mengubah pendapatan taman tema yang dikunjungi oleh tetamu dari China, Jepun dan Malaysia," kata Mel Taylor, Ketua Pegawai Eksekutif, Omnico. "Penyepaduan lancar antara teknologi ini adalah penting untuk penglibatan-pelanggan 'Pintar' dan paling penting, ia dapat meningkatkan sebahagian besar pendapatan sekiranya dilaksanakan dengan betul."

Responden Cina paling berkemungkinan berbelanja lebih banyak, dengan 40% daripada mereka berkata mereka sanggup menggandakan perbelanjaan, berbanding 29% di Jepun dan 28% di Malaysia.

Warga Malaysia adalah yang paling tertarik dengan panduan dan pengalaman realiti maya, serta sistem pengecaman AI. 31% berkata mereka sanggup meningkatkan perbelanjaan tiket mereka sebanyak dua kali ganda. Pengunjung Cina paling berkemungkinan menggunakan aplikasi telefon untuk memesan makanan dan minuman, dengan 45% percaya hal ini dapat menggandakan perbelanjaan mereka. Bagi responden Jepun, pembelian barangan merupakan bahagian perbelanjaan yang berkemungkinan besar digandakan dengan teknologi baharu (32%).   

Beratur adalah suatu yang umumnya tidak disukai, dengan 78% daripada pengguna tiga negara berkenaan menyatakan ia seringkali atau sesekali membatalkan niat mereka untuk membeli makanan dan minuman. 64% mempunyai pandangan yang sama berhubung pembelian runcit.

Secara keseluruhan, Barometer ROI Taman Tema menunjukkan pelaksanaan teknologi-teknologi yang menyenangkan pelanggan celik teknologi masa kini akan memberikan hasil ketara kepada pengendali taman tema.

Muat turut laporan penuh di sini: http://www.omnicogroup.com/insights/omnico-theme-park-roi-barometer/

Latar Belakang Omnico:  

Teknologi berasaskan Awan Omnico memperkasa POS dan penyelesaian penglibatan pengguna dalam sektor peruncitan, destinasi dan hospitaliti.

http://www.omnicogroup.com

Hubungi Perhubungan Awam:
Joanna Elliott
Whiteoaks
+44(0)1252-727313

Source: Omnico
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Computer/Electronics Internet Technology Travel Survey, Polls & Research