CHENGDU, China, 26 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Pada 25-28 April 2018, Ekspo Pertanian Moden Bandar Antarabangsa (IUMAE) Keenam bakal diadakan di Chengdu. Dirancang dan dilaksanakan oleh Chengdu New East Exhibition Co. Ltd., yang telahpun diperakui oleh Union of International Fairs (UFI), Ekspo ini menjadi acara pertanian komprehensif dengan pengaruh dan perhatian perindustrian tertinggi di barat China, menawarkan perusahaan pertanian di dalam dan luar negara dengan platform pameran dan pertukaran profesional untuk mencari dan meluaskan peluang perdagangan serta kerjasama dengan pasaran barat sejak 5 tahun lalu.
Chengdu berkembang pesat di bawah Inisiatif "Jalur dan Jalan" China, mengukuhkan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan 228 negara dan wilayah, mempunyai 16 misi konsular asing dan 281 perusahaan Fortune 500, serta terus menjadi pilihan pertama untuk industri, modal dan bakat di barat tengah China.
Dibandingkan dengan pasaran-pasaran di Beijing, Shanghai, Guangzhou serta bandar-bandar peringkat pertama China lain yang dikenali secara meluas, pasaran Chengdu mempunyai kuasa dan potensi tersebar yang lebih hebat, serta kos pemasaran lebih rendah melalui pameran dan acara. Sejak lima tahun lalu, sebilangan besar pertubuhan pertanian, persatuan perniagaan dan wakil perusahaan dari lebih 10 negara serta wilayah di seluruh dunia tertarik untuk menghadiri setiap Ekspo bagi melakukan transaksi dan pertukaran.
Tahun ini, Ekspo ini akan menempati kawasan pameran seluas 55,000 meter persegi dan menjadi tuan rumah untuk 1,500 pempamer. Kira-kira 50,000 pembeli profesional akan diundang ke Ekspo ini, termasuk pemborong, ejen, pengedar, syarikat dengan produk yang diproses dengan baik, dewan perniagaan dan persatuan, pasar raya, hotel, pasaran profesional, taman perindustrian, jabatan kerajaan, perusahaan dan institusi, peladang yang mengusahakan ladang dan tempat pembiakan bersaiz luas, institusi penyelidikan saintifik, universiti dan kolej, sekolah teknik vokasional, sekolah menengah dan rendah, pertubuhan tentera, hospital dan juga komuniti.
Sebagai platform pameran profesional dan berkesan, Ekspo ini akan menyediakan pelbagai perkhidmatan pameran, termasuk promosi kerjasama projek, pemadanan sumber pembelian produk, tempat perhubungan dengan taman pertanian dan kilang tentang lawatan rasmi, peluang perundingan berhubung dasar kerajaan, tempat perhubungan dengan persatuan industri dan perniagaan, serta temubual individu dan laporan media utama. Kami dengan sukacitanya mengundang pelbagai organisasi industri, persatuan perniagaan dan perusahaan yang tercari-cari peluang pembangunan dan perniagaan di barat China untuk menyertai Ekspo ini.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Cik Zhao
Tel: +86-28-862-80019
Tel. Bimbit: +86-182-1557-7029
E-mel: 261032945@qq.com