omniture

Mengurus Kerja-kerja Ekspo Import Antarabangsa China Pertama dengan Lebih Pantas

China International Import Expo
2018-03-26 17:37 943

SHANGHAI, 26 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Penganjur Pameran dari lebih 165 negara telahpun dijadualkan untuk mengambil bahagian dalam Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama, yang akan diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan di Shanghai mulai 5-10 November 2018. CIIE pertama ini dijangka untuk menarik lebih 150,000 pembeli dari China dan seluruh dunia.

Pempamer menanda tangani kontrak penyertaan dengan Biro CIIE
Pempamer menanda tangani kontrak penyertaan dengan Biro CIIE

Diwujudkan untuk berperanan sebagai platform bagi mempromosikan perdagangan global, lebih 1,300 syarikat dari lebih 120 negara dan wilayah, termasuk berpuluh-puluh syarikat Fortune 500 serta syarikat-syarikat terkemuka daripada semua industri, telahpun mendaftar untuk menyertai acara ini. Setakat ini, syarikat-syarikat dari Asia mewakili 35 peratus daripada pempamer, diikuti dengan Eropah sebanyak 32 peratus, benua Amerika sebanyak 16 peratus, Oceania sebanyak 11 peratus dan Afrika sebanyak 6 peratus.

"Bilangan pendaftaran awal untuk CIIE pertama ini adalah luar biasa; kami berasa amat gembira dengan minat tinggi yang kami terima daripada komuniti antarabangsa setakat ini," kata Sun Chenghai, Timbalan Ketua Pengarah Biro CIIE. "Dengan semangat yang semakin meningkat daripada kalangan pembeli, banyak pempamer berulang kali memohon untuk menambah saiz reruai mereka dan menaikkan belanjawan mereka. Kami tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan begitu banyak perusahaan luar negara yang luar biasa dan berganding bahu bersama-sama untuk meningkatkan pembangunan perdagangan antarabangsa."

Beberapa syarikat berprofil tinggi yang telahpun disahkan untuk hadir termasuk:

- Syarikat gergasi teknologi maklumat Della akan mempamerkan inovasi dan penyelesaian yang terkemuka di dunia dalam bidang peralatan pintar yang berkualiti tinggi.

- Microsoft akan memaparkan hasil R&D terkininya - HoloLens yang akan menayangkan kesan 3D dengan pandangan orang pertama.  

- Syarikat makanan global DANONE akan memperkenalkan susu tepung formula bayi, air mineral berkualiti tinggi, produk pemakanan perubatan dan produk organik kepada pengguna Cina bagi memenuhi permintaan orang ramai yang semakin meningkat terhadap produk berkualiti tinggi.

Angka-angka rasmi menunjukkan bahawa import ke China pada tahun 2017 berjumlah hampir RMB 12.5 trilion (USD 1.95 trilion), meningkat 18.7% berbanding pada tahun 2016. Angka ini dijangka meningkat kepada USD 8 trilion sepanjang lima tahun akan datang apabila China, ekonomi kedua terbesar dan pengimport kedua terbesar di dunia, meneruskan perkembangannya ke peringkat pembangunan baharu.

Kerajaan-kerajaan lain dan organisasi-organisasi perdagangan antarabangsa utama turut mengiktiraf kepentingan CIIE. Organisasi perdagangan luar Jepun telah menempah 10,000 meter persegi ruang untuk pameran, Majlis Perniagaan A.S.-China menempah lebih 2,500 meter persegi ruang untuk pameran, manakala penganjur Brazil, FIESP akan membawakan lebih 70 syarikat. Sebanyak 4 penganjur pameran dari Australia menempah sejumlah kawasan berkeluasan 1,000 meter persegi. Persekutuan Perniagaan Singapura, Kementerian Perdagangan Thailand dan Dewan Perniagaan Cina Indonesia kesemuanya menempah kawasan berkeluasan lebih 1,000 meter persegi. Di samping itu, hampir 100 syarikat dari 25 Negara Paling Kurang Membangun (LDC) mendaftar.

Kerajaan Perancis akan menghantar pegawai-pegawai kanan dan delegasi korporat yang besar; kerajaan Rusia telah meletakkan kepentingan yang besar terhadap CIIE dan menubuhkan jawatankuasa penyelarasan khas; dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Tenaga Persekutuan Jerman berkata Jerman akan menggunakan secara aktif platform CIIE untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka.

Ekspo Import Antarabangsa China pertama dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Republik Rakyat China dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Shanghai, dan disokong oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia, Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.ciie.org/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180323/2085618-1

Source: China International Import Expo
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news Future Events