omniture

XCMG Majukan Barisan Pengeluaran Pintar Pertama Dunia untuk Pemutar Kren, Masuki Era Pembuatan Pintar

XCMG
2018-03-26 20:27 704

XUZHOU, China, 26 Mac 2018 /PRNewswire/ -- XCMG, pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka di dunia, kini membangunkan barisan pengeluaran pintar pertama dalam industri untuk pemutar kren dengan kapasiti pengeluaran harian sebanyak 40, iaitu yang terbesar di dunia. Usaha ini mengekalkan syarikat di barisan hadapan dalam pembangunan jentera pembinaan dan mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam pembuatan pintar (IM) dengan mantap.

XCMG Forges World’s First Intelligent Production Line for Crane Turntables, Entering Intelligent Manufacturing Era
XCMG Forges World’s First Intelligent Production Line for Crane Turntables, Entering Intelligent Manufacturing Era

Sebagai barisan pengeluaran pintar pertama untuk komponen struktur berskala luas dalam industri, ia dapat menghasilkan lebih 20 jenis produk. Dengan panjang berukuran 100-meter, barisan pengeluaran ini mempunyai 168 titik labuh pada palet fleksibel yang dapat mengunci setiap hasil kerja di tempatnya dengan tepat bagi menyelesaikan 18 langkah pemasangan yang diperlukan untuk memasang pemutar kren dengan lancar. Kenderaan berpandu-rel (RGV) pintar yang membawa palet boleh bergabung secara automatik dengan stesen kerja kimpalan bagi menyelesaikan proses pengeluaran dengan ketepatan 0.01 darjah. Setiap juruteknik pada barisan pengeluaran boleh mengurus 10 mesin dengan perbatuan operasi tahunan sebanyak 1,933 kilometer (1,201 batu).

"Penyiapan barisan pengeluaran pintar baharu kami mengesahkan kedudukan XCMG sebagai peneraju dunia dalam pengeluaran jentera pembinaan," kata Wang Min, Pengerusi dan Presiden XCMG. "Bagi menerajui era IM, membuat pelaburan strategik yang kini menjadi kuncinya. Mana-mana syarikat yang mengabaikan revolusi pengeluaran ini tidak mempunyai masa depan."

Barisan pengeluaran baharu XCMG menandakan pencapaian penting dalam penerokaan IM dalam industri pembuatan yang pelbagai jenis, berkuantiti terhad dan diskret. Pada tahun 2017, China ialah pasaran aplikasi robot perindustrian yang terbesar di dunia dengan jualan tahunan melebihi 120,000 kenderaan iaitu kira-kira 1/3 daripada pengeluaran global. Dalam masa yang sama, China menjadi pengguna terbesar dunia bagi alat jentera kawalan berangka selama sembilan tahun berturut-turut, dan 50 peratus daripada jumlah pengeluaran dunia dipasang di kilang-kilang Cina. Sejak dua tahun lalu, purata kecekapan pengeluaran bagi kilang-kilang Cina meningkat sebanyak 30 peratus dan kecekapan tenaga pula meningkat sebanyak 10 peratus.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah selama 74 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan kelapan dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat mengeksport ke lebih 177 negara dan rantau di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG melalui Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180323/2087720-1

Source: XCMG
Keywords: Auto Computer/Electronics Machinery Mining/Metals Transportation