omniture

Bubble Shooter™ Ilyon: 50 Juta Muat Turun dan Meningkat

Ilyon
2018-03-27 08:00 1042

TEL AVIV, Israel, 27 Mac 2018/PRNewswire/ --

Berdekad selepas pelancaran pertamanya, permainan Bubble Shooter™ klasik kekal salah satu permainan paling popular dunia

Ilyon, syarikat permainan mudah alih Israel yang paling pantas meningkat naik, hari ini mengumumkan bahawa permainan Bubble Shooter™ kebanggaannya kini telah melepasi 50 juta muat turun.

Percuma untuk dimuat turun, Bubble Shooter ialah aplikasi kasual yang mengujakan dengan ribuan teka-teki untuk dikuasai. Dihasilkan daripada permainan video arked tahun 90-an yang popular, kemasyhuran Bubble Shooter melonjak naik apabila ia dilancarkan sebagai permainan PC pada tahun 2002 oleh Absolutist Ltd. dan diedarkan kepada ratusan laman sesawang kilat, memberikan orang ramai peluang untuk bermain permainan ini di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa yang mereka suka.

generated by system

Ilyon memperoleh IP (Harta Intelek) dan tanda dagang Bubble Shooter daripada Absolutist dan membangunkan versi mudah alih untuk iOS dan Android dengan cara permainan, ciri-ciri dan rekaan grafik yang baharu dan dipertingkat.  Versi mudah alih permainan ini kekal mudah untuk dimainkan – menampilkan tembakan klasik, dengan para pemain memerlukan sekurang-kurangnya 3 buih yang sama warna untuk meletupkan kombinasi itu.

Sejak pelancaran versi mudah alih, Bubble Shooter telah menjadi salah satu permainan kasual paling popular di Google Play dan di Apple App Store, dan telah dimainkan sebanyak berbilion kali.  Bubble Shooter Ilyon mempunyai lebih daripada 2,000 tahap, dengan penambahan dibuat setiap masa, dan ciri-ciri hebat seperti mod buta warna, kesan dan bunyi yang serba baharu, ganjaran dan hadiah harian yang hebat.  Lewat tahun ini, Ilyon merancang untuk melancarkan semula jenama ini di web dengan versi baharu.

Kemasyhuran Buble Shooter begitu mengujakan bagi pasukan kami dan kami amat berterima kasih kepada para peminat kami," kata Yonatan Erez Ketua Pegawai Eksekutif Ilyon. "Tatkala kami bakal meraikan pencapaian muat turun 50 juta, tumpuan kami terus kekal pada penciptaan permainan yang mengasyikkan, menyeronokkan dan mengujakan buat para pengguna kami."

Selain Buble Shooter, portfolio Ilyon termasuk jenis-jenis permainan kasual berbeza seperti permainan Padan 3 dan Ketik 2 yang berjaya. Pasukan Ilyon termasuk lebih daripada 100 profesional paling berbakat dalam industri permainan mudah alih.  Jabatan-jabatan berbeza syarikat – rekaan, pembangunan produk dan pemasaran – kesemuanya bekerjasama untuk memastikan pengguna global Ilyon sentiasa mendapat pengalaman permainan terbaik.  Merentasi seluruh portfolio permainan, Ilyon mempunyai lebih daripada 300 juta jumlah muat turun, peningkatan melebihi 200 juta dalam tempoh kurang daripada setahun.

Untuk video Bubble Shooter, klik di sini.

Latar Belakang Ilyon 

Ilyon merupakan salah satu daripada syarikat permainan mudah alih yang paling pantas meningkat naik di Israel dengan lebih daripada 300 juta muat turun dan barisan judul percuma-untuk-dimainkan yang kasual.  Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2013 oleh empat orang pengusaha teknologi dengan tumpuan yang jelas dan formula yang berkesan untuk meningkatkan tahap masa permainan ke peringkat seterusnya.  Ilyon bersemangat untuk mencipta pengalaman permainan yang paling mengujakan dan mengasyikkan buat para pengguna kami di seluruh dunia, dan kami terus berusaha untuk menambah lebih banyak permainan yang menyeronokkan ke dalam portfolio kami.

Hubungan Media
Shoham Lashkar, Ketua Pemasaran ASO
Mudah alih: +972-54-242-8271
Skype: shoham.lashkar

Source: Ilyon
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Sales reports