omniture

Senarai 50 Restoran Terbaik Asia 2018 Diumum di Macau

William Reed Business Media
2018-03-27 22:53 1179

MACAU, 27 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Senarai 50 Restoran Terbaik Asia 2018, yang ditaja oleh S.Pellegrino & Acqua Panna, telah diumumkan di majlis anugerah di Wynn Palace, Macau. Kini dalam tahun keenamnya, edisi 2018 ini termasuk lapan penyertaan baharu.

 

Chef dan restoran yang menang meraikan majlis anugerah 50 Restoran Terbaik Asia tahunan yang keenam, ditaja oleh S.Pellegrino & Acqua Panna, di Wynn Palace, Macau.
Chef dan restoran yang menang meraikan majlis anugerah 50 Restoran Terbaik Asia tahunan yang keenam, ditaja oleh S.Pellegrino & Acqua Panna, di Wynn Palace, Macau.

Gaggan di Bangkok mendapat tempat No.1 untuk tahun keempat, mengekalkan dwi gelaran Restoran Terbaik di Asia, yang ditaja oleh S.Pellegrino & Acqua Panna, dan Restoran Terbaik di Thailand.

Senarai 50 Restoran Terbaik Asia edisi 2018 termasuk pendatang baru Paste (No. 31) dari Bangkok, diketuai oleh Bongkoch 'Bee' Satongun, yang juga dinobatkan Cef Wanita Terbaik Asia 2018 elit® Vodka.

Jepun

Den (No. 2) memperoleh gelaran Restoran Terbaik di Jepun manakala La Cime di Osaka membuat penampilan ulung di tempat No.17, memperoleh Anugerah Penyertaan Baharu Tertinggi, ditaja oleh Aspire Lifestyles.

Cef Yoshihiro Narisawa dari Jepun yang terkemuka ialah penerima Anugerah Cef Pilihan yang diundi rakan, ditaja oleh Estrella Damm.

L'Effervescence (No.20) di Jepun memenangi Anugerah Restoran Lestari yang ulung di Asia, diberikan kepada restoran yang mempunyai penarafan alam sekitar tertinggi, seperti yang ditetapkan oleh rakan kongsi audit Persatuan Restoran Lestari.

Singapura

Singapura meraih tujuh penyertaan dalam senarai 2018 dengan Odette (No.5) dinobatkan Restoran Terbaik di Singapura.

Greater China

Amber (No.7) di Hong Kong dinamakan Restoran Terbaik di Greater China untuk tahun ketiga berturut-turut. The Chairman di Hong Kong (No.22) dan Mume di Taipei (No.18) seri untuk Anugerah Pendaki Tertinggi dengan kedua-dua restoran naik 25 tempat.

Nicolas Lambert dari Caprice, Hong Kong ialah penerima 2018 untuk Anugerah Cef Pastri Terbaik Asia, yang ditaja oleh Valrhona.

Macau diwakili oleh Jade Dragon (No.35) sementara Tanah Besar China diwakili restoran Ultraviolet by Paul Pairet (No.8) dan Fu He Hui (No.30) dari Shanghai. Ultraviolet by Paul Pairet juga merupakan penerima Anugerah Seni Hospitaliti 2018.

Serantau

Mingles (No.11) di Seoul mengekalkan gelaran Restoran Terbaik di Korea Selatan. Locavore (No.21) mengekalkan penghargaan Restoran Terbaik di Indonesia sementara Indian Accent dianugerah Restoran Terbaik di India untuk kali keempat. Para pemenang negara dan wilayah lain termasuk Raw (No.15), memenangi anugerah Restoran Terbaik di Taiwan untuk tahun kedua, dan Ministry of Crab di Colombo (No.25) dinobatkan Restoran Terbaik di Sri Lanka.

Toyo Eatery di Manila memperoleh Anugerah Pesona Meningkat Naik Miele manakala cef Andre Chiang merupakan penerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup The Diners Club® tahun ini.

Bagaimana senarai 50 Restoran Terbaik Asia disusun

Senarai ini diwujudkan dari undian 50 Akademi Restoran Terbaik Asia, sebuah kumpulan berpengaruh dengan lebih 300 pemimpin dalam industri restoran di seluruh Asia. Untuk edisi 2018, 50 Restoran Terbaik Asia sekali lagi bekerja dengan syarikat perundingan perkhidmatan profesional Deloitte sebagai rakan kongsi adjudikasi bebas rasminya. Untuk melihat butiran lanjut tentang proses pengundian 50 Restoran Terbaik Asia, layari http://www.theworlds50best.com/asia/en/our-manifesto.html

Laman Sesawang Pusat Media Dalam Talian:  http://www.theworlds50best.com/asia/en/media-centre/ 

Untuk pertanyaan akhbar, sila hubungi CatchOn & Company di Hong Kong

Suzanne Lai
Tel: +852-2566-8988
Emel: asias50best@catchonco.com  

Nota kepada Penyunting:

William Reed Business Media

Senarai 50 Restoran Terbaik Asia diterbitkan oleh William Reed Business Media, yang juga menerbitkan 50 Restoran Terbaik Dunia, yang dilancarkan dalam tahun 2002, dan 50 Restoran Terbaik Latin Amerika, yang dilancarkan dalam bulan September 2013. William Reed Business Media bertanggungjawab sepenuhnya untuk penyusunan anugerah, sistem pengundian dan senarai.

Destinasi Tuan Rumah: Macau

Macau ialah destinasi yang kecil dan ajaib yang menarik jutaan pengunjung setiap tahun yang ditarik oleh warisan bandarnya yang satu, pusat peranginan bersepadu yang canggih, kalendar acara yang beraneka dan, sudah tentu, gastronomi. Ciri utama dalam susunan pengalaman gastronomi yang tersedia di bandar ini ialah masakan Macau, yang sama seperti Macau itu sendiri, yang terhasil daripada gabungan budaya timur dan barat yang diadun selama berabad-abad.

Penaja Utama: S.Pellegrino & Acqua Panna

S.Pellegrino & Acqua Panna ialah penaja utama 50 Restoran Terbaik Asia. S.Pellegrino & Acqua Panna ialah pemimpin air mineral asli dalam dunia restoran mewah. Bersama-sama, mereka mentafsir gaya Itali di seluruh dunia sebagai sintesis kecemerlangan, kesenangan dan kesejahteraan.

Rakan kongsi lain:

Wynn Resorts Macau -- Rakan Kongsi Rasmi Tempat
Miele
 -- Rakan Kongsi Utama, Rakan Kongsi Peralatan Dapur Rasmi, Wakil Rakan Kongsi #50BestTalks dan penaja 'Anugerah Pesona Meningkat Naik Miele'
elit® Vodka -- Rakan Kongsi Utama Vodka Rasmi dan penaja 'Anugerah Cef Wanita Terbaik Asia elit® Vodka'
Diners Club International®
 -- Rakan Kongsi Kad Kredit Rasmi dan penaja 'Anugerah Pencapaian Seumur Hidup Diners Club®'
Estrella Damm
 -- Rakan Kongsi Beer Rasmi dan penaja 'Anugerah Cef Pilihan'
Valrhona -- Rakan Kongsi Coklat Rasmi dan penaja 'Anugerah Cef Pastri Terbaik Asia'
Lavazza -- Rakan Kongsi Kopi Rasmi
Douro Boys -- Rakan Kongsi Wain Rasmi
Champagne Delamotte -- Rakan Kongsi Champagne Rasmi
Frontier Tojo -- Rakan Kongsi Sake Rasmi
Gin Mare -- Rakan Kongsi Gin Rasmi
Seedlip -- Rakan Kongsi Minuman Tidak Beralkohol Premium Rasmi
Cinco Jotas -- Rakan Kongsi Ham Iberico Rasmi
Calia -- Rakan Kongsi Barang Runcit Khusus Rasmi
Aspire Lifestyles -- Rakan Kongsi Pekerja Rencam Rasmi dan penaja 'Anugerah Penyertaan Baharu Tertinggi'
Taipa Village -- Rakan Kongsi Kebudayaan Rasmi
Sustainable Restaurant Association -- Rakan Kongsi Audit Kemampanan

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180319/2083099-1LOGO
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180327/2083099-1

Source: William Reed Business Media
Keywords: Food/Beverages Restaurants Awards