omniture

China Unicom Bangunkan Awan Perlindungan DDoS Terbesar bersama Genie

Genie Networks
2018-03-28 06:00 991

TAIPEI, Taiwan, 28 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, China Unicom mengumumkan rancangan untuk bekerjasama dengan Genie Networks bagi menggunakan sistem GenieATM pada tulang belakang domestik untuk membangunkan sistem perlindungan dan mitigasi DDoS terbesarnya. Penggunaan sistem ini bukan sahaja dapat melindungi rangkaian tulang belakang China Unicom, tetapi juga dapat menampung perkhidmatan perlindungan DDoS yang komprehensif untuk pelanggannya.

Mempunyai lebih 77 juta pelanggan jalur lebar dan 287 juta pelanggan perkhidmatan mudah alih, sebagai salah satu penyedia perkhidmatan komunikasi yang terbesar di China, China Unicom berusaha untuk menyediakan prestasi rangkaian yang unggul dan perkhidmatan perangkaian yang selamat. Dengan kelajuan trafik data yang semakin pantas, peningkatan bilangan peranti terhubung (peranti IoT) dan teknik-teknik menyerang yang sentiasa berubah-ubah, serangan DDoS semakin tersebar luas dan sukar diurus. Agar terlindung daripada ancaman DDoS, China Unicom memutuskan untuk menggunakan GenieATM bagi memberikan perlindungan DDoS yang memproses trafik rangkaian besar untuk mengesan dan mengurangkan ancaman dalam masa nyata.

Bersama-sama penaiktarafan infrastruktur rangkaiannya pada tahun 2017, China Unicom mengguna pakai lebih 100 sistem GenieATM dalam tulang belakangnya untuk membangunkan sistem pengesanan dan pertahanan DDoS peringkat-pembawa. Penggunaan sistem ini dapat memantau maklumat trafik daripada ratusan penghala tulang belakang, menyokong analisis dan pengesanan puluhan trafik Tera bps, membolehkan penyingkiran trafik serangan gred-Tera dan menyediakan portal swakhidmat pengguna untuk perisikan trafik dan kejadian. Ia melindungi China Unicom daripada serangan DDoS yang semakin meningkat dan menawarkan perkhidmatan keselamatan bernilai tambah kepada pelanggan. Dengan keluasan infrastruktur rangkaian, magnitud trafik yang dipantau dan kapasiti pengesanan dan penyingkiran serangan, penggunaan perlindungan DDoS daripada China Unicom ialah salah satu yang terbesar di dunia.  

En. Lu, Pengarah Teknikal di Pusat Operasi Keselamatan Rangkaian China Unicom berkata, "Dengan lanskap serangan yang semakin berubah-ubah, China Unicom mengambil berat tentang isu-isu keselamatan siber secara serius. Dengan berganding bahu bersama Genie dan memanfaatkan sistem GenieATM, kami berada di kedudukan yang baik untuk melindungi operasi rangkaian kami serta menawarkan perkhidmatan keselamatan untuk memberi manfaat kepada pelanggan kami. Pada masa depan, kami berbesar hati untuk memperoleh lebih banyak peluang untuk bekerjasama dengan Genie dalam perisikan dan keselamatan trafik siber."

Source: Genie Networks
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Licensing/marketing agreements