omniture

LKK Health Products Group & Infinitus Dianugerah Logo "Syarikat Penyayang" dan "Syarikat Bahagia" Berturut-turut

LKK Health Products Group
2018-03-29 09:10 713

HONG KONG, 29 Mac 2018 /PRNewswire / -- LKK Health Products Group ("LKKHPG" atau "Kumpulan") telah dianugerah "Syarikat Penyayang" sekali lagi oleh Majlis Perkhidmatan Sosial Hong Kong. Anugerah ini mengiktiraf keprihatinan dan komitmen syarikat kepada masyarakat, pekerja dan alam sekitar. Infinitus (Hong Kong) Company Ltd., ahli LKKHPG, telah dinamakan sebagai "Syarikat Penyayang" untuk kali keempat. Di samping itu, Kumpulan itu juga dinamakan "Syarikat Bahagia " sekali lagi oleh Yayasan Indeks Galakan Kebahagiaan dan Majlis Produktiviti Hong Kong.

Tahun lepas, Kumpulan ini terus mengukuhkan usaha tanggungjawab sosial korporat ("CSR"). Sebagai contoh, Pasukan Perkhidmatan Sukarelawan LKKHPG di Hong Kong berganding bahu dengan St. James Settlement untuk melancarkan pelbagai aktiviti penjagaan warga tua, seperti menemani warga tua yang kurang sihat atau yang mempunyai mobiliti terhad, untuk melawat muzium dan kawasan sekitar Hong Kong. Dengan adanya aktiviti luaran seumpama ini, warga tua dapat menikmati kemesraan dan makanan yang enak. Mengenai dasar alam sekitar, pemuliharaan tenaga dan peralatan rendah karbon sangat digalakkan; pada bulan Februari, Kumpulan ini memberi sokongan kepada "Kempen Kitar Semula Sampul Merah" yang dilancarkan oleh Greeners Action di Hong Kong, yang mengitar semula sampul merah yang telah digunakan daripada kakitangan di Hong Kong dan Guangzhou, seterusnya mengedarkan sampul merah terpakai itu kepada mereka yang memerlukan secara percuma. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar di kalangan pekerja dan menggalakkan mereka untuk menghargai bahan guna semula serta mengurangkan pembaziran. Di samping itu, Kumpulan menerima pakai satu siri dasar dan amalan pekerjaan mesra keluarga untuk membantu para pekerjanya mencapai tiga keseimbangan antara kesihatan, keluarga dan pekerjaan. Awal tahun ini, LKKHPG mengeluarkan laporan CSR terkini bersama Infinitus Global buat kali pertama, dan pengaturan ini mempamerkan gen CSR dalam LKKHPG dan unit perniagaannya serta semangat dan janji mereka dalam memikul CSR. (Untuk butiran Laporan CSR Kumpulan, sila layari http://www.lkkhpg.com/en-us/sustainability/csr-reports/)

Infinitus, sebagai ahli LKKHPG, komited kepada penglibatan CSR dalam hal-hal kesihatan, kualiti, pekerja, rakan kongsi, persekitaran dan masyarakat, serta berusaha untuk menyediakan produk herba Cina premium dan perkhidmatan untuk para pelanggan ke arah mewujudkan kehidupan seimbang, makmur dan harmoni. Tahun lepas, Infinitus (Hong Kong) Company Ltd sekali lagi menyokong projek jalan kaki amal yang dianjurkan oleh Community Chest serta melawat dan mengagihkan pek hadiah kepada lebih daripada 100 warga tua yang tinggal bersendirian semasa perayaan Pertengahan Musim Luruh, dan para pengedar Infinitus (Hong Kong) mengambil bahagian dalam aktiviti pertanian sukarela untuk membantu warga tua melakukan kerja-kerja ladang, untuk berbual dan meluangkan masa mengembirakan mereka.

Infinitus sentiasa mendokong nilai teras "Si Li Ji Ren." Ketika membangunkan perniagaannya sendiri di Tanah Besar China dan pasaran luar negara, Infinitus secara aktif terlibat dalam penyelesaian masalah membabitkan asuhan kehidupan dan membantu kumpulan yang mudah terjejas dalam komuniti setempat, mengalakkan penglibatan pekerja dalam perkhidmatan sukarelawan dan mengamalkan kewarganegaraan korporat yang baik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang korporat LKK Health Products Group: www.lkkhpg.com
Ikuti kami di Facebook: https://www.facebook.com/lkkhpg

Pasukan Perkhidmatan Sukarela LKKHPG di Hong Kong berganding bahu dengan St. James Settlement melancarkan pelbagai aktiviti penjagaan warga tua.
Pasukan Perkhidmatan Sukarela LKKHPG di Hong Kong berganding bahu dengan St. James Settlement melancarkan pelbagai aktiviti penjagaan warga tua.

 

LKK Health Products Group ("LKKHPG" atau “Kumpulan") dianugerahkan "Syarikat Penyayang" sekali lagi oleh Majlis Khidmat Sosial Hong Kong.
LKK Health Products Group ("LKKHPG" atau “Kumpulan") dianugerahkan "Syarikat Penyayang" sekali lagi oleh Majlis Khidmat Sosial Hong Kong.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180328/2091238-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180328/2091238-1-b

Source: LKK Health Products Group
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Awards Corporate Social Responsibility