omniture

Black Desert Online Amat Popular dalam kalangan Pengembara Asia Tenggara

Pearl Abyss
2018-03-29 10:00 786

SEOUL, Korea Selatan, 29 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Para pengembara dari seluruh Asia Tenggara telah mengunjungi Black Desert bagi memulakan perjalanan mereka. MMORPG PC yang amat dinanti-nantikan daripada Pearl Abyss dilancarkan di rantau Asia Tenggara pada 10 Januari dan pengguna tidak putus-putus memberikan ulasan penuh semangat tentang betapa hebatnya permainan ini. Ia dapat dilihat sebagai salah satu pelancaran paling berjaya di rantau berkenaan untuk MMORPG dunia terbuka. Ini hanyalah satu permulaan memandangkan Pearl Abyss mempunyai banyak lagi rancangan untuk semua.

Kemaskini Yang Bakal Dibuat Dalam Black Desert Online
Kemaskini Yang Bakal Dibuat Dalam Black Desert Online

"Semua orang sangat memberi sokongan sepanjang beberapa bulan yang menjurus kepada CBT dan sehinggalah kepada pelancaran permainan. Kami dapat merasakan semangat dan keterujaan mereka terhadap Black Desert Online meskipun sebelum pelancaran. Ia adalah satu perasaan yang luar biasa dan kami berasa amat bersyukur kerana kami berupaya menarik lebih ramai Pengembara sepanjang perjalanan tersebut," kata James Heo, Ketua Pegawai Operasi Pearl Abyss. "Kami berasa gembira kerana dapat mengadakan pelancaran yang membuahkan hasil dan kami dengan sukacitanya mengumumkan hala tuju baharu yang dikemas kini untuk separuh pertama tahun 2018."

Apa yang Bakal Muncul pada Separuh Pertama 2018 

Kelas Baharu

Maewha akan membuat kemunculannya dalam permainan hari ini sebagai watak kedua belas yang boleh dimainkan melalui pelayan SEA. Maewha menyertai pasukan ini seminggu selepas memperkenalkan rakan lelakinya, Musa. Kedua-duanya merupakan kelas jenis serangan tempur jarak dekat yang menggunakan pedang panjang sebagai senjata utama untuk melakukan serangan sepantas kilat dan gabungan berkuasa. Maewha dapat melakukan banyak kemusnahan menerusi ciri rantaian kemahiran yang lancar dan kebolehkendalian yang luar biasa bagi memberikan gaya permainan dinamik yang tidak dapat dilupakan.

Kemas Kini Kebangkitan Semula
Kelas-kelas baharu hanyalah satu permulaan dalam rancangan syarikat untuk membawakan lebih banyak kandungan baharu kepada Black Desert Online SEA. Mereka turut mengumumkan rancangan untuk Kebangkitan Semula (Awakening) yang telah lama dinanti-nantikan daripada dua belas kelasnya. Kesemua dua belas kelas akan dibangkitkan semula, lebih kuat berbanding sebelumnya. Pada bulan April, watak-watak yang mencapai tahap 56 boleh memulakan misi pemburuan kebangkitan semula mereka. Setelah selesai, mereka boleh mendapatkan senjata Kebangkitan Semula yang mempunyai himpunan kemahiran baharu yang akan mengubah sepenuhnya bagaimana Pengembara bermain permainan. Ia benar-benar akan memperhebatkan segala-galanya ke tahap seterusnya. Kebangkitan Semula akan dibahagikan kepada dua kemas kini yang berasingan, bermula dengan enam watak pertama yang boleh dimainkan dalam permainan. Bakinya akan disediakan pada minggu berikutnya.

Peluasan Wilayah Baharu: Valencia
Wilayah padang pasir yang luas telahpun ditemui dan akan dibuka untuk tujuan penerokaan pada bulan Mei serta akan turut menyediakan kurungan bawah tanah baharu pada bulan Jun. Ini merupakan wilayah yang memisahkan dua kerajaan yang berperang, Kerajaan Valencia dan Republik Calpheon. Saiznya lebih besar berbanding mana-mana wilayah lain yang kini dibuka dalam permainan. Ia dipenuhi dengan ribut pasir, perubahan suhu yang teruk dan misteri baharu untuk diselesaikan. Walau bagaimanapun, meskipun ia dipenuhi bahaya, wilayah baharu itu menawarkan ganjaran yang besar, aktiviti baharu dan pelbagai kandungan serba baharu seperti memburu harta karun, menangkap gajah atau unta dan mewujudkan laluan perdagangan baharu bagi mengukuhkan kedudukan anda dalam Black Desert.

Meskipun masa berlalu hanya sekelip mata sahaja, semuanya berjalan dengan lancar seperti mana yang diinginkan. Tidak lama lagi, Black Desert Online SEA akan mencecah 100 hari sejak dilancarkan. Sambutan pada hari ke-100 akan diadakan sebagai ucapan terima kasih kepada semua Pengembara atas sokongan mereka, maka nantikan acara-acara hebat dan banyak lagi yang akan disediakan. Pearl Abyss merancang untuk meneruskan kejayaan perjalanan mereka di Asia Tenggara dengan menyediakan perkhidmatan dan kandungan yang jauh lebih baik untuk tahun-tahun akan datang.

Latar Belakang Black Desert Online
Black Desert Online ialah MMORPG aksi dunia terbuka dengan visual yang canggih dan pertempuran berasaskan kemahiran menakrifkan semula bagaimana kita melihat suatu genre. Black Desert Online mempunyai sistem penyesuaian watak paling maju sepenuhnya berbanding mana-mana permainan yang kini terdapat dalam pasaran. Ciri ini membolehkan pengguna untuk keluar dari kebiasaan dan menghasilkan watak-watak unik yang benar-benar menonjolkan setiap pemain. Kawalan intuitifnya, dunia yang dicipta begitu indah dan peribudaya luas yang akan mengujakan pemain baharu dan lama bagi permainan MMO serta RPG aksi, umumnya. Permainan ini dilancarkan dengan jayanya di lebih 150 negara, disediakan dalam 12 bahasa dan mempunyai lebih 8.5 juta pengguna berdaftar. Versi mudah alih dan konsol dijadual untuk dilancarkan di seluruh dunia pada tahun 2018.

Untuk maklumat lanjut tentang Black Desert Online, sila layari https://www.sea.playblackdesert.com/

Latar Belakang Pearl Abyss
Pearl Abyss ialah studio Korea di sebalik Black Desert Online MMORPG PC yang popular, dipilih sebagai MMORPG Terbaik Tahunan pada tahun 2016 dan 2017. Ia dilancarkan dengan jayanya di lebih 150 negara, disediakan dalam 12 bahasa dan mempunyai lebih 8.5 juta pengguna berdaftar. Versi mudah alih, dilancarkan di Korea dan menjadi satu kejayaan serta merta. Black Desert Mobile menduduki tempat pertama sebagai Permainan Paling Popular dalam kedai aplikasi Korea untuk Apple dan Google dalam masa kurang dari seminggu. Ia dijadual untuk mula dilancarkan di seluruh dunia pada tahun 2018. Semua permainan Pearl Abyss dibangunkan pada enjin permainan proprietari mereka sendiri. Pearl Abyss sudah bersiap sedia meneruskan pertumbuhannya sepanjang tahun 2018 dan seterusnya bagi mengekalkan kedudukannya sebagai salah satu peneraju Asia dalam pembangunan permainan.

Maklumat lanjut tentang Pearl Abyss disediakan di: www.pearlabyss.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180327/2088658-1

Source: Pearl Abyss
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Mobile Entertainment