omniture

Hertz Asia Lancar Laman Sesawang Hertz Chauffeur

Hertz Asia Pacific Pte Ltd
2018-03-29 19:15 969

Perkhidmatan Hertz Chauffeur di negara-negara Asia terpilih kini disediakan kepada pelanggan untuk menempah 24/7

Pelanggan yang menggunakan tempahan dalam talian Hertz Chauffeur berpeluang mendapat faedah daripada promosi pelancaran istimewa

LONDON, 29 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Hertz Asia melancarkan laman sesawang Hertz Chauffeur untuk menjadikannya lebih mudah kepada pelanggan, termasuk ejen pelancongan, untuk menempah perkhidmatan pemandu selama satu hari, separuh hari dan pengangkutan ke lapangan terbang atau ke bandar.

Hertz Chauffeur kini disediakan melalui www.hertzchauffeur.com untuk tempahan di Brunei, Tanah Besar China, Hong Kong, Malaysia, Filipina, Korea Selatan, Singapura, Sri Lanka dan Thailand. Bagi meraikan pelancaran ini, pelanggan yang menempah secara dalam talian mulai hari ini hingga 30 Jun 2018 berpeluang menerima potongan harga apabila menyertakan PC# 204306 di bawah "PC Code".

Laman Sesawang Hertz Chauffer
Laman Sesawang Hertz Chauffer

Eoin MacNeill, Naib Presiden, Hertz Asia Pasifik, berkata: "Pelancaran laman sesawang Hertz Chauffeur untuk pengembara yang mengunjungi Asia mengukuhkan pelbagai pilihan penyelesaian pengangkutan yang komprehensif daripada Hertz, agar dapat disesuaikan dengan keperluan semua pelanggan kami yang berubah-ubah.

"Kami melihat Hertz Chauffeur memberi faedah kepada pengembara korporat dan libur yang inginkan keselesaan dan kemudahan perkhidmatan pemandu peribadi. Perkhidmatan ini menarik khususnya untuk pelanggan yang tidak dibenarkan memandu di China, disebabkan oleh undang-undang tempatan, dan buat mereka yang sekadar ingin menikmati ketenangan tambahan apabila mengembara ke mana-mana negara yang menyediakan perkhidmatan ini."

Laman sesawang baharu berkenaan membolehkan pelanggan menempah kenderaan dengan pemandu menerusi empat langkah mudah, menerima pengesahan melalui emel dengan butiran tempahan dan mencipta, mengurus serta menyunting dengan mudah jadual perjalanan mereka sendiri. Di samping itu, ia menggunakan kod diskaun serta merta, termasuk diskaun korporat apabila termeterainya perjanjian Pemanduan Hertz Chauffeur.

Faedah-faedah selanjutnya daripada Hertz Chauffeur termasuk:

  • Pilihan luas kenderaan model terkini bermula dengan kereta sedan saiz penuh, penggerak orang yang luas kepada limusin mewah
  • Pemandu profesional yang bertutur dalam Bahasa Inggeris
  • Ciri bertemu dan beramah mesra kepada pelanggan untuk disambut oleh pemandu ketika tiba di lapangan terbang atau tempat mengambil yang ditetapkan
  • Butiran pemandu, termasuk nombor telefon dan talian kecemasan, dihantar kepada pelanggan melalui emel sebelum ketibaan penerbangan

Pelanggan boleh melihat tutorial tempahan dalam talian Hertz Chauffeur melalui pautan ini www.hertzasia.com/CD_website_tutorial.mp4.

Maklumat lanjut serta terma dan syarat perkhidmatan disediakan melalui www.hertz.com/rentacar/rental-car-deals/asia-chauffeur.

LATAR BELAKANG HERTZ

Hertz Corporation, subsidiari milik Hertz Global Holdings, Inc., mengendalikan jenama sewa kenderaan Hertz, Dollar Thrifty dan Firefly kira-kira di 10,200 lokasi korporat dan pemegang francais di seluruh Amerika Utara, Eropah, Caribbean, Amerika Latin, Afrika, Timur Tengah, Asia, Australia dan New Zealand. The Hertz Corporation ialah salah sebuah syarikat sewa kenderaan kegunaan umum lapangan terbang terbesar di dunia, dan jenama Hertz ialah salah satu jenama paling diiktiraf di dunia. Inisiatif-inisiatif produk dan perkhidmatan seperti Ganjaran Hertz Gold Plus, Pilihan Terunggul, Carfirmations, Wi-Fi Mudah Alih dan kenderaan unik ditawarkan menerusi Koleksi Adrenalin, Impian, Hijau dan Prestij yang membezakan Hertz daripada persaingan. Selain itu, The Hertz Corporation memiliki syarikat peneraju pengurusan pajakan kenderaan dan pengurusan armada Donlen, yang mengendalikan jenama sewa kenderaan Firefly dan perniagaan perkongsian kereta Hertz sepanjang masa dalam pasaran-pasaran antarabangsa serta menjual kenderaan melalui Hertz Car Sales. Untuk maklumat lanjut tentang The Hertz Corporation, layari: www.hertz.com.

Maklumat Perhubungan Akhbar Hertz Asia:

Untuk maklumat lanjut, ulasan atau imej, sila hubungi:

Harriet Hall atau Zoe Guest 
Tel:
 +61-401-068-041 / +61-487-732-611 
Emel:
 hhall@daylightagency.com.au / zguest@daylightagency.com.au

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180326/2088776-1 
Logo -  https://photos.prnasia.com/prnh/20170921/1948169-1LOGO

 

Source: Hertz Asia Pacific Pte Ltd
Keywords: Auto Electronic Commerce Transportation Travel New products/services