omniture

Professional Fighters League Umum Perjanjian Dengan Mark Burnett Dan MGM Television

Mark Burnett MGM Television; Professional Fighters League
2018-03-31 00:20 626

PFL Lantik Mark Burnett dalam Lembaga Penasihat

WASHINGTON, 31 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Professional Fighters League (PFL), satu-satunya liga seni mempertahankan diri campuran utama di dunia, hari ini mengumumkan pihaknya bekerjasama dengan Mark Burnett, Presiden MGM Television Group & Digital dan MGM Television untuk membangunkan dan menerbitkan kandungan serta program baharu untuk musim baharu PFL. Kedua-dua MGM dan Burnett (Survivor, The Voice, Shark Tank, The Contender) akan terlibat sebagai pelabur PFL dan Burnett dilantik secara peribadi ke dalam lembaga penasihat. Musim liga PFL 2018 akan ditayangkan julung kalinya pada 7 Jun dan mengandungi 11 acara langsung menerusi NBC Sports Network dan Facebook Watch. 

Professional Fighters League ialah organisasi pertama yang membawakan MMA sebagai sukan sebenar bersama peninju individu yang bersaing dalam musim biasa, perlawanan penentuan "menang-dan-mara" serta kejohanan akhir musim. Perkongsian baharu bersama MGM Television akan menyajikan program tanpa skrip dan kandungan pendek untuk pengedaran berbilang platform PFL yang diwujudkan bagi memaksimumkan penglibatan bersama 300 juta peminat MMA di seluruh dunia. Siri tanpa skrip permulaan ini akan melibatkan peminat dalam kehidupan harian peninju dan memaparkan perlawanan selari yang mana juara perlawanan akan memenangi tempat dalam perlawanan penentuan liga PFL.

"Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan MGM Television dan Mark Burnett," kata Peter Murray, Ketua Pegawai Eksekutif, Professional Fighters League. "Visi kreatif Mark untuk menyampaikan kandungan langsung yang inovatif adalah antara yang terbaik yang ditawarkan oleh industri ini – dan itulah yang akan kami bawakan kepada para peminat MMA pada musim kali ini."

Awal tahun ini, PFL mengumumkan perjanjian pengedaran berbilang platform yang eksklusif untuk musim 2018 bersama NBC Sports Group dan Facebook. NBC Sports Group akan menerbitkan francais perlawanan PFL malam Khamis secara langsung yang eksklusif, membawakan tujuh acara langsung musim-biasa pada waktu perdana secara eksklusif menerusi NBCSN bermula pada 7 Jun hingga akhir Ogos.

"Bukan satu rahsia lagi bahawa penonton MMA semakin meningkat dengan pesat dan PFL mempunyai kehadiran global yang cukup luas. Sebagai pendukung inovasi dalam industri televisyen, saya begitu bersemangat dengan pertumbuhan dan wawasan PRL dan kali ini sukan ini berkisarkan format liga," kata Burnett. "Mereka mengangkat sukan tersebut dengan cara yang serba baharu dan saya tidak sabar-sabar untuk menjadi sebahagian daripadanya."

Selain acara-acara secara langsung, perjanjian pembangunan berkenaan akan membawakan program "What Do you Fight For?" PFL yang menyajikan penonton dengan kandungan digital & sosial pendek yang akan memaparkan kehidupan harian serta kisah-kisah latar belakang peninju, diwujudkan bagi membantu membina komuniti dalam talian bagi kumpulan peminat PFL dan menghubungkan peminat, peninju dan bakat ke udara PFL. Para penonton boleh mengikuti atlet-atlet PFL melalui pelbagai kandungan asli yang pendek, seperti "Top 10 of The Week, Path to the Finals, 24:7: Life of a Fighter dan "Inside the Gym" Cam.

"PFL teruja kerana dapat bekerjasama dengan Mark Burnett, seorang penginovasi dan ikon yang mencipta dan menyempurnakan rancangan TV tanpa skrip," kata Donn Davis, Pengasas Bersama dan Pengerusi Lembaga PFL. "PFL membangunkan semula MMA dan permulaan Musim 2018 pada 7 Jun ini akan membawakan keterujaan yang sama kepada peminat dan juga reaksi 'eh, saya belum pernah melihat aksi tersebut' yang dirasai oleh mereka semasa Survivor diperkenalkan dan dipaparkan dalam era televisyen baharu."

LATAR BELAKANG PROFESSIONAL FIGHTERS LEAGUE
Professional Fighters League menyediakan format sukan kepada MMA buat julung kalinya menerusi musim biasa, pasca musim dan kejohanan. PFL diasaskan bersama-sama oleh Donn Davis, Russ Ramsey dan Mark Leschly serta disokong oleh syarikat-syarikat perniagaan terkemuka dalam bidang sukan, media dan teknologi. Professional Fighters League membeli operasi perlawanan dan infrastruktur acara World Series of Fighting (WSOF) dan akan melancarkan musim pertamanya pada Jun 2018 menerusi NBC Sports Network dan Facebook. Untuk maklumat lanjut layari www.PFLmma.com.

LATAR BELAKANG METRO GOLDWYN MAYER
Metro Goldwyn Mayer (MGM) ialah sebuah syarikat hiburan terkemuka yang menumpu pada penerbitan dan pengedaran global bagi kandungan filem dan televisyen merentasi seluruh platform. Syarikat tersebut memiliki salah satu pustaka paling komprehensif di dunia yang mengandungi kandungan filem dan televisyen premium serta rangkaian televisyen berbayar premium EPIX, yang disediakan di seluruh A.S. melalui kabel, satelit, syarikat telekomunikasi dan pengedar digital. Selain itu, MGM melabur dalam pelbagai saluran televisyen lain, platform digital dan usaha niaga interaktif serta menerbitkan kandungan pendek premium untuk diedarkan. Untuk maklumat lanjut, layari www.mgm.com.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/660620/MGM_Logo.jpg  
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/660619/Professional_Fighters_League_Logo.jpg  

Source: Mark Burnett MGM Television; Professional Fighters League
Related Links:
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media Sporting Events Sports Television Joint ventures Personnel announcements Future Events