omniture

Pameran Cenderamata & Produk Kediaman Terbesar China Buka Tirai di Shenzhen April ini

Reed Huabo Exhibitions
2018-04-02 10:46 646

SHENZHEN, China, 2 April 2018 /PRNewswire/ -- Pameran Cenderamata dan Produk Kediaman Antarabangsa (Shenzhen) China kali ke-26, anjuran Reed Huabo Exhibitions, dijadual untuk diadakan mulai 25 hingga 28 April 2018, bertempat di Pusat Konvensyen & Pameran Shenzhen. Sebagai acara penyumberan cenderamata dan produk kediaman terunggul dan paling dinanti-nantikan di Asia bersama lebih 2,500 pempamer dan juga 5,000 reruai yang dijangkakan, pameran ini akan mempamerkan barangan cenderamata & produk premium unggul, produk pengguna dan perkakas elektronik dari seluruh China dan rantau yang lebih besar.

Sorotan utama pameran:

  • Dewan 3 BAHARU: Produk Elektronik Mudah Alih

    Menurut laporan terkini mengenai CES 2018, trend teknologi utama bagi tahun 2018 akan berkisarkan 5G yang bakal muncul, kecerdasan buatan, robot pengiring, bandar pintar, realiti campuran, inovasi sukan, terapi digital dan bidang-bidang lain yang dijangka akan memainkan peranan besar terhadap ekonomi dunia selama bertahun-tahun akan datang. Sementara itu, Produk Elektronik Mudah Alih dan peranti boleh pakai baru-baru ini memainkan peranan penting dalam industri cenderamata. Agar selari dengan situasi ini, terdapat dewan 3 serba baharu disediakan: Produk Elektronik Mudah Alih, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap produk pintar. Selain itu, 80% daripada pempamer boleh menerima pesanan OEM, ODM atau pesanan khusus.

  • Persatuan industri dan tapak pengilangan bawakan produk kompetitif

    Pameran ini akan disokong oleh lebih 10 tapak pengilangan dan persatuan industri, termasuk produk elektronik Shenzhen, perkakasan rumah Zhongshan, Gaoyang Towel, Yiwu Commodities, Henan Porcelain, tekstil kediaman Nantong, dsb. Persatuan-persatuan dan tapak-tapak pengilangan ini adalah sangat profesional dari segi kepakaran mereka dengan kebolehan dan pengalaman pengilangan yang mantap.   

  • Bekerjasama dengan e-dagang

    Pameran Cenderamata dan Produk Kediaman Shenzhen sentiasa mendepani industri dan kekal selangkah di hadapan. Kali ini, pameran ini akan bekerjasama dengan platform-platform e-dagang Cina yang terkenal: Taobao, Alibaba dan JD. Lebih 100 pembekal dalam talian akan membawakan produk luar biasa mereka kepada pengunjung. Kerjasama dalam talian dan luar talian mendayakan pembelian yang lebih cekap.

Waktu operasi pameran ialah:

25-27 April mulai jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang
28 April mulai jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang

Latar Belakang Reed Huabo

Reed Huabo - syarikat pameran yang paling berpengaruh di China, ialah ahli syarikat kepada Reed Exhibitions - penganjur acara terulung di dunia, yang berpangkalan di UK. Syarikat ini komited untuk menerajui pembangunan industri dan terus mencipta nilai untuk pelanggan dari seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut dan bagi mendapatkan tiket percuma, sila kunjungi kami di: www.chinagiftsfair.com

HUBUNGI:
Lisa Li
+86-755-3398-9311
lisa.li@reedhuabo.com  

Source: Reed Huabo Exhibitions
Keywords: Retail Trade show news Future Events