omniture

Sultan Johor Umum Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor

Asian American Medical Group
2018-04-03 07:31 1097

JOHOR BAHRU, Malaysia, 3 April 2018 /PRNewswire/ -- Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, semalam berkenan mengumumkan penubuhan pusat serantau untuk rawatan, penyelidikan dan pendidikan mengenai kanser, yang diterajui oleh Asian American Medical Group ("AAMG") yang beribu pejabat di Singapura.

His Majesty Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, the Sultan of Johor, signing the commemorative plaque for the launch of the Tunku Laksamana Johor Cancer Centre. Witnessed by (L to R): Yang Berhormat Dato’ Azmi bin Rohani, Johor State Secretary; His Royal Highness / Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor; and Dato’ Dr. Tan Kah Chai, Executive Chairman, Asian American Medical Group.
His Majesty Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, the Sultan of Johor, signing the commemorative plaque for the launch of the Tunku Laksamana Johor Cancer Centre. Witnessed by (L to R): Yang Berhormat Dato’ Azmi bin Rohani, Johor State Secretary; His Royal Highness / Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor; and Dato’ Dr. Tan Kah Chai, Executive Chairman, Asian American Medical Group.

Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor ("TLJCC") djangka beroperasi menjelang akhir tahun 2020 di Iskandar Puteri. Fasa pertamanya akan menawarkan:

i.   Diagnostik dan pengimejan: PET/CT, CT/MRI dengan biopsi cecair;
ii.  Onkologi diperibadikan menggunakan pemprofilan gen dan kemo/imunoterapi tersasar; dan
iii. Terapi radiasi: IMRT, SBRT dan VMAT.

AAMG akan mereka bentuk dan membangunkan kemudahan swasta berkenaan, yang melibatkan Unit Perubatan Integratif menggabungkan kaedah-kaedah Barat dengan terapi tradisional yang terbukti untuk rawatan holistik, dan juga taman penyembuhan berkeluasan dua ekar yang disumbangkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan.

"Johor akan menjadi lokasi pertama di Malaysia, dan pastinya di rantau ini, yang bakal mempunyai pusat pakar kanser yang komprehensif. Ini merupakan projek terkini menerusi beberapa inisiatif oleh Keluarga Diraja Johor bagi membawakan rawatan kanser yang canggih ke Johor," titah Sultan Ibrahim.

Fasa 1 membabitkan nilai pembangunan kasar sebanyak RM300 juta (US$77 juta) dan kawasan yang dibangunkan seluas kira-kira 14,000 meter persegi - termasuk kemudahan ambulatori yang mempunyai 30 katil harian - dan dapat merawat sehingga 7,000 pesakit setahun. Ia terletak dalam jarak pemanduan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Lingkaran Kedua Tuas dan Lebuhraya Woodlands.

Rancangan untuk Fasa 2 melibatkan wad wanita patuh Syariah, dewan bedah, makmal untuk perubatan nuklear dan diagnostik molekul canggih serta pusat perubatan pakar.

TLJCC akan berkolaborasi dengan institusi-institusi global termasuk Concord Medical Services Holdings Ltd. serta rakan kongsi yang dilantik di Asia, Pusat Kanser MD Anderson (AS).

TLJCC didedikasikan untuk putera lelaki ketiga Baginda, Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor, yang meninggal dunia akibat kanser hati pada tahun 2015. Bagi memenuhi impian beliau untuk mengurangkan penderitaan pesakit kanser yang lain, sebahagian daripada keuntungan tahunan pusat kanser berkenaan akan disumbangkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

"AAMG berbangga kerana dapat berkolaborasi dengan rakan-rakan kongsi global bagi memastikan TLJCC menawarkan hasil klinikal yang terbaik dalam kelasnya. Selain menawarkan rawatan untuk warga Malaysia, kedudukan TLJCC yang terletak berhampiran dengan Singapura dapat meletakkan Johor sebagai destinasi perubatan terkemuka dengan rawatan onkologi yang terbaik di rantau ini," kata Pengerusi Eksekutif AAMG, Dato' Dr. Tan Kai Chah.

Untuk maklumat lanjut, layari  www.aamg.co atau hubungi ashadevi@wer1.net /roshansingh@wer1.net.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180402/2093938-1

Source: Asian American Medical Group
Keywords: Health Care/Hospital