omniture

Air China Limited Umum Keputusan Tahunan 2017

Air China
2018-04-03 11:21 1175

Tingkatkan Daya Saing Teras dan Capai Keuntungan Luar Biasa  

HONG KONG, 3 April 2018 /PRNewswire/ -- Air China Limited ("Air China" atau "Syarikat," bersama-sama subsidiari-subsidiarinya, secara kolektif, "Kumpulan") (HKEX: 00753; LSE: AIRC; SSE: 601111: ADR OTC: AIRYY), hari ini mengumumkan keputusan setahun penuh sepanjang 12 bulan yang berakhir pada 31 Disember 2017 ("Tempoh").

Sorotan Perniagaan

  • Perolehan meningkat 7.71% berbanding tahun sebelumnya kepada RMB124.026 bilion
  • Perbelanjaan operasi meningkat 15.02% berbanding tahun sebelumnya kepada RMB112.270 bilion
  • Keuntungan sebelum cukai meningkat 12.47% berbanding tahun sebelumnya kepada RMB11.486 bilion
  • Keuntungan bersih meningkat 11.38% berbanding tahun sebelumnya kepada RMB8.631 bilion

Pada tahun 2017, pasaran penerbangan penumpang China terus menunjukkan kekuatannya dari segi permintaan dan bekalan, manakala permintaan terhadap perjalanan keluar terus meningkat, trafik antarabangsa semakin berkembang dan perniagaan kargo menunjukkan tanda-tanda pemulihan. Kecekapan juga terus meningkat di sebalik penggunaan kapasiti yang agresif. Kumpulan memanfaatkan peluang-peluang pasaran dengan meluaskan skala perniagaannya secara berhati-hati, mengoptimumkan kecekapan, menstabilkan tahap pendapatan dan mengukuhkan pengurusan kos bagi memperkuatkan lagi kelebihan daya saingnya dalam perniagaan teras. Walaupun terdapatnya faktor-faktor yang tidak menguntungkan seperti harga bahan api jet yang lebih tinggi, Kumpulan memberikan keputusan yang kukuh untuk Tempoh berkenaan.

Sorotan Kewangan

Kumpulan mencatatkan nilai pusing ganti sebanyak RMB 124.026 bilion pada tahun 2017, meningkat sebanyak 7.71% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Pendapatan pengangkutan udara meningkat 7.53% berbanding tahun sebelumnya kepada RMB 115.380 bilion. Pendapatan penumpang udara pula meningkat sebanyak 6.19% manakala pendapatan kargo udara meningkat sebanyak 23.48%. Pendapatan operasi lain pula mencecah RMB 8.646 bilion, menunjukkan peningkatan sebanyak 10.19% berbanding tahun sebelumnya.

Perbelanjaan operasi meningkat sebanyak 15.02% kepada RMB 112.270 bilion. Kos bahan api jet mencatatkan peningkatan sebanyak RMB6.427 bilion berbanding tahun sebelumnya, meningkat sebanyak 29.24% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Semasa tempoh berkenaan, Kumpulan mencatatkan keuntungan tukaran sebanyak RMB2.938 bilion.

Pada tahun 2017, keuntungan sebelum cukai adalah sebanyak RMB11.486 billion, menunjukkan peningkatan sebanyak 12.47% berbanding tahun sebelumnya. Keuntungan bersih adalah sebanyak RMB8.641 bilion, menunjukkan peningkatan sebanyak 11.38% berbanding tahun sebelumnya. Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham bagi syarikat-syarikat yang tersenarai adalah sebanyak RMB7.244 bilion, meningkat 6.39% berbanding tahun sebelumnya.

Berdasarkan rancangan pengagihan keuntungan bagi tahun 2017 oleh Syarikat, pihak Lembaga menyarankan peruntukan sebanyak 10% daripada keuntungan selepas cukai sebagai rizab lebihan statutori dan 10% sebagai rizab lebihan budi bicara dan pembayaran dividen tunai sebanyak RMB1.1497 (termasuk cukai) untuk setiap sepuluh saham bagi tahun 2017. Pelan dividen tunai yang berkaitan akan dibawa ke dalam Mesyuarat Agung Tahunan 2017 Syarikat untuk dipertimbangkan.

Tinjauan Perniagaan

Semasa Tempoh berkenaan, keupayaan Syarikat yang diukur oleh Tan Tersedia setiap Kilometer  (ATK) ialah 35.673 bilion, menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 5.61%. Trafik yang diukur oleh Hasil Tan setiap Kilometer (RTK) ialah 25.385 bilion, menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 7.12%.

Penumpang  

Semasa Tempoh berkenaan, Kumpulan membawa sejumlah 102 juta penumpang, meningkat sebanyak 5.15% berbanding tahun sebelumnya. Kapasiti penumpang, diukur oleh Tempat Duduk Tersedia setiap Kilometer (ASK), meningkat sebanyak 6.26% kepada 247.815 bilion. Kapasiti untuk laluan domestik dan antarabangsa masing-masing meningkat sebanyak 5.88% dan 7.80%, manakala kapasiti untuk laluan serantau menurun sebanyak 1.99%. Trafik penumpang keseluruhan, diukur oleh Hasil Penumpang setiap Kilometer (RPK) meningkat sebanyak 6.87% kepada 210.078 bilion. Trafik bagi laluan domestik, antarabangsa dan serantau masing-masing meningkat sebanyak 6.16%, 8.55% dan 2.79% berbanding tahun sebelumnya. Faktor beban penumpang meningkat sebanyak 0.46 mata peratus kepada 81.14%. Pada tahun 2017, Kumpulan berkenaan memperkenalkan 56 pesawat dan menghentikan perkhidmatan 11 pesawat. Jumlah saiz kumpulan pesawat ialah 655 pesawat, dengan purata umur 6.53 tahun. 

Terus perluas jaringan laluan dan tingkatkan pembinaan hab lapangan terbang

Hasil daripada strategi-strategi pembangunan negara termasuk Inisiatif Jalur dan Jalan serta pembangunan terselaras bagi wilayah Beijing-Tianjin-Hebei, 49 laluan domestik seperti Beijing-Maotai dan 12 laluan antarabangsa dan serantau seperti Beijing-Astana baru dilancarkan pada tahun 2017. Kumpulan ini turut berusaha untuk mempercepatkan penggabungan susun atur jaringan laluan global meliputi enam benua, yang dihubungkan oleh nod-nod Beijing, Chengdu, Shanghai dan Shenzhen. Struktur bank penerbangan telah menjalani proses pengoptimuman berterusan dan bilangan lokasi asal & destinasi (O&D) terhubung mencecah 5,918; kapasiti dan kualiti pemindahan juga terus meningkat. Pendapatan perkhidmatan antara syarikat mencecah RMB5.51 bilion, menunjukkan peningkatan sebanyak 15.3% berbanding tahun sebelumnya. Perkhidmatan pemeriksaan bagasi yang teliti kini disediakan untuk semua penerbangan dari Eropah, Amerika Utara dan Australia yang bertukar kepada laluan domestik melalui Beijing dan daya saing habnya turut diperkukuh. Setakat 31 Disember 2017, laluan penumpang udara operasi Syarikat mencecah 420 laluan, yang mana 303 laluan ialah laluan daratan, 101 laluan antarabangsa, 16 laluan serantau, 40 negara yang boleh dilalui (wilayah) dan 185 bandar yang boleh dilalui, yang mana 116 ialah bandar tanah besar, 66 bandar antarabangsa dan 3 bandar serantau.

Terus tingkatkan keupayaan pemasaran dan percepat transformasi model perniagaan

Setakat akhir tahun 2017, Kumpulan semakin meningkatkan keupayaan pemasarannya dan mempercepatkan transformasi model perniagaannya. Setakat akhir tempoh pelaporan, bilangan ahli pengguna penerbangan kerap melebihi 50 juta, menyumbang sebanyak 43.7% daripada jumlah pendapatan Kumpulan, menunjukkan peningkatan sebanyak 3.8% berbanding tahun sebelumnya. Hasil daripada usaha berterusan yang ditumpukan untuk menambah baik platform aplikasi mudah alih, nilai pusing ganti sebanyak RMB5.02 bilion dicatatkan, menunjukkan peningkatan sebanyak 39.4% berbanding tahun sebelumnya. Kajian-kajian mendalam yang dijalankan oleh Kumpulan terhadap permintaan penumpang membolehkan Air China meningkatkan pendapatannya yang disumbangkan oleh perkhidmatan kelas pertama dan kelas perniagaan yang mencecah RMB13.11 bilion, menunjukkan peningkatan sebanyak 12.7% berbanding tahun sebelumnya. Pendapatan yang diperoleh daripada perkhidmatan sampingan seperti pemilihan tempat duduk berbayar, bagasi prabayar dan penaiktarafan pintu pelepasan mencatatkan peningkatan sebanyak 32% berbanding tahun sebelumnya.

Promosikan strategi jenama berkualiti tinggi dan tingkatkan kualiti perkhidmatan

Menumpu pada konsep "Internet berserta pengangkutan mudah", Kumpulan memperkenalkan produk-produk seperti daftar-masuk layan diri, pengesahan tiket layan diri, jadual perjalanan cetak sendiri dan daftar masuk bagasi layan diri pada semua laluan dan menyediakan mod perkhidmatan perjalanan mudah dalam seluruh proses. Kumpulan ini terus meningkatkan perkakasan perkhidmatan sebagai infrastruktur dan perisian perkhidmatan seperti kod operasi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. Air China turut berusaha mempromosikan aplikasi data besar dan pembinaan "kabin mudah alih" bagi merealisasikan penghantaran maklumat berkaitan operasi yang tepat pada masanya dan menghubungkan seluruh rantaian maklumat perkhidmatan. Sebagai rakan kongsi rasmi eksklusif bagi pengangkutan penumpang udara untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Beijing dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk serta Pameran Hortikultur Antarabangsa 2019 Beijing China, Kumpulan ini turut mengambil peluang berkenaan untuk mempromosikan jenamanya dengan cara yang lebih inovatif dan membina imej jenamanya yang dicirikan oleh "peneraju industri penerbangan awam di China" dan "liputan jaringan antarabangsa".

Tingkatkan kawalan kos dan kekalkan kelebihan kos

Kumpulan ini menumpukan sepenuh tenaga untuk menyelaraskan dan mengukuhkan pengurusan, dan untuk meningkatkan kualiti dan juga kecekapan perkhidmatan. Air China turut fokus terhadap pengoptimuman operasi pesawat berbadan lebar bagi meningkatkan sistem pengurusan kos, mengukuhkan pengurusan proses kos serta meningkatkan prestasi. Kumpulan berkenaan bergiat aktif melaksanakan dasar "Leveraj Lebih Rendah, Kurangkan Liabiliti dan Kawal Risiko". Hasilnya, setakat 31 Disember 2017, nisbah penggearan Kumpulan menurun sebanyak 6.15 mata peratus kepada 59.75% berbanding tahun lalu, yang berada pada tahap agak rendah dalam industri. Kumpulan berkenaan mempromosikan projek-projek khas seperti "meningkatkan jualan langsung dan mengurangkan kos pengagihan", "mengurangkan perdagangan belum terima dan inventori" serta "menyelaraskan struktur pengurusan". Sejak tahun 2014, peratusan jualan langsung pengangkutan penumpang Kumpulan meningkat daripada 26% kepada 50.9%, peratusan perbelanjaan komisen agensi bagi pendapatan pemasaran menurun daripada 4.2% kepada 1.5%. Dengan itu, daya saing kos bagi Air China dilihat terus bertambah baik.

Perniagaan Kargo 

Pada tahun 2017, Air China Cargo mencapai keputusan operasi yang positif dengan meneroka model perniagaan baharu, mengoptimumkan pengaturan laluannya dan struktur sumber kargo, serta menumpu pada pembangunan dan jualan perkhidmatan bernilai tambah tinggi seperti logistik rangkaian sejuk.

Semasa Tempoh berkenaan, Tan Kargo Tersedia Setiap Kilometer (AFTK) Air China Cargo meningkat 4.57% berbanding tahun sebelumnya kepada 13.319 bilion, manakala Hasil Tan Kargo Setiap Kilometer (RFTK) meningkat sebanyak 7.97% berbanding tahun sebelumnya kepada 7.553 bilion. Faktor beban kargo dan mel meningkat sebanyak 1.78 mata peratus kepada 56.70%.

Latar Belakang Air China

Air China Limited (Air China) ialah pembawa bendera kebangsaan China dan merupakan penyedia utama bagi perkhidmatan dan produk penumpang, kargo udara dan berkaitan penerbangan di China. Ibu pejabat operasinya terletak di Beijing, hab domestik dan antarabangsa utama di China. Ia turut menyediakan perkhidmatan berkaitan penerbangan, termasuk penyelenggaraan pesawat, perkhidmatan pengendalian di darat iaitu di Beijing, Chengdu dan tempat-tempat lain. Setakat 31 Disember 2017, Kumpulan tersebut mengendalikan armada yang mempunyai 655 pesawat dengan purata umur 6.53 tahun, manakala Syarikat mengendalikan armada yang mempunyai 396 pesawat dengan dengan purata umur 6.57 tahun. Laluan trafik penumpang telahpun mencecah 420 laluan, termasuk 101 laluan antarabangsa, 16 laluan serantau dan 303 laluan domestik. Jaringan Syarikat meliputi 40 negara dan wilayah seluruh dunia serta 185 bandar, termasuk 66 bandar antarabangsa, 3 bandar serantau dan 116 bandar domestik. Air China tersenarai dalam Bursa Saham Hong Kong dan Bursa Saham London pada 15 Disember 2004, masing-masing di bawah kod 00753 dan AIRC. Pada 18 Ogos 2006, Air China tersenarai dalam Bursa Saham Shanghai di bawah kod 601111. Untuk butiran lanjut, sila layari laman sesawang Air China: www.airchina.com.cn.

Kenyataan Perlindungan Selamat

Siaran akhbar ini mengandungi unjuran dan kenyataan jangkaan yang menunjukkan pandangan semasa syarikat berhubung peristiwa masa depan dan prestasi kewangan. Pandangan ini adalah berasaskan andaian semasa yang tertakluk kepada pelbagai risiko dan mungkin berubah dari masa ke masa. Tiada jaminan yang dapat diberikan bahawa peristiwa masa depan akan berlaku, unjuran akan dicapai, mahupun andaian syarikat adalah benar. Keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara berbanding yang diunjurkan.

Perhubungan Pelabur dan Pertanyaan Media:

Air China 

Joyce Zhang

Perhubungan Pelabur
Air China Limited
Tel: (8610) 6146-2560

Emel: joycezhang@airchina.com

Cao Yu
Perhubungan Pelabur
Air China Limited
Tel: (8610) 6146-2788
Emel: caoyu@airchina.com


Perhubungan Pelabur 

Serana Liu
Wonderful Sky Financial Group

Tel: (852) 3970 2198
Emel: seranaliu@wsfg.hk

Wendy Lu
Wonderful Sky Financial Group

Tel: (852) 3641 1325
Emel: wendyluw@wsfg.hk

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180323/2086726-1LOGO

Source: Air China
Related Stocks:
HongKong:0753 LSE:AIRC OTC:AIRYY Shanghai:601111
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Banking/Financial Service Travel Dividends Earnings