omniture

GCL Group dan Softbank labur $930 juta tubuhkan syarikat usaha sama di India

GCL System
2018-04-03 23:05 1273

SUZHOU, China, 3 April 2018 /PRNewswire/ -- GCL System Integration Technology Co., LTD (SZ: 002506) (GCL-SI), subsidiari bagi konglomerat tenaga bersih yang terkemuka di dunia, GCL, mengumumkan bahawa pada 29 Mac lalu, GCL Group menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan Softbank Vision Fund (SBVF) melalui pengurusnya Softbank Investment, subsidiari Softbank Group. Kandungan utama memorandum ialah persetujuan GCL Group dan Softbank Investment untuk menubuhkan syarikat usaha sama di Andhra Pradesh, India, sama ada secara langsung atau melalui ahli gabungan atau subsidiari masing-masing, yang mana Softbank Investment menyumbang sebanyak 60% manakala GCL Group sebanyak 40%. Nisbah ekuiti bagi usaha sama akan diselaraskan sewajarnya sekiranya rakan kongsi pihak ketiga diperkenalkan kemudiannya. Keanggotaan lembaga pengarah bagi usaha sama akan selaras dengan struktur ekuiti.

Syarikat usaha sama ini menjangkakan jumlah pelaburan sebanyak 930 juta dolar A.S., dan kedua-dua pihak masih belum mengenal pasti sumber dana. Usaha sama ini merancang untuk memiliki kapasiti pengeluaran sebanyak 4GW, yang akan dilaksanakan dalam dua fasa dengan 2GW bagi setiap fasa. Perniagaan utama membabitkan pengeluaran dan jualan jongkong PV, wafer, bateri dan juga modul.

Latar Belakang GCL-SI

GCL System Integration Technology Co., Ltd. (Saham Shenzhen 002506) (GCL-SI), merupakan sebahagian daripada GOLDEN CONCORD Group (GCL). GCL-SI menyediakan sistem tenaga bersepadu secara sehenti dan termaju serta komited untuk menjadi syarikat tenaga solar yang terkemuka di dunia.

 

Source: GCL System
Related Stocks:
Shenzhen:002506
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Joint ventures