![]() |
BRISBANE, Australia, 4 April 2018 /PRNewswire/ -- Precision Heliparts – Australia (PHP-AU), subsidiari Precision Aviation Group (PAG) yang berpangkalan di Atlanta, Georgia, penyedia utama bagi produk dan perkhidmatan bernilai tambah untuk industri aeroangkasa dan pertahanan sedunia, menandatangani satu perjanjian pengedaran dengan LORD Corporation untuk rangkaian produk sayap berputarnya.
Di bawah perjanjian ini, PHP-AU akan menggalas tanggungjawab untuk menjual, mengedar dan menyokong produk selepas jualan LORD untuk platform Bell 206, 407 dan siri pertengahan di Australia.
"PHP-AU berbesar hati kerana diiktiraf sebagai pengedar bernilai tambah oleh LORD Corporation di bawah perjanjian baharu ini. Pengiktirafan yang diberikan sebagai Pengedar Diperakui memberi akses kepada kami terhadap rangkaian produk unik LORD Corporations yang dapat terus meningkatkan sokongan PHP-AU terhadap pesawat siri Bell," kata Pengarah Jualan PHP-AU Jordan Webber.
"Pelantikan PAG sebagai sebagai salah satu pengedar diperakui kami adalah sebahagian daripada strategi kami untuk mencapai tahap kepuasan pelanggan yang lebih baik dengan membolehkan pelanggan kami mendapat akses yang lebih baik kepada produk-produk berkualiti kami," kata Bernie Chan, Pengarah Pemasaran dan Jualan LORD Asia A&D. "Sebagai pengedar, PHP-AU akan mengekalkan stok di kawasan tempatan bagi memastikan pelanggan kami di Australia mendapat lebih banyak pilihan untuk mengurangkan kos inventori dan pengendalian mereka, serta dapat bertindak balas dengan lebih pantas terhadap AOG."
Latar Belakang Precision Aviation Group:
Precision Aviation Group (PAG) ialah penyedia utama bagi produk dan perkhidmatan bernilai tambah untuk industri aeroangkasa dan pertahanan sedunia. Menerusi sembilan lokasi dan lebih 260,000 kaki persegi kemudahan jualan dan perkhidmatan di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Brazil dan Singapura, PAG menggunakan unit perniagaan berbezanya dan model perniagaan yang berfokus pelanggan untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan penerbangan melalui dua fungsi perniagaan - Rantaian Bekalan Penerbangan dan perkhidmatan tanda dagangannya, Inventory Supported Maintenance, Repair and Overhaul (ISMRO®).
PAG menyediakan MRO dan Penyelesaian Rantaian Bekalan untuk pesawat bersayap Tetap dan Berputar melalui: Precision Heliparts – PHP (www.heliparts.com); Precision Aircraft Services – PAS (www.pas-pag.com); Precision Accessories & Instruments – PAI (www.precisionaccessories.com); Precision Heliparts Canada – PHP-C (www.heliparts.ca); Precision Accessories & Instruments Canada – PAI-C (www.precisionaccessories.ca); PHP-Instruments & Accessories – PHP-LA (www.heliparts.la); Precision Heliparts – Amerika Latin (www.precisionaviationgroup.com/php-br); Precision Aero Technology – PAT (www.precisionaerotechnology.com); Precision Heliparts – Australia – PHP-AU (www.precisionheliparts.com.au); Precision Accessories & Instruments – Australia (PAI-AU) (www.precisionaccessories.com.au); Precision Heliparts Singapore (PHP-S); dan Precision Aviation Controls, Inc. – PAC (www.precisionaviationcontrols.com). Subsidiari-subsidiari PAG memiliki keupayaan MRO untuk lebih 35,000 produk, termasuk aksesori, avionik, komponen enjin, hidraulik, peralatan, NDT, pemula /penjana dan roda/brek (http://www.precisionaviationgroup.com).
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/662332/PHP_AU_LORD_Corporation_Rotary_Wing_Products.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/338527/precision_aviation_group_inc_logo.jpg