omniture

Biotherm Anjur Sidang Kemuncak Penyembuhan Biotherm Pertama

Biotherm
2018-03-27 13:45 449

SEMPENA ACARA KONGRES R&D MICROBIOME ASIA

SINGAPURA, 27 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Biotherm menganjurkan "Sidang Kemuncak Penyembuhan Biotherm" pertama pada 7 Mac lalu. Satu simposium bertemakan kulit & penyembuhan, menumpu pada kajian utama yang membuktikan perkaitan antara mikroorganisma dan kesihatan kulit.

Dr. Lionel Breton, Scientific Director, L’OREAL Advanced Research
Dr. Lionel Breton, Scientific Director, L’OREAL Advanced Research

Memperkenalkan Life PlanktonTM, keajaiban penyembuhan yang menjurus kepada penubuhan syarikat, Biotherm dengan bangganya membentangkan himpunan menarik yang terdiri daripada 100 bukti saintifik yang dibangunkan dengan kerjasama pusat-pusat penyelidikan yang tersohor di peringkat antarabangsa, yang menonjolkan kehebatan Life PlanktonTM dalam memperbaiki kulit yang dikumpulkan sepanjang tempoh 30 tahun.

Biotherm menambah satu babak baharu terhadap kesihatan dan pengetahuan tentang kulit menerusi Sidang Kemuncak Penyembuhan Biotherm pertama, dengan tumpuan yang berbeza diletakkan terhadap dunia Microbiome. Industri yang semakin berkembang ini menawarkan prospek yang cerah untuk meningkatkan kesihatan manusia, memandangkan peningkatan teknologi dapat mendayakan pembangunan microbiota dalam pelbagai cara. Atas sebab ini, penyelidikan microbiome bakal membawa gelombang baharu dalam dunia sains dan perubatan melalui aplikasinya terhadap rawatan pencegahan, terapi, penawar dan makanan tambahan.

Dikaitkan dengan konsep Microbiome, Life PlanktonTM yang sukar didapati ini ialah komponen asas dalam semua rumusan Biotherm. Telah lama dikatakan dapat menyembuhkan pahlawan yang cedera pada Zaman Rom, sumber ini telah ditemui semula selepas Perang Dunia Kedua di Pyrenees, Perancis. Setelah tiga dekad menjalankan kajian saintifik, organisma semula jadi yang ditemui di perairan terma bersulfur didapati dapat memperbaiki semua jenis kulit, bermula dengan kawalan sebum kepada pelembapan dan pengetatan pori – walau apapun keadaan dan pada sebarang peringkat usia; mengurangkan kedutan dan meningkatkan kejelasan kulit, melawan kehilangan keanjalan atau jerawat.

BAHAN PENJANAAN SEMULA PALING UNIK DALAM INDUSTRI KOSMETIK

Life PlanktonTM dianggap sebagai salah satu bahan penjanaan semula yang paling unik dalam industri kosmetik. Ia dikenali dengan keupayaannya untuk menyembuh, memulihkan dan melindungi kulit:

MENYEMBUH                                 

MENGUBAH MASALAH KULIT DENGAN JELAS        

 

Life PlanktonTM menunjukkan sifat-sifat melegakan. Hanya pada kepekatan 5%, Life PlanktonTM dapat melegakan simptom-simptom gangguan kulit yang biasa: kesensitifan, kemerah-merahan dan kegatalan kulit

 

LIFE PLANKTONTM MEMBERIKAN HASIL YANG LUAR BIASA TERHADAP PENUNJUK UTAMA BAGI PENAMPILAN KULIT YANG SIHAT.

   

MEMULIHKAN                              

MERANGSANG FUNGSI PENTING PADA KULIT

 

Life PlanktonTM berupaya bertindak pada beberapa jenis sel kulit.  Keratinosit, Sel Langerhans dan Fibroblas.

 

Life PlanktonTM mengoptimumkan proses pemulihan semula jadi kulit.

 

LIFE PLANKTONTM MEMBANTU KULIT UNTUK KELIHATAN LEBIH MUDA DAN LEBIH CERAH, UNTUK KULIT BAHARU.

   

MELINDUNGI                        

MENGUATKAN DAN MERANGSANG SISTEM PERTAHANAN KULIT

 

Life PlanktonTM melindungi daripada serangan dalaman dan luaran seperti tekanan oksidatif dan merangsang aktiviti-aktiviti pertahanan semula jadi. "Life PlanktonTM membantu kulit bertindak balas lebih pantas dan lebih cekap terhadap serangan. Serangan disekat sebelum meninggalkan sebarang cela pada kulit, oleh yang demikian mencegah penuaan kulit." Caroline Nègre, Pengarah Saintifik

30 TAHUN PENYELIDIKAN

Selama 30 tahun, sifat-sifat Life PlanktonTM dikaji dengan kerjasama pusat-pusat penyelidikan yang tersohor di peringkat antarabangsa seperti Stanford University (AS), Institut Pasteur (Lyon Perancis), INSERM (Lyon Perancis), Liège University (Belgium) atau Tubingen University (Jerman). Kajian ini menghasilkan 8 paten dan beberapa bahan penerbitan. Life PlanktonTM terbukti secara saintifik untuk menambah baik penampilan kulit, bertindak pada 8 parameter.

SEBUM   

Mengimbangi semula fungsi semula jadi pada kulit

KEANJALAN  

Menghalang aktiviti elastase

PIGMENTASI        

Perangsang antioksida  

KEMERAH-MERAHAN & KESENSITIFAN  

Menghalang tindak balas keradangan

PELEMBAPAN      

86% persamaan dengan Faktor Pelembapan Semula Jadi (NMF)

KEDUTAN

Mendorong penggandaan fibroblas & meningkatkan kekuatan fibroblas

JERAWAT        

Memperbaiki peptida antimikrob

PORI  

Menguatkan halangan kulit

KISAH KEAJAIBAN PENYEMBUHAN

Kisahnya bermula di salah satu kawasan paling terpelihara di Eropah: Pyrenees Perancis. Di kawasan yang ajaib ini, legenda mengisahkan bahawa pahlawan Rom datang untuk mandi setelah bertempur – dikenali sebagai Air Pancut Penyembuh. Pada tahun 1952, Jos Jullien, seorang doktor tentera, yang menghabiskan hidup beliau untuk mengetuai pencarian rawatan penyembuhan yang sempurna, membongkar misteri di sebalik Air Pancut tersebut. Bahan hidup yang luar biasa dan unik: Life PlanktonTM. Dengan impian untuk menjadikan sifat-sifat Life PlanktonTM tersedia untuk semua orang, hasil kerja beliau membawa kepada penciptaan Biotherm.

Diilhamkan oleh cita-cita Jos Jullien, sepasukan saintis berdedikasi mengambil masa selama lapan tahun untuk mencipta semula keadaan semula jadi Air Pancut Penyembuh yang luar biasa dan untuk membangunkan proses penapaian bio canggih yang unik dikenali sebagai Fermogenesis™. Sepanjang tempoh hingga 90 hari lamanya, Life PlanktonTM diproses secara perlahan-lahan dalam persekitaran terkawal, digabungkan dengan campuran mineral, vitamin, gula, ekstrak tumbuhan & yis untuk memaksimumkan potensinya, membolehkan Life Plankton™ bertambah 1,000 kali lebih pantas dan mencapai kepekatan sehingga 400,000 kali lebih pekat daripada keadaan asalnya. Hasil daripada proses bermatlamat ini, Life PlanktonTM ialah bahan yang benar-benar semula jadi dan boleh diperbaharui yang menjadi bahan asas dalam produk Life PlanktonTM Biotherm dengan kepekatan tertinggi didapati dalam "Life Plankton Serum 5% ".

LATAR BELAKANG BIOTHERM

Perintis bagi biologi kulit sejak penemuan faedah-faedah Life PlanktonTM pada tahun 1952, Biotherm memanfaatkan kekuatan luar biasa bahan-bahan akuatik dalam penyelesaian penjagaan kulit termaju. Melalui kepakaran dalam Bioteknologi Biru, jenama ini menggabungkan bahan-bahan aktif yang hebat ini dalam tekstur menyenangkan yang tiada tandingan untuk kecantikan yang sihat dan aktif. Biotherm menawarkan pilihan lengkap mencakupi lebih 130 penyelesaian untuk wajah dan tubuh badan, disesuaikan untuk setiap jenis kulit, masalah kulit dan gaya hidup. Produk-produk ikonik termasuk: Life PlanktonTM Essence, Aquasource, Blue Therapy, Lait Corporel. Ketahui lebih lanjut melalui: www.biotherm.com 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, permintaan menemubual bersama pakar-pakar saintifik dan imej, sila hubungi:

-Caroline Negre, Pengarah Saintifik Biotherm: caroline.negre@loreal.com

-Juergen Braunoedet, Komunikasi Global Biotherm:   +33.1.49.64.73.49, juergen.braunoedet@loreal.com

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180315/2079858-1

Source: Biotherm
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news