omniture

EW Nutrition dan ICON Bentuk Kerjasama Strategik

EW Nutrition GmbH
2018-04-09 15:00 692

VISBEK, Jerman, 9 April 2018/PRNewswire/ --

EW Nutrition peroleh 51% saham dalam ICON

Ew Nutrition telah menyelesaikan perjanjian untuk memperoleh 51% saham dalam ICON, syarikat yang mengkhusus dalam penyelesaian makanan ternakan untuk pasaran ternakan Turki. Urus niaga ini telah ditandatangani pada 29 Mac 2018. Syarikat ini akan dinamakan semula sebagai EW ICON.

generated by system

ICON ialah rakan yang dipercayai untuk industri makanan ternakan yang berkembang pesat hasil dari model perniagaan yang berorientasikan perkhidmatan. ICON akan terus memberi tumpuan untuk mengembangkan lagi barisan produk semasanya dan mewujudkan hubungan pembekal jangka panjang. Komitmen EW Nutrition kepada pasaran Turki yang digabungkan dengan kekuatan ICON akan mengukuhkan perkhidmatan pelanggan.

ZIYA PAZARBAŞILAR – Pengarah Urusan ICON
"Perikatan strategik antara EW Nutrition dan ICON mempunyai peluang besar untuk pertumbuhan peringkat seterusnya. Kejayaan yang mampan sentiasa menjadi salah satu garis panduan dalam pasaran yang rancak ini. Kami agak gembira dan optimistik bahawa komitmen EW Nutrition yang kuat terhadap R&D dan perkhidmatan teknikal akan memberi manfaat kepada pelanggan kami."

MICHAEL GERRITS – Pengarah Urusan EW Nutrition

"Turki ialah salah satu pasaran strategik kami. Kerjasama dengan ICON ini akan mempercepatkan perniagaan kami, terutama kegiatan-kegiatan kami yang membantu pelanggan kami dalam mengurangkan penggunaan antibiotik. Pasukan ICON merupakan pasukan yang mantap dalam pasaran ini dan telah menunjukkan hasil yang berorientasikan pelanggannya pada tahun-tahun lalu. Portfolio pembekalnya yang kukuh merupakan asas yang teguh untuk pertumbuhan yang berterusan."

Latar Belakang ICON

ICON ialah syarikat dinamik yang ditubuhkan oleh Ziya Pazarbaşilar, Ufuk Yilmaz, dan Fatih Ateş pada tahun 2013 di Ankara, Turkey. Dengan pasukan veterinari dan jurutera pertanian, ICON menawarkan produk dan perkhidmatan untuk perniagaan ternakan Turki. Sektor tumpuan ialah poltri, ruminan dan ikan. Kejayaan ICON adalah berdasarkan kepada bertindak sebagai rakan kongsi eksklusif untuk syarikat-syarikat terkenal dalam industri makanan ternakan. Portfolio produknya terdiri dari pengikat toksin, asid organik, produk yis, pemanis dan produk bersalut, antara lainnya.

Latar Belakang EW Nutrition

EW Nutrition ialah pengeluar bahan tambahan makanan ternakan global, dengan portfolio produk berasaskan sains yang kukuh. EW Nutrition menjual produknya ke lebih 90 negara dan mempunyai subsidiari di semua pasaran utama. Beribu pejabat di Visbek, Jerman, EW Nutrition mempunyai kemudahan R&D dan pengeluaran di Brazil, Jerman, Jepun dan AS.

Hubungan Akhbar
- ICON Agro : Ziya Pazarbaşilar, Ziya@iconagro.com
- EW Nutrition: Christian Blöcker, Christian.Bloecker@ew-nutrition.com

Sumber: EW Nutrition GmbH

Source: EW Nutrition GmbH
Keywords: Food/Beverages Retail Acquisitions, mergers, takeovers