omniture

Makeblock Jalin Usaha Sama dengan Jabatan Pendidikan Jalisco Mexico, Pecah Rekod Guinness bagi Kelas Robotik Terbesar Dunia

Makeblock
2018-04-09 22:16 1038

GUADALAJARA, Mexico, 9 April 2018 /PRNewswire/ -- Tanggal 5 April 2018, penyedia penyelesaian pendidikan STEAM yang terkemuka di dunia, Makeblock mengumumkan bahawa kelas robotik Makeblock memecah rekod Guinness sebagai kelas robotik yang terbesar di dunia. Dengan kehadiran seramai 971 orang pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dari 26 negeri di Mexico, acara tersebut dianjurkan oleh jabatan pendidikan Jalisco Mexico dan diadakan di Guadalajara. Robot-robot mBot serta perisian pengaturcaraan mBlock yang digunakan dalam acara ini direka bentuk dan dicipta oleh Makeblock.

Kelas tersebut berlangsung selama sejam menggunakan 300 robot boleh diatur cara mBot daripada Makeblock dan juga perisian pengaturcaraan mBlock sebagai alat bantuan pengajaran. Seramai 971 orang pelajar diajar oleh pengarah pemikiran logik-matematik dan penyelaras program robotik Kementerian Pendidikan Jalisco, Guillermo Rivera berserta jurutera Makeblock, Noel Marcial Vázquez. Pada akhir kelas, Carlos Tapias Rojas. Akhirnya, Carlos Tapias Rojas, pegawai Rekod Dunia Guinness di Amerika Latin mengumumkan bahawa rekod dunia Guinness baharu bagi kelas robotik terbesar telah dicipta.

Francisco Ayon (tengah), Menteri Pendidikan Jalisco, Memegang Rekod Guinness
Francisco Ayon (tengah), Menteri Pendidikan Jalisco, Memegang Rekod Guinness

Kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada 4 orang pelajar diaturkan untuk memprogramkan mBot bagi mengikuti laluan dan mengaplikasikan beberapa kesan LED menggunakan perisian pengaturcaraan mBlock. Para pelajar dididik untuk mempelajari tentang komponen elektronik dan ciri-ciri mBot, seperti ikutan-laluan, sensor ultrasonik, LED dan kemudiannya mempelajari tentang pengaturcaraan grafik melalui mBlock pada komputer dan akhir sekali, menguji mBot pada laluan yang telah ditentukan. Kursus ini dijalankan untuk melatih kemahiran logik, penyelesaian masalah dan pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar.

Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Jasen Wang berkata: "Saya berasa teruja apabila mendapat tahu robot boleh diatur cara mBot dan perisian pengaturcaraan mBlock berupaya mendayakan pelajar di Mexico untuk mencipta rekod bertaraf dunia. mBot ialah robot peringkat awal yang membantu pengguna mempelajari bagaimana untuk melakukan sendiri (DIY) dan mengatur cara dengan keadah yang menyeronokkan; manakala mBlock, digabungkan dengan teknologi AI dan IoT, ialah satu perisian hebat untuk pendidikan STEAM, mengalu-alukan lebih 3 juta pengguna dari seluruh dunia. mBlock bukan sahaja menyokong pengaturcaraan berasaskan-blok, tetapi turut menyokong pengaturcaraan berasaskan-teks seperti Pythin, dengan lebih banyak ciri sedang dibangunkan yang menyokong pengurusan kelas untuk guru-guru yang dijangka untuk dilancarkan dalam masa terdekat. Setakat ini, Makeblock memperoleh lebih 4.5 juta pengguna global. Menawarkan penyelesaian pendidikan STEAM termaju kepada lebih banyak negara, Makeblock akan terus mendorong penyepaduan antara pendidikan dan teknologi bagi memperkasa generasi seterusnya untuk menjadi pencipta dan pemimpin dalam era AI."

mBlock, Perisian Pendidikan Pengaturcaraan yang Hebat untuk Era AI
mBlock, Perisian Pendidikan Pengaturcaraan yang Hebat untuk Era AI

Latar Belakang Makeblock

Makeblock Co., Ltd, ditubuhkan pada tahun 2013, ialah penyedia penyelesaian pendidikan STEAM yang terkemuka. Menyasarkan pasaran pendidikan dan hiburan STEAM untuk sekolah, institut pendidikan dan keluarga, Makeblock menyediakan pertandingan perkakasan, perisian, penyelesaian kandungan dan robotik unggul yang paling lengkap, dengan matlamat untuk mencapai penyepaduan teknologi dan pendidikan yang mendalam.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180408/2099284-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180408/2099284-1-c

Source: Makeblock
Keywords: Computer/Electronics Education STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)