omniture

Pameran Hiasan Bangunan Antarabangsa China Tarik 300 Pempamer dan 42,000 Pengunjung

The China (Guangzhou) International Building Decoration Fair
2018-04-09 22:18 994

Kehadiran Memecah Rekod Kukuhkan Kekuatan Industri dalam Ekonomi Global yang Semakin Berkembang

SHANGHAI, 9 April 2018 /PRNewswire/ -- Pameran Perdagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa (CBD-IBCFT (Shanghai)) yang berlangsung selama tiga hari melabuhkan tirainya di Pusat Konvensyen dan Pameran Kebangsaan Shanghai setelah mengalu-alukan kehadiran lebih 300 perusahaan global yang mempamerkan reka bentuk dan produk terkini mereka, serta mencatatkan kehadiran 42,000 pengunjung, satu peningkatan sebanyak 24.19 peratus berbanding tahun sebelumnya.

CBD-IBCTF (Shanghai)
CBD-IBCTF (Shanghai)

Lanjutan daripada Pameran CBD (Guangzhou) asal, CBD-IBCFT (Shanghai) menjadi tuan rumah kepada lebih 300 jenama unggul dalam sektor bangunan dan hiasan termasuk Boloni, SiMBOR, TATA, Suofeiya, WISION dan PIANO. Pameran ini, yang menyediakan hampir 30 forum berkaitan topik-topik seperti peruncitan baharu, produk dan reka bentuk kediaman pintar, penaiktarafan jenama dan banyak lagi, memudahkan komunikasi dalam seluruh industri hiasan bangunan.

"Kami berasa teruja dengan kejayaan yang dicapai oleh CBD-IBCTF (Shanghai). Bukan sahaja rekod baharu bagi bilangan pempamer, pengunjung dan nilai urus niaganya menjadi penunjuk bagi situasi yang baik dalam industri hiasan bangunan, tetapi ia turut mengukuhkan status Pameran sebagai acara yang tidak dapat dilepaskan di samping Pameran CBD (Guangzhou)," kata Liu Xiaomin, Presiden Jawatankuasa Penganjur. "Saiz pasaran kediaman pintar global dianggarkan mencecah US$122 bilion menjelang tahun 2022. Ini bermakna sektor kediaman pintar bakal menyaksikan pertumbuhan tertinggi dalam industri hiasan bangunan, dan kami berbangga dapat menyokong Pameran ini."

"Pameran ini menawarkan kami dengan banyak peluang untuk mendekati rakan kongsi kami. Pada hari pertama pameran, kami telah mencapai persetujuan penawaran dengan lebih 60 pengedar," kata Sun Baoying, Pengurus Besar KOOMO, sebuah syarikat pengeluaran pintu kayu.

"Produk-produk yang dipamerkan di Pameran ini direka dengan baik dan mempunyai sentuhan unik," kata Cik Zhang, pereka dari Guangzhou. "Saya datang mengunjungi pameran ini untuk mencari sedikit sebanyak idea rekaan yang baik untuk pintu dan tingkap dan saya dapat menyepadukan beberapa hasil penemuan saya hari ini dalam hasil kerja saya di masa depan."

China Foreign Trade Centre dan Persatuan Hiasan Bangunan China akan berganding bahu bersama Red Star Macalline bagi menganjurkan bersama CBD-IBCTF (Shanghai) yang seterusnya mulai 19 hingga 21 Mac 2019 dalam usaha untuk mewujudkan pameran hiasan bangunan yang lebih besar.

Latar Belakang Pameran CBD

Diasaskan pada tahun 1999, Pameran CBD dianjurkan dua kali setahun. CBD-IBCTF (Shanghai) diadakan pada bulan Mac di Shanghai manakala Pameran CBD (Guangzhou) diadakan pada bulan Julai di Guangzhou.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cbd-china.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180408/2099300-1

Source: The China (Guangzhou) International Building Decoration Fair
Related Links:
Keywords: Construction/Building Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news