omniture

WeDo Technologies Disenaraikan dalam 10 Teratas Syarikat Harapan Stratecast pada 2018

WeDo Technologies
2018-04-11 16:00 1041

LISBON, Portugal, 11 April 2018/PRNewswire/ --

WeDo Technologies Diiktiraf atas Kepimpinan Inovasi dan Pasaran dalam Pengurusan Risiko

WeDo Technologies, peneraju sedunia bagi jaminan pendapatan dan pengurusan penipuan Telekomunikasi, dengan sukacitanya mengumumkan ia telah disenaraikan dalam laporan 10 Teratas Syarikat Harapan Stratecast pada tahun 2018, yang menonjolkan vendor-vendor yang berjaya dalam pasaran perisian pengendalian, pengaturan, analitik data dan pengewangan (ODAM).

generated by system

Selain kepimpinan pasaran WeDo Technologies dalam jaminan pendapatan, pengurusan penipuan dan jaminan kewangan, Stratecast turut mengiktiraf komitmen WeDo dalam usaha penyelidikan dan pembangunannya serta pelaburan yang dibuat untuk terus membangunkan penyelesaian portfolio SaaS.

Pengurusan Risiko RAID, tersedia di premis atau berasaskan awan, menyokong aplikasi-aplikasi berikut:

  • Jaminan Pendapatan RAID - memastikan ketepatan dalam pengebilan dan kutipan perkhidmatan, membantu Penyedia Perkhidmatan Komunikasi (CSP) mengurangkan ketirisan hasil, meningkatkan margin dan menambah baik pengalaman pelanggan keseluruhan.
  • Pengurusan Penipuan RAID - menyediakan perlindungan penipuan pada masa sebenar dengan mengesan aktiviti mencurigakan atau palsu dan memanfaatkan pembelajaran mesin untuk mengenal pasti ancaman baharu yang tidak dijangka
  • Jaminan Perniagaan RAID - mengautomasikan kawalan kewangan dan aplikasi transaksi lain, seperti pengurusan insentif dan kutipan, bagi membantu perniagaan mengurangkan kerugian dan meningkatkan margin

Platform aplikasi dan tawaran Pengurusan Risiko RAID bersama-sama menyasarkan untuk menyediakan penyelesaian bersepadu yang dapat memberi jaminan kepada CSP semasa melaksanakan strategi transformasi digitalnya dan mempersiapkan pengendali untuk menghadapi risiko 5G, IoT dan NFV dengan lebih baik.

Karl Whitelock, Pengarah Global Strategi ODAM Stratecast | Frost & Sullivan mengulas:

"Stratecast percaya bahawa tatkala CSP seluruh dunia mendapati margin keuntungan mereka terancam, penyelesaian jaminan pendapatan, pengurusan penipuan dan jaminan perniagaan seperti yang ditawarkan oleh WeDo menjadi lebih penting. Di samping itu, dengan mengusahakan inovasi pengurusan risiko SaaS, mampu menjamin perjalanan transformasi digital untuk CSP, pada kos lebih rendah tanpa menjejaskan keselamatan, WeDo terus menunjukkan pemahamannya terhadap cabaran-cabaran baru muncul dan membangunkan penyelesaian bagi menanganinya. Atas sebab-sebab inilah WeDo Technologies menjadi syarikat harapan pada tahun 2018."  

Rui Paiva, Ketua Pegawai Eksekutif WeDo Technologies turut mengulas:

"Pengiktirafan ini menunjukkan kepimpinan kami dalam membantu CSP yang terkemuka di dunia meningkatkan margin mereka dengan mengurangkan ketirisan dan kerugian pendapatan yang berpunca daripada penipuan. Pelaburan terkini kami dalam penyelesaian berasaskan awan yang memanfaatkan keupayaan AI serta pembelajaran mesin, dan tumpuan kami untuk membangunkan penyelesaian pengurusan risiko bersepadu, memperbaharui komitmen kami terhadap inovasi dan memastikan bahawa pelanggan kami dipersiapkan dengan lengkap demi cabaran masa depan yang mendatang."

10 syarikat Harapan Stratecast adalah syarikat-syarikat yang telah membangunkan penyelesaian inovatif yang dapat memenuhi objektif-objektif semasa dan penting untuk perniagaan serta menangani cabaran-cabaran yang memberi kesan terhadap perniagaan. Selain menjadi tumpuan pasaran dan berpandangan jauh, 10 syarikat Harapan menonjolkan budaya inovasi, menyokong perubahan pesat dalam persekitaran perniagaan atau pendekatan teknologi, bersifat celik perniagaan dan pasaran serta mempunyai penawaran produk berbeza yang ditakrif dengan baik dan jelas dibezakan. Untuk memuat turun laporan, layari http://web.wedotechnologies.com/stratecast-top10-2018

Latar Belakang Stratecast | Frost & Sullivan 

Stratecast memanfaatkan gabungan antara penyelidikan langganan dan penglibatan perundingan tersuai, bagi memberikan pengetahuan dan perspektif yang hanya dapat dicapai melalui pengalaman dalam dunia sebenar selama bertahun-tahun dalam industri yang mana pelanggannya merupakan kolaborator; rakan kongsi hari ini adalah pesaing masa depan; serta ketangkasan dan inovasi menjadi elemen-elemen penting untuk mencapai kejayaan.

Latar Belakang WeDo Technologies  

Ditubuhkan pada tahun 2001, WeDo Technologies ialah peneraju pasaran global dalam Jaminan Pendapatan dan Pengurusan Penipuan melalui penyelesaian perisian Pengurusan Risiko.

WeDo Technologies menyediakan perisian dan khidmat pakar runding kepada Pengendali Telekomunikasi dan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi seluruh dunia. Pada masa kini, kami mempunyai lebih 200 pelanggan, merentasi 108 negara, dengan jaringan melibatkan lebih 600 pakar profesional berkemahiran tinggi. Pejabat-pejabat kami tersebar secara geografi di AS, Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah, Afrika, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.  

Perisian WeDo Technologies menganalisis kuantiti data yang besar yang membolehkannya memantau, mengawal, mengurus dan mengoptimumkan proses, menjamin perlindungan pendapatan serta pengurangan risiko.

Dengan lebih 200 pelanggan - termasuk beberapa pelanggan daripada organisasi cip biru yang terkemuka di dunia - WeDo Technologies telah lama diiktiraf sebagai penginovasi tetap dalam menjamin kejayaan pelanggannya sepanjang perjalanan transformasi yang berterusan.

WeDo Technologies. Kenali yang Tidak Dikenali.

http://www.wedotechnologies.com

Berita terkini melalui @WeDoNews

Hubungi

QUEXOR GROUP INC. 

Barbara Henris
bhenris@quexor.com 
Tel. Bimbit: +1(703)470-9446

Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat - WeDo Technologies
Inez Corrêa de Sá
inez.sa@wedotechnologies.com
Tel. Bimbit: +351-939650788

Pemasaran Produk dan Perhubungan Penganalisis - WeDo Technologies
Carlos Marques
Carlos.Marques@wedotechnologies.com   
Tel. Bimbit: +351-939650124

Sumber: WeDo Technologies

Source: WeDo Technologies
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Data Analytics