omniture

Undi untuk 'TOEFL® Word of the Year' Sempena Bulan Bahasa Inggeris

Educational Testing Service-TOEFL
2018-04-11 21:00 696

PRINCETON, New Jersey, 11 April 2018 /PRNewswire/ -- Orang ramai daripada semua peringkat usia diundang untuk menyambut bulan April sebagai Bulan Bahasa Inggeris dengan mengundi untuk "TOEFL® Word of the Year." Sila layari www.toeflgoanywhere.org/english-language-month untuk membuang undi anda.

Bulan Bahasa Inggeris, diwujudkan tahun ini menerusi perkongsian dengan Program TOEFL® ETS, ialah satu perayaan keunikan Bahasa Inggeris dan pelajar yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasainya. Dalam dunia yang mempunyai lebih 7 bilion penduduk, Bahasa Inggeris menjadi kuasa yang menyatukan, menghimpunkan orang ramai daripada latar belakang berbeza menerusi pendidikan, bidang kerja, perniagaan, komunikasi harian dan budaya pop. Para pelajar berusaha mempelajari sedikit sebanyak Bahasa Inggeris kerana ia merupakan bahasa pengantar dalam banyak universiti ternama di seluruh dunia.

Inspirasi untuk bulan ini lahir daripada Hari Bahasa Inggeris (23 April), yang diwujudkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 2010 bagi meraikan kepelbagaian bahasa dan budaya, menurut laman PBB.

"Semua bahasa mempunyai perkataan yang mana, dengan hanya mendengar atau membacanya, dapat menginspirasikan kita untuk menjadi lebih baik berbanding diri kita hari ini, serta berusaha memperbaiki diri sendiri," kata Jennifer Brown, Pengarah Eksekutif Program TOEFL ETS. "Pengundian untuk Perkataan Tahunan TOEFL bertujuan untuk menjadi cara yang menyeronokkan untuk mengekspresikan perkataan Bahasa Inggeris yang anda rasakan paling indah, bermakna atau berkuasa."

Calon-calon boleh mengundi satu daripada tujuh perkataan yang telah dipilih terlebih dahulu oleh sepasukan pengulas antarabangsa yang bekerja dalam bidang berkaitan Bahasa Inggeris. Finalis tujuh perkataan tersebut dipilih kerana ia mengandungi satu atau lebih daripada ciri-ciri berikut: mempunyai pelbagai maksud; digunakan dalam pelbagai konteks; atau dapat berfungsi sebagai lebih daripada satu golongan kata. "Kewibawaan" dan "pemerkasaan" ialah dua daripada finalis perkataan berkenaan.

Rangkaian Penilaian TOEFL® membantu individu dan pendidik menilai kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar bermula daripada umur 8 tahun sehingga dewasa. Penilaian asasnya ialah ujian TOEFL iBT®, penilaian Bahasa Inggeris yang paling disegani di seluruh dunia, diiktiraf oleh lebih 10,000 institusi di lebih 130 negara – termasuk destinasi-destinasi pengajian luar negara yang terkenal, seperti Australia, Kanada, China, Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Untuk maklumat lanjut dan untuk mengundi " TOEFL Word of the Year," layari www.toeflgoanywhere.org/english-language-month

 

 

Source: Educational Testing Service-TOEFL
Keywords: Education Children-related news Not for profit Survey, Polls & Research