omniture

Holiday Swap Telah Tiba, Singkirkan Kos Penginapan Perjalanan daripada Ekonomi Perkongsian Hari ini

Holiday Swap
2018-04-12 08:00 868

LONDON, 12 April 2018 /PRNewswire/ --

Dicipta oleh James Asquith (yang memecahkan Guinness World Record sebagai orang termuda mengembara ke semua 196 negara di dunia dalam tempoh 5 tahun), Holiday Swap mengurangkan salah satu kos perjalanan terbesar – penginapan.

generated by system

generated by system

Dengan memadankan pelancong yang berfikiran sealiran, sesiapa sahaja boleh berhubung untuk mengembara sekarang atau mempunyai tempat tinggal di masa hadapan, menggunakan aset yang anda miliki, rumah anda malahan bilik anda, dan anda tidak perlu untuk memiliki ruang yang anda tukarkan. Asquith berkata, "Soalan yang sering ditanyakan kepada saya ialah daripada orang yang ingin lebih banyak menjelajah tetapi ramai yang tidak mempunyai peruntukan untuk berbuat sedemikian, dan sudah pasti tidak selalu dapat melakukannya."

Dari sinilah timbulnya idea Holiday Swap. Sebuah aplikasi yang membolehkan kita untuk bertukar apa sahaja bermula dengan vila pantai atau rumah emper kepada sebuah bilik dengan pelancong lain di mana sahaja di dunia untuk hanya $1 semalam. Sudah berada dalam pemerhatian beberapa syarikat teknologi terbesar di dunia, Asquith ingin menggabungkan Teknologi dan Perjalanan untuk membolehkan setiap orang untuk mengecapi perjalanan ke seluruh dunia dengan lebih banyak dan pada masa yang sama mengurangkan kos. Ini membolehkan pelancong untuk menggunakan lebih banyak peruntukan mereka pada penerbangan ke destinasi yang jauh dan pada pengalaman, dan bukannya untuk tempat tidur. 

"Generasi milenia ialah masa hadapan dan generasi ini mahukan lebih dengan kurang perbelanjaan. Dengan pertumbuhan teknologi, kita membina komuniti perkongsian global sebenar, di mana kita sebenarnya boleh menggunakan aset yang kita miliki untuk meneroka dunia dengan lebih banyak lagi," kata Asquith.

Sudahpun dikenali sebagai 'pencetus perjalanan' dan dikatakan sebagai pesaing utama kepada Air BnB, Holiday Swap telah berkembang ke 50 negara, dan Asquith percaya ia kerana aplikasi ini meletakkan semula kuasa di tangan pengguna. "Tidak lagi hanya mampu merasa iri hati melihat pengembaraan orang lain dan melihat senarai perkara yang perlu dilakukan sebelum meninggal dunia yang semakin panjang yang terhasil daripada media sosial yang tradisional, kami mahu membolehkan orang ramai melihat tempat-tempat ini, jadi anda juga boleh menggunakan hubungan anda sebagai pemandu pelancong maya." Dari Los Angeles ke Sydney dan Brazil ke Jepun, Holiday Swap mengubah cara kita melancong dan dengan janji ganjaran akan datang untuk ahli (bermula dengan penerbangan percuma ke safari Gorila Uganda), mungkin juga percutian percuma benar-benar wujud. Guna kod 'FreeSwap' pada aplikasi hari ini untuk bermula.

http://www.holidayswap.com/

Sumber: Holiday Swap

 

Source: Holiday Swap
Keywords: Computer/Electronics Mobile Entertainment Travel New products/services