omniture

Pemain Penstriman Sukan Secara Langsung Serba-Baharu - beIN SPORTS CONNECT - Kini Disediakan di Malaysia dan Singapura!

Peminat bakal nikmati akses percuma hujung minggu ini
beIN ASIA PACIFIC
2018-04-12 15:01 754

KUALA LUMPUR, Malaysia dan SINGAPURA, 12 April 2018 /PRNewswire/ -- beIN SPORTS CONNECT, pemain penstriman sukan SECARA LANGSUNG, menawarkan akses percuma pada hujung minggu ini mulai hari Sabtu, 14 April jam 0000 hingga Isnin, 16 April jam 0800. Dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat media berbilang platform beIN Asia Pasifik, beIN SPORTS CONNECT menjanjikan akses tiada tandingan beberapa aksi bola sepak terbaik dari serata dunia termasuk LaLiga dan Ligue 1 kepada peminat-peminat sukan bola sepak tempatan.

Selain menawarkan kesemua 380 perlawanan LaLiga SECARA LANGSUNG bagi setiap musim, peminat-peminat juga boleh mengikuti kelab-kelab utama Perancis dalam Ligue 1. Liputan bola sepak yang lain termasuk perlawanan Istanbul yang bersemangat daripada Liga Süper Turki dan salah satu liga utama AsiaLiga-A Hyundai.

Peminat-peminat Barcelona berpeluang menyaksikan pencapaian bersejarah dalam LaLiga pada hujung minggu ini apabila pemain-pemain Catalonia menentang Valencia dan mengatasi rekod tanpa kalah Real Sociedad sebanyak 38 perlawanan berturut-turut yang dipertahankan sejak tahun 1980. Paris Saint-Germain berkemungkinan menjadi juara Ligue 1 2017/18 sekiranya mereka berjaya menjaringkan kemenangan ke atas Monaco. Ia merupakan satu perlawanan yang lain daripada yang lain apabila kelab-kelab bola sepak Turki utama -- Başakşehir dan Galatasaray bersaing bagi merebut gelaran juara. Sila tetapkan peringatan pada beIN SPORTS CONNECT untuk perlawanan-perlawanan berikut:

LaLiga 
Barcelona lwn Valencia, 14 April, jam 2210

Ligue 1 
PSG lwn Monaco, 16 April, jam 0255

Liga Süper Turki
Galatasaray lwn Başakşehir, 15 April, jam 1155

Melalui beIN SPORTS CONNECT, pengguna-pengguna boleh memilih daripada pelbagai pilihan perlawanan SECARA LANGSUNG melalui mana-mana peranti mudah alih terhubung, komputer riba atau komputer meja. Mereka juga boleh menghentikan sejenak dan memutar balik perlawanan SECARA LANGSUNG, menikmati pengalaman skrin besar menggunakan Chromecast atau Apple TV serta menonton perlawanan dalam HD. Dengan semua ciri-ciri menarik ini, pengguna akan mendapat kawalan sepenuhnya terhadap agenda tontonan mereka.

beIN SPORTS CONNECT ditawarkan pada harga RM$20 / SGD9.98 sebulan. Untuk melanggan, peminat-peminat boleh melayari connect-my.beinsports.com / connect-sg.beinsports.com atau memuat turun aplikasi dari Google Play Store atau Apple App Store.

Latar Belakang beIN ASIA PACIFIC

beIN Asia Pacific ialah sebuah syarikat media berbilang platform. Menawarkan barisan acara sukan secara langsung yang cemerlang melalui jenama premiumnya, beIN SPORTS, kami menawarkan perkhidmatan kepada peminat-peminat tegar dengan liputan, berita dan analisis hebat terhadap liga-liga dan perlawanan utama dari seluruh dunia, serta kandungan eksklusif dan belum pernah ditayangkan. beIN SPORTS tersedia di 11 negara di rantau Asia Pasifik. Beribu pejabat di Singapura, kami merupakan sebahagian daripada beIN Media Group, syarikat media dan hiburan global yang paling pantas berkembang dengan lebih 60 saluran seluruh dunia. Kumpulan ini turut memiliki MIRAMAX dan platform-platform TV-berbayar di MENA dan Turki. Untuk maklumat lanjut, layari beinmediagroup.com.

Hubungi:

Magdalene Ng 
ngma@bein.net 
+65 9842 7007                           

Source: beIN ASIA PACIFIC
Keywords: Internet Technology Multimedia/Online/Internet Sporting Events Sports Telecommunications New products/services