omniture

Trilliant Cecah 10 Juta Sambungan Titik Akhir di United Kingdom

Trilliant
2018-04-12 20:00 727

RALEIGH, Carolina Utara, 12 April 2018 /PRNewswire/ -- Peneraju penyelesaian komunikasi global Trilliant Networks, iaitu penyedia teknologi utama bagi penyelesaian AMI yang paling banyak digunakan di United Kingdom, kini menghubungkan lebih sepuluh juta titik akhir termasuk meter gas, meter elektrik dan paparan dalam rumah di seluruh UK.

Berbilang penyelesaian Trilliant menghubungkan paparan dalam rumah pengguna dan menyediakan data meter kepada peruncit, yang menjurus kepada penyerahan maklumat yang boleh digunakan oleh pengguna dan peruncit bagi mengurus tenaga dengan lebih cekap. Baru-baru ini, Trilliant menggunakan penyelesaian Pengendali Sistem Meter Pintar (SMSO) bagi menyediakan AMI yang selamat dan terurus dalam infrastruktur awan bagi melengkapi penggunaan berskala luas yang sedia ada di UK.

"Sepuluh juta titik akhir di United Kingdom adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan," kata Andy White, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Trilliant. "Kami membangunkan dan menggunakan teknologi, penyelesaian dan perkhidmatan yang menggabungkan peralatan dan pengetahuan bagi memberi manfaat kepada peruncit tenaga dan pengguna dengan memberikan keterlihatan kepada penggunaan tenaga."

Pendekatan unik Trilliant menonjolkan satu-satunya platform komunikasi seluruh perusahaan dalam industri tenaga yang berasaskan penyelesaian yang selamat, mengikut piawaian, berbilang teknologi dan berspektrum terbuka. Ini bermakna ia dapat mengurus dan memantau keperluan masa kini dan keperluan masa depan yang semakin terhubung, seraya memberikan pulangan pelaburan (ROI) yang kukuh kepada pembekal tenaga.

Latar Belakang Trilliant
Trilliant® memperkasa industri tenaga dengan satu-satunya platform komunikasi binaan khas yang membolehkan utiliti dan bandar menggunakan sebarang aplikasi dengan selamat dan andal - melalui satu rangkaian berkuasa. Dengan penyelesaian paling terbukti dalam lapangan dan mematuhi peraturan secara global dalam pasaran, Trilliant memperkasa anda dengan menghubungkan dunia komunikasi benda (world of things™). www.trilliant.com

Logo- https://mma.prnewswire.com/media/171757/trilliant_logo.jpg

 

Source: Trilliant
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Electrical Utilities Gas Oil/Energy Utilities