omniture

"Garage/BMW : Geran Seni /Teknologi": BMW Group Rusia dan Muzium Seni Kontemporari Garage Umum Penerima Pertama

BMW Group
2018-04-12 23:40 690

MOSCOW, 12 April 2018 /PRNewswire/ --

Sergey Kasich ialah penerima pertama bagi program usaha sama "Garage/BMW : Geran Seni/Teknologi" oleh BMW Group Rusia dan Muzium Seni Kontemporari Garage yang diumumkan pada hari Selasa baru-baru ini. Program geran ini bertujuan untuk menyokong projek-projek seni individu dan berkumpulan dalam bidang IT, kejuruteraan dan seni sains. Sepanjang tempoh satu tahun, Kasich akan menerima biasiswa bulanan dan akan berpeluang melaksanakan projek seni beliau "Spaces of Silence" ("Ruang-ruang yang Hening"). Seniman ini akan turut berpeluang untuk berunding dengan pereka dan jurutera BMW serta mengunjungi Muzium BMW dan lokasi-lokasi lain yang berkaitan.

generated by system

generated by system

Projek Sergey Kasich "Spaces of Silence" ("Ruang-ruang yang Hening")  

Saban tahun, persekitaran akustik di bandar-bandar moden menjadi semakin hingar bingar. Terbukti bahawa rangsangan pendengaran yang berlebihan boleh menjejaskan tahap kesejahteraan manusia. Kasich mencadangkan untuk mengekalkan keheningan dengan bantuan projek seni awam hibrid.

Projek ini membabitkan pengukuran tahap hingar di sesebuah bandar, pengesanan kawasan hingar dan hening serta pewujudan struktur-struktur khas di lokasi-lokasi terpilih yang dihasilkan daripada skrin penyerap hingar dengan permukaan gema di bahagian dalamnya. Ruang-ruang ini terlindung daripada hingar meskipun dibiarkan dalam keadaan terbuka sebaik mungkin bagi mewujudkan persekitaran unik demi mengalami bunyi-bunyian dengan cara yang tidak dijangkakan.   

Perkongsian dengan Muzium Garage  

Melalui perkongsian ini, BMW Group menyasarkan untuk menjadikan seni dan budaya lebih mudah diakses serta turut menyokong seni kontemporari di Rusia.

BMW Group Rusia menumpukan usaha-usaha khususnya terhadap segmen Seni dan Teknologi yang baru disertakan - Geran Seni/Teknologi menawarkan kebebasan kewangan kepada seniman-seniman yang baru muncul dan membolehkan mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti kreatif, demi meningkat maju secara profesional dan menjalankan penyelidikan.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi: 
Dr Thomas Girst
Hal Ehwal Korporat dan Antara Kerajaan BMW Group
Ketua Penglibatan Kebudayaan
Telefon: +49-89-382-24753

BMW AG
80788 München
Telefon: +49-89-382-20067
Internet: http://www.bmwgroup.com

Source: BMW Group
Keywords: Art Auto Transportation Awards STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)