omniture

Forum Perniagaan Asia Pasifik 2018: Gabenor wilayah dan pemimpin pemikiran berhimpun majukan transformasi digital

Hong Kong Cyberport Management Company Limited
2018-04-13 02:25 1008

HONG KONG, 13 April 2018 /PRNewswire/ -- Julung kalinya diadakan di Hong Kong, Forum Perniagaan Asia Pasifik (APBF) 2018 yang berlangsung mulai 10 hingga 11 April 2018 di Cyberport, melabuhkan tirai dengan jayanya hari ini. Dianjurkan bersama-sama Cyberport dan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia dan Pasifik (ESCAP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, APBF menyasarkan untuk mengenal pasti bagaimana penglibatan perniagaan dalam mencapai pembangunan inklusif dan mampan di rantau Asia Pasifik dapat diperkukuhkan. Dengan sokongan Biro Inovasi dan Teknologi Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), APBF menghimpunkan pemimpin-pemimpin industri utama di seluruh rantau Asia Pasifik untuk bertukar-tukar pandangan berkisarkan tema "Memanfaatkan Perniagaan bagi Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan melalui Teknologi, Inovasi dan Pembiayaan." Forum ini menumpu untuk meneroka bagaimana inovasi, teknologi dan pembiayaan yang diterajui oleh sektor swasta dapat menggalakkan pertumbuhan yang mampan di seluruh rantau ini.

Forum Perniagaan Asia-Pasifik menggalakkan pembentukan hubungan penting antara para pegawai kerajaan serantau, pemimpin dan penyelidik industri.
Forum Perniagaan Asia-Pasifik menggalakkan pembentukan hubungan penting antara para pegawai kerajaan serantau, pemimpin dan penyelidik industri.

Agenda selama dua hari itu padat dengan pandangan daripada pemimpin kerajaan yang disegani, ilmuwan mahupun pemimpin perniagaan, termasuk En. Mahbubur RAHMAN, Presiden, Majlis Eksekutif Jaringan Perniagaan Mampan ESCAP dan Presiden Eksekutif Jaringan Perniagaan Mampan ESCAP, Dr. Shamshad AKHTAR, Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Setiausaha Eksekutif ESCAP serta En. Paul CHAN Mo-po, Setiausaha Kewangan HKSAR. Barisan eksekutif utama daripada syarikat-syarikat perusahaan seperti KPMG, Microsoft, HSBC dan banyak lagi turut hadir bagi menyampaikan pandangan daripada sektor swasta tentang bidang-bidang seperti pemupukan ekosistem syarikat baharu di Asia, aplikasi tenaga pintar dan impak kecerdasan buatan terhadap tenaga kerja.

"Kita mempunyai begitu ramai pemimpin industri hebat yang menghadiri APBF tahun ini. Pemahaman yang kukuh terhadap teknologi, inovasi, kemampanan dan hubungan kerja antara kerajaan dan sektor swasta menjadi petanda baik untuk pencapaian Matlamat Kelestarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan terus memajukan rantau Asia Pasifik," kata En. Mahbubur RAHMAN, Presiden, Majlis Eksekutif Jaringan Perniagaan Mampan ESCAP.

Asas utama bagi acara ini ialah pandangan tentang sejauh mana pembangunan perdagangan, pelbagai inovasi digital, pemudahan hab data besar dan penakrifan semula rantaian bekalan telah mendorong masa depan inisiatif "Jalan Sutera Digital". Sebagai salah satu hab teknologi digital yang utama di Asia, Cyberport telah mempelopori transformasi digital di Hong Kong, menawarkan sokongan inkubasi rangkaian penuh dan perkhidmatan bernilai tambah bagi menggalakkan kolaborasi antara perusahaan, memupuk bakat untuk industri dan menggalakkan transformasi digital yang mewujudkan dorongan baharu dalam era ekonomi baharu ini.

"Meskipun Asia Pasifik menjangkaui pelbagai budaya dan negara, teknologi digital masa kini melangkaui sempadan geografinya untuk menjadikan suatu yang pernah dianggap mustahil menjadi kenyataan. Cyberport akan terus menggalakkan transformasi digital antara syarikat-syarikat Hong Kong, memanfaatkan teknologi digital dan inisiatif "Jalan Sutera Digital" bagi membawakan inovasi dan pembangunan mampan ke negara-negara ini," kata Dr. Lee George LAM, Pengerusi Hong Kong Cyberport Management Company dan Naib Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia dan Pasifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCAP).

Dr. Lam turut berterima kasih atas sokongan hebat daripada rakan-rakan kongsi acara seperti BOA Financial Group, Chong Sing Holdings FinTech Group Limited, ICBC, EY, Eurasia Continental Fintech dan banyak lagi, yang memberikan sumbangan amat diperlukan dalam menjayakan Forum ini.

Susulan kejayaan APBF ialah Sidang Kemuncak Ekonomi Internet 2018 yang diadakan mulai 12 hingga 13 April di Pusat Konvensyen & Pameran Hong Kong. Dianjurkan bersama Kerajaan HKSAR dan Cyberport, Sidang Kemuncak tersebut akan terus mengubah pandangan daripada APBF menjadi peluang-peluang perniagaan dan aplikasi industri. Sidang Kemuncak tersebut, bertumpu pada ekonomi digital di bawah tema "Dorongan Baharu untuk Ekonomi Baharu", akan menghimpunkan syarikat teknologi multinasional, syarikat gergasi internet, pemimpin perniagaan dan syarikat baharu teknologi untuk berkongsi trend industri, strategi dan amalan terbaik, selain merebut peluang yang dibawakan oleh ekonomi baharu.

Lebih banyak foto acara bagi forum ini boleh dimuat turun di:
https://drive.google.com/drive/folders/1HWmjntXuXG5EpPp1Oi9dUvXhTC8MpFHj

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180411/2102348-1

Source: Hong Kong Cyberport Management Company Limited
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news