omniture

Bandar Purba China Xi'an Tuan Rumah Ekspo Logistik dalam Usaha Jadi Hab Logistik Dunia

The Western China International Logistics Industry Expo
2018-04-13 02:33 1041

XI'AN, China, 13 April 2018 /PRNewswire/ -- Ekspo Industri Logistik Antarabangsa China Barat (Ekspo), perhimpunan pemimpin dan pakar utama dalam industri pengangkutan dan logistik di China, telah berakhir di hab pengangkutan dan perindustrian barat laut Xi'an. Lebih 100 syarikat dan institusi berkongsi visi mereka untuk membantu bandar purba ini menghidupkan semula kegemilangan masa lalunya sebagai hab logistik dunia dan titik permulaan Jalan Sutera purba dengan memanfaatkan peranan utamanya dalam Inisiatif Jalur & Jalan (B&RI) Beijing, yang direka bentuk untuk menghubungkan negara-negara Eurasia melalui projek-projek pengangkutan dan infrastruktur logistik baharu.

The Eighth Western China International Logistics Industry Expo is Hosted in Xi'an April. 10th 2018 by Guogang Shao
The Eighth Western China International Logistics Industry Expo is Hosted in Xi'an April. 10th 2018 by Guogang Shao

Ekspo ini, yang mana para peserta termasuk gergasi peralatan landasan keretapi CRRC dan cabang logistik JD.com dan HNA Group, berusaha untuk mempromosi logistik moden dan pengangkutan pintar melalui platform yang dikongsi, dan mendorong pembaharuan bahagian bekalan dan peningkatan ekonomi China melalui inisiatif besar keterhubungan yang memudahkan aliran perdagangan dan logistik antara timur dan barat China dan seterusnya ke negara-negara di sepanjang B&RI.

"Ekspo ini ialah pemacu utama pembangunan di rantau ini, dan kami sangat gembira kerana acara tahun ini menarik banyak syarikat terkemuka yang berminat untuk mengambil kesempatan ke atas manfaat yang ditawarkan oleh B&RI," pegawai Ekspo Industri Logistik Antarabangsa China Barat berkata. "Xi'an, hab pengangkutan dan logistik China, mesti menyatukan kedudukannya dengan menubuhkan infrastruktur logistik moden, menyemai perniagaan logistik bernilai trilion yuan, dan memperlihatkan pengaruhnya ke wilayah-wilayah di barat China dan di sepanjang Jalan Sutera moden China, atau Jalur & Jalan."

Terletak di tengah-tengah China, Xi'an telah membina rangka kerja awal untuk logistik yang mula menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembukaan bandar ini. Dalam tahun 2017, Xi'an mencatatkan 254.5 bilion yuan (US$40.2 bilion) dalam jumlah import dan eksport, meningkat 39.1 peratus dari tahun sebelumnya. Eksport melonjak 63.9 peratus kepada 155.2 bilion yuan (US$24.7 bilion), sementara import meningkat 12.5 peratus kepada 99.3 bilion yuan (US$15.8 bilion).

Dalam usaha untuk memanfaatkan pertumbuhan ini, JD.com telah menubuhkan ibu pejabat logistik globalnya di Xi'an, manakala HNA juga telah meletakkan pusat logistik modennya di bandar ini. Sementara itu, Xi'an telah menjana pelaburan daripada gergasi teknologi China dan global utama termasuk Alibaba, Tencent, Huawei dan ZTE, yang berusaha untuk memperoleh peluang pembangunan bersejarah di bandar ini. Syarikat-syarikat terkenal lain yang merancakkan pelaburan di Xi'an termasuk Suning, ZTO Express, YTO Express, China Railway Group dan China State Construction.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara ini, sila layari http://www.xa.gov.cn/ptl/index.html.

Latar Belakang Ekspo Industri Logistik Antarabangsa Barat China

Dicipta oleh Majlis Perbandaran Kerajaan Rakyat Xi'an dalam tahun 2010 sebagai tindakbalas kepada keutamaan yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Negeri dan Kementerian Perdagangan Republik Rakyat China, Ekspo Industri Logistik Antarabangsa China Barat (Ekspo) merupakan perhimpunan pemimpin dan pakar utama dalam industri pengangkutan dan logistik di China.

Foto  - https://photos.prnasia.com/prnh/20180412/2103387-1

Source: The Western China International Logistics Industry Expo
Keywords: Transportation Trade show news