BOAO, China, 13 April 2018 /PRNewswire/ -- "Ekonomi perkongsian" sekali lagi menjadi tumpuan di Asia. Semasa Forum Boao untuk Asia (BFA) 2018, iaitu forum Asia yang setara dengan Forum Ekonomi Dunia, usahawan-usahawan ternama dalam perniagaan ekonomi perkongsian Cina berhimpun dalam sesi panel bagi membincangkan tentang masa depan industri berkenaan. Chen Chi, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Xiaozhu.com, platform perkongsian rumah yang terkemuka dan paling pesat berkembang di negara ini, diundang untuk berucap dalam sesi yang bertajuk "Ekonomi Perkongsian: Mulakan Usaha dengan Bersungguh-sungguh."
Menurut laporan oleh Pusat Maklumat Negeri China, pasaran perkongsian rumah Cina berkembang 70.6% pada tahun 2017, mencapai tahap kepantasan pertumbuhan yang dipercepatkan. "Setelah lebih 5 tahun menjalani pembangunan, perkongsian rumah telahpun bertapak kukuh di China, dan dalam masa yang sama ia turut menembusi ke bandar-bandar peringkat lebih rendah dan juga kawasan desa dengan pantas," ulas Chen Chi. Melalui platform Xiaozhu, seperti yang dinyatakan oleh Chen, bandar-bandar 2 peringkat seperti Tianjin, Chongqing dan Changsha adalah antara pasaran yang paling pesat berkembang. Apabila menyebutkan tentang keberuntungan dalam platform-platform ekonomi perkongsian di China, Chen mendedahkan bahawa Xiaozhu telahpun membangunkan model perniagaan yang mantap dan menguntungkan.
Apabila ditanyakan mengenai pergerakan aktif yang dibuat oleh Airbnb baru-baru ini di China, Chen berkata ini merupakan satu contoh bagaimana syarikat-syarikat asing mempelajari daripada syarikat-syarikat Cina, dari segi penyetempatan dan inovasi perniagaan. Daya saing Xiaozhu, seperti mana yang ditekankan oleh Chen, terletak pada keupayaan perkhidmatan luar talian yang kukuh, yang mengenakan syarat yang ketat dalam falsafah dan pelaksanaan pasukan. Syarikat ini telah menumpukan usaha yang hebat bagi membina sistem perkhidmatan dan infrastruktur sejak dari awal, yang berbeza daripada pesaing ASnya.
Diasaskan pada tahun 2012, Xiaozhu.com adalah antara platform perkongsian rumah yang terbesar di China. Pada November 2017, syarikat mengumumkan ia telah mengumpul sebanyak $120 juta dalam pusingan pembiayaan terkini, dipimpin oleh Yunfeng Capital yang mendapat sokongan Jack Ma.