omniture

Harvest Fund Management Jadi Penandatangan Prinsip-prinsip Pelaburan Bertanggungjawab

Harvest Global Investments Limited
2018-04-13 14:19 1074

HONG KONG13 April 2018 /PRNewswire/ -- Harvest Fund Management ("Harvest"), pengurus aset terkemuka yang mengkhusus dalam pasaran-pasaran Asia serta China dengan Aset di bawah Pengurusan (AuM) berjumlah US$124 bilion (setakat 31 Disember 2017), secara rasminya menandatangani Prinsip-prinsip Pelaburan Bertanggungjawab (PRI), seraya menjadi salah satu pengurus aset Cina pertama yang menyatakan komitmen terhadap pelaburan mampan.

PRI dimulakan oleh mantan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Kofi Annan pada tahun 2006, dan bertujuan untuk membantu pelabur-pelabur memahami impak isu-isu Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) terhadap pelaburan dan menggalakkan penandatangan-penandatangan untuk merangkumkan isu-isu berkenaan ke dalam pelaburan serta proses membuat keputusan.

Dr. Henry Zhao, Pengerusi Kumpulan Harvest berkata, "Industri pengurusan aset Cina telah memasuki tahap pembangunan baharu dan pelaburan yang bertanggungjawab menjadi trend yang pasti berlaku di China. Sebagai pengurus aset utama di China dengan visi jangka panjang, menjadi tanggungjawab kami untuk memainkan peranan positif dalam pembangunan mampan untuk pasaran-pasaran modal, dan membantu menggalakkan pertumbuhan berkualiti untuk ekonomi. Kami juga percaya pelaburan bertanggungjawab adalah penting untuk mencapai pulangan jangka panjang serta mengurangkan risiko tambahan kepada pelanggan kami."

Menjadi penandatangan PRI rasmi adalah titik bukti yang penting komitmen Harvest terhadap pelaburan mampan. Thomas Kwan, Ketua Pegawai Pelaburan Harvest Global Investments ("HGI"), akan memimpin inisiatif strategik Kumpulan terhadap pelaburan yang bertanggungjawab. En. Kwan juga telahpun mula menubuhkan pasukan ESG bersama pakar-pakar yang berpangkalan di Beijing dan Hong Kong. Harvest bermatlamat untuk melaksanakan proses ESG yang formal dan komprehensif dalam seluruh kelas aset utama, dan turut menggabungkan analisis ESG ke dalam proses membuat keputusan penyelidikan dan pelaburan.

"Sebagai pengurus aset yang utama di China, kami berhasrat untuk membangunkan keupayaan penyelidikan dan pelaburan ESG yang terbaik dalam kelasnya di Harvest," kata En. Kwan. "Kami ingin menjadi pelopor untuk pembangunan mampan dalam industri kewangan China dan Harvest akan kekal berada di hadapan bagi menggalakkan sokongan dan kolaborasi ESG antara peserta-peserta pasaran modal. Harvest akan berusaha bersama-sama rakan sejawat, pemilik aset, syarikat yang tersenarai dan pengusaha pasaran kewangan yang lain bagi mewujudkan sistem kewangan yang cekap serta mampan di China dan meneruskan pembangunan kewangan mesra alam negara."

"Penyertaan Harvest Fund Management dalam PRI ialah langkah yang amat penting yang memberi petanda kukuh kepada pengurus-pengurus aset lain di China tentang kepentingan pelaburan mampan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Fiona Reynolds. "Kami dapat menyaksikan minat terhadap ESG semakin berkembang pesat dalam seluruh pasaran Asia dan kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Harvest Fund Management ke dalam PRI dan berharap dapat bekerjasama dengan mereka pada bulan-bulan akan datang."

Harvest telah lama menyedari trend ESG sebelum menyertai UN PRI, dan telah melabur berdasarkan prinsip-prinsip ESG tertentu. Tadbir urus korporat merupakan faktor risiko utama yang terdapat dalam proses pelaburan Harvest manakala faktor-faktor sosial diambil kira untuk penyelidikan makro. Harvest turut melancarkan beberapa produk tematik yang bertumpu pada alam sekitar – dan Indeks yang pertama seumpamanya menyasarkan teknologi alam sekitar sebagai kriteria inklusi utama dengan kolaborasi bersama Indeks Sekuriti China (CSI).

Latar Belakang Harvest Fund Management

Ditubuhkan pada tahun 1999, Harvest Fund Management Co. Ltd. ("Harvest") ialah pelopor dalam industri pengurusan aset Cina. Harvest berkembang menjadi pengurus aset berlesen sepenuhnya, mewujudkan dan mengurus perniagaan termasuk dana bersama, pelaburan institusi, dana pencen, pelaburan luar negara, ekuiti persendirian dan pengurusan kekayaan. Harvest turut membangunkan platform komprehensif bagi membolehkan pelanggan melabur dalam pasaran-pasaran utama dan sekunder. Harvest telah menerajui industri dalam pengumpulan dana sepanjang dekad lalu, dengan AUM berjumlah USD 124 bilion, menjelang akhir tahun 2017. Berpandukan falsafah operasi kami, "maju dengan visi", kami menyediakan perkhidmatan pengurusan kekayaan yang bertaraf profesional serta berkualiti tinggi kepada lebih 50 juta pelabur.

Latar Belakang Harvest Global Investments

Harvest Global Investments ("HGI"), ditubuhkan pada tahun 2008, mempunyai pejabat-pejabat di Hong Kong, London dan New York. HGI menggabungkan pasukan antarabangsa yang amat berpengalaman dengan pengetahuan dan maklumat di lapangan bagi memberi pulangan unggul daripada pasaran-pasaran Asia serta Cina kepada pelabur-pelabur global.

Perhubungan Media

Hamilton Advisors Ltd.
Robert T. Grieves
+852 9305 1810
rgrieves@hamiltonadvisorsltd.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180306/2069274-1LOGO

Source: Harvest Global Investments Limited
Keywords: Banking/Financial Service Economic news, trends, analysis