omniture

Menarini Ricerche Bentangkan Data Praklinikal Terkini Tentang Perencat PI3K MEN1611 di Mesyuarat Tahunan AACR 2018

Menarini Ricerche
2018-04-13 19:40 959

POMEZIA, Itali, 13 April 2018 /PRNewswire/ -- Menarini Ricerche akan membentangkan tentang kajian praklinikal terkini untuk perencat kelas I fosfatidilinositol 3-kinase (PI3K) MEN1611 yang dibangunkan untuk tumor pepejal, di Mesyuarat Tahunan AACR 2018, yang akan diadakan pada 14-18 April 2018 di Chicago, Illinois, AS.

Keputusan daripada kajian praklinikal ini akan dipaparkan dalam dua poster. Poster pertama, bertajuk "MEN1611, perencat PI3K selektif-α baharu dalam tumor pepejal", memperlihatkan aktiviti antitumor in-vitro dan in-vivo MEN1611, menunjukkan kesan sinergi digabungkan dengan beberapa terapi sasaran dalam kultur sel dan model xenograft bagi jenis-jenis tumor berbeza yang diperoleh daripada pesakit. Poster kedua, bertajuk "Peranan MEN1611, perencat PI3-Kinase (PI3K) kelas I, dalam pemprograman semula persekitaran radang pro-tumor", mengkaji peranan MEN1611 dalam menyasarkan sel-sel radang dalam persekitaran mikro tumor, melalui kebolehannya merencatkan isoform PI3Kϒ yang diekspresikan oleh sel-sel mieloid.

Keputusan daripada program-program penyelidikan & pembangunan (R&D) Menarini Ricerche akan dibentangkan dalam sesi-sesi poster berikut: "MEN1611, perencat PI3K selektif-α baharu dalam tumor pepejal" No. Abstrak 2160, akan diadakan pada hari Isnin, 16 April antara jam 1:00 PETANG - 5:00 PETANG, semasa sesi "Terapeutik Translasi dalam Model Kanser 2" di McCormick Place South, Dewan Pameran A, Bahagian Poster 7, Papan Poster #15.

"Peranan MEN1611, perencat PI3-Kinase (PI3K) kelas I, dalam pemprograman semula persekitaran radang pro-tumor" No. Abstrak 2145, akan diadakan pada hari Isnin, 16 April, antara jam 1:00 PETANG - 5:00 PETANG, semasa sesi "Persekitaran Mikro Metastatik" di McCormick Place South, Dewan Pameran A, Bahagian Poster 6, Papan Poster #30.

Latar Belakang MEN1611 

MEN1611 ialah perencat selektif kelas I PI3-Kinase baharu yang boleh diambil secara oral, menyasarkan isoform PI3Kα mutan dan PI3Kϒ dengan kepotenan nanomolar. Keputusan daripada kajian Fasa I menunjukkan bahawa MEN1611 boleh diterima dengan baik dan dos maksimum yang boleh diterima telah ditentukan. MEN1611 akan memasuki kajian kombinasi Fasa IB tahun ini bagi pesakit kanser payudara yang mempunyai mutasi dalam gen PI3K.

Latar Belakang Menarini Group 

Menarini Group, yang beribu pejabat di Florence, berada di 136 negara seluruh dunia dan menggaji 17,000 kakitangan. Dengan perolehan mencecah 3.6 bilion Euro, hari ini Menarini merupakan syarikat ke-13 di Eropah daripada 5,345 syarikat dan syarikat ke-35 seluruh dunia daripada 21,587 syarikat (sumber: IQVIA). Menarini mempunyai 6 pusat Penyelidikan & Pembangunan manakala produk-produknya terdapat di segmen-segmen terapeutik paling penting termasuk kardiologi, gastroenterologi, pneumologi, penyakit berjangkit, diabetologi, keradangan dan analgesik. Produk-produk Menarini dikilangkan di 16 tapak pengeluaran Kumpulan, di Itali dan luar negara, yang mana lebih 583 juta pek dihasilkan dan diedarkan di lima benua setiap tahun. Melalui produk-produk farmaseutikal, Menarini menyumbang secara berterusan dan pada tahap piawaian berkualiti tertinggi demi kesihatan pesakit di seluruh dunia.

Menarini Group sentiasa berusaha mencapai dua objektif strategik: penyelidikan dan pengantarabangsaan, dan memiliki komitmen teguh terhadap penyelidikan dan pembangunan dalam bidang onkologi. Sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap onkologi, Menarini membangunkan empat ubatan onkologi yang sedang dikaji. Dua daripadanya ialah biologik, iaitu antibodi anti-CD157 MEN 1112 dan biologik berkonjugat toksin, antibodi anti-CD205 MEN 1309. Di samping itu, baru-baru ini Menarini menambah dua molekul kecil ke dalam rancangan onkologinya, dwiperencat kinase PIM dan FLT3 MEN 1703 dan perencat PI3K MEN 1611, yang masih dalam peringkat pembangunan klinikal untuk merawat pelbagai tumor hematologi dan/atau tumor pepejal.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.menarini.com

Sumber: Menarini Ricerche

Source: Menarini Ricerche
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries