omniture

Sidang Kemuncak Ekonomi Internet 2018 Serlahkan Pandangan terhadap Inovasi Digital

Pemimpin global daripada syarikat-syarikat baharu hinggalah syarikat-syarikat gergasi internet kongsi pandangan tentang masa depan perniagaan
Hong Kong Cyberport Management Company Limited
2018-04-13 22:52 1080

HONG KONG, 13 April 2018 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Ekonomi Internet (IES) memulakan persidangan tahunannya di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong hari ini. Dianjurkan bersama Kerajaan SAR Hong Kong dan Cyberport berserta Yayasan Pembangunan Internet China sebagai organisasi sokongan, Sidang Kemuncak selama dua hari tahun ini menghimpunkan pemimpin-pemimpin pemikiran daripada syarikat multinasional (MNC), syarikat gergasi teknologi internet, pelabur, perusahaan dan syarikat baharu yang baru bermula untuk bertukar-tukar pandangan unik dan strategi-strategi menarik dalam ekonomi internet global. Bertemakan "Dorongan Baharu untuk Ekonomi Baharu", Sidang Kemuncak ini berjaya menarik lebih 1,400 hadirin pada hari pertama.

Sidang Kemuncak Ekonomi Internet 2018 dua hari telah bermula hari ini. Sempena edisi ketiga ini, Sidang Kemuncak ini menghimpunkan pegawai kerajaan, pemimpin industri, pelabur, pakar teknologi dan eksekutif perniagaan bagi meninjau peluang-peluang pembangunan di bawah ekonomi baharu.
Sidang Kemuncak Ekonomi Internet 2018 dua hari telah bermula hari ini. Sempena edisi ketiga ini, Sidang Kemuncak ini menghimpunkan pegawai kerajaan, pemimpin industri, pelabur, pakar teknologi dan eksekutif perniagaan bagi meninjau peluang-peluang pembangunan di bawah ekonomi baharu.

Meneruskan perbincangan di Forum Perniagaan Asia-Pasifik yang diadakan di Cyberport sebaik sebelum berlangsungnya Sidang Kemuncak, IES 2018 beralih untuk meneroka peluang-peluang pembangunan ekonomi digital di Hong Kong dan wilayah berkenaan. Sidang Kemuncak ini meraikan agenda yang merangkumi semua – termasuk Forum Wawasan, Forum Dewan, Forum Keusahawanan dan Forum Technovation, menghimpunkan lebih 50 penceramah ternama untuk mencetuskan perbincangan mengenai aplikasi teknologi internet, pembangunan bandar pintar, generasi perniagaan seterusnya, inovasi dan keusahawanan, serta kemajuan teknologi dan juga aplikasi perniagaan terhadap kecerdasan buatan, pengkomputeran awan, keselamatan siber dan internet komunikasi benda.

Yang Berhormat Puan Carrie LAM CHENG Yuet-ngor, Ketua Eksekutif Kerajaan SAR Hong Kong, merasmikan majlis pembukaan Sidang Kemuncak ini bersama tetamu-tetamu kehormat yang lain termasuk YB En. Nicholas YANG, Setiusaha Inovasi dan Teknologi Kerajaan SAR Hong Kong, Ir. Allen Yeung, Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan untuk Kerajaan SAR Hong Kong, Dr. Shamshad AKHTAR, Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia dan Pasifik serta Cik QI Xiaoxia, Ketua Pengarah Biro Hal Ehwal Hong Kong, Macau dan Taiwan. Forum Wawasan Sidang Kemuncak berkenaan menampilkan pemimpin-pemimpin daripada syarikat-syarikat teknologi yang cemerlang termasuk En. Winston CHENG, Presiden Antarabangsa untuk JD.com, salah satu peniaga dalam talian yang terbesar di China; En. Zhong Xiangqun, Ketua Pegawai Operasi Bank of China (Hong Kong); En. Yossi VARDI, usahawan bersiri yang paling berpengaruh di Israel dan En. MU Rongjun, Pengasas Bersama dan Naib Presiden Kanan Meituan-Dianping, platform perdagangan gaya hidup dalam talian yang bernilai US$30 bilion.

Penceramah-penceramah terkenal yang lain dalam senarai termasuk wakil-wakil daripada Didi Chuxing, Illumio, Ping An Technology, Amazon Web Services, Facebook dan Google; serta pengasas-pengasas syarikat 'unikorn' tempatan seperti GOGOVAN, penerima bantuan inkubator yang disokong oleh Cyberport, yang membangunkan kesemua proposisi nilai unik dan strategi-strategi perniagaan yang menarik di tengah-tengah ekonomi internet.

Tatkala pemimpin-pemimpin industri berkongsi pandangan di Sidang Kemuncak, teknologi digital telah menakrif semula model perniagaan perusahaan dan membawa perubahan drastik terhadap tingkah laku pengguna. En. Winston CHENG, President Antarabangsa JD.com, berucap tentang transformasi model perniagaan tradisional dengan menjadikan teknologi pintar sebagai pemangkin dan penambahbaikan penglibatan pengguna dengan AI dan teknologi data besar. Dengan Teknologi Kewangan menakrif semula industri perbankan, En. ZHONG Xiangqun, Ketua Pegawai Operasi Bank of China (Hong Kong), berkongsi pandangan beliau tentang bagaimana bank-bank menjalani transformasi dalam perjalanan menuju pendigitan bagi menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan bernilai tambah yang lebih diperibadikan. En. MU Rongjun, Pengasas Bersama & Naib Presiden Kanan Meituan-Dianping, turut menjelaskan bagaimana syarikat telah meningkatkan pengalaman menjamu selera pengguna dan mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan baharu dalam pasaran dengan menggunakan pelbagai aplikasi digital.

Dr. Lee George LAM, Pengerusi Cyberport berkata, "Ekonomi internet telah menakrif semula lanskap sosial dan ekonomi dunia, melangkaui kesemua sempadan geografi dan budaya. Ia turut mengubah bagaimana perniagaan dan organisasi beroperasi dan mencapai kejayaan. Sebagai pemacu utama pembangunan teknologi digital di Hong Kong, Cyberport bertungkus lumus menyokong syarikat-syarikat baharu tempatan dan membantu syarikat-syarikat ini mencapai kejayaan dalam ekonomi baharu. Dengan berganding bahu bersama Kerajaan SAR Hong Kong dan rakan-rakan industri, saya yakin bahawa sektor teknologi digital di Hong Kong akan terus berkembang maju, menjadi pendorong baharu untuk ekonomi Hong Kong dan mewujudkan nilai sosioekonomi yang mampan untuk bandar kami."

Dr LAM turut melahirkan rasa terima kasih beliau atas sokongan hebat daripada rakan industri dan penaja, seperti Bank of China (Hong Kong), yang mana sumbangannya adalah amat penting demi kejayaan pembukaan Sidang Kemuncak.

Foto acara bagi IES 2018 boleh dimuat turun di:
https://drive.google.com/open?id=1YcpztERSAwGnTyjz0T-ygiK6Vz_DzkC4

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180412/2103707-1

Source: Hong Kong Cyberport Management Company Limited
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Trade show news