omniture

Wacom perkenal tablet pen Intuos baharu untuk "Jadi Kreatif"

Wacom
2018-04-16 10:00 593

Tablet pen yang lebih baik dari segi teknologi dan ergonomi digabungkan dengan perisian kreatif memberikan permulaan serta merta kepada seni digital

TOKYO dan SINGAPURA, 16 April 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, Wacom mengumumkan versi baharu yang dinaik taraf dengan ketara bagi tablet pen Intuos untuk individu kreatif yang baru bermula dan juga peminat kreatif. Digabungkan dengan perisian untuk melukis, mewarna dan menyunting imej, tablet Intuos baharu menawarkan permulaan serta merta kepada seni digital. Sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi kreatif pada tahap digital akan berpeluang menikmati pengalaman pen semula jadi, memperbaiki ketepatan dan meningkatkan keupayaan navigasi dalam talian. Peminat komik dan manga yang bercita-cita tinggi, pelukis masa lapang dan jurugambar hanya perlu memuat turun perisian pilihan untuk "menjadi kreatif".

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: http://en.prnasia.com/mnr/wacom_201804.shtml

 

 

Rangkaian Produk Intuos Medium wBT Black Pistachio Berry
Rangkaian Produk Intuos Medium wBT Black Pistachio Berry

 

Intuos Medium Pandangan Belakang Berry
Intuos Medium Pandangan Belakang Berry

 

Intuos Medium Pandangan Belakang Pistachio
Intuos Medium Pandangan Belakang Pistachio

 

Intuos Medium Pandangan Belakang Black
Intuos Medium Pandangan Belakang Black

"Wacom mempunyai legasi dalam menyediakan teknologi terkini dan penyelesaian lengkap untuk pelanggan kami," kata Faik Karaoglu, Naib Presiden Eksekutif, Unit Perniagaan Kreatif, Wacom. "Kami sedia maklum bahawa hanya gabungan perkakasan dan perisian mendayakan permulaan serta merta. Atas sebab inilah kami meminta rakan-rakan perisian terkemuka untuk menyertai kami dalam penawaran tablet pen baharu ini. Kami percaya pelanggan kami akan menyukai Intuos baharu hasil teknologi termaju dan juga pilihan perisiannya."

Setelah membeli Intuos Wacom baharu, pengguna boleh memuat turun perisian kreatif bernilai sehingga $160, termasuk Corel® Painter® Essentials™ 6 untuk reka bentuk dan ilustrasi, CELSYS CLIP STUDIO PAINT PRO untuk mencipta komik dan manga serta Corel® AfterShot™ 3 untuk penyuntingan foto. Pelbagai tutorial video boleh didapati di https://www.wacom.com/en-dk/getting-started/intuos oleh Wacom, Corel dan Celsys akan membantu pengguna bermula.

Ciri-ciri Intuos baharu termasuk penyepaduan Bluetooth tanpa wayar terbina dalam pada beberapa model dan tiga pilihan warna. Disediakan dalam saiz kecil dan sederhana, semua model mempunyai ruang tablet aktif yang sama seperti versi-versi terdahulu namun dengan jejak lebih kecil dan beratnya yang lebih ringan. Bekas pen terbina dalam, empat kunci tekan, penunjuk LED dan bagi model Bluetooth, diberikan penambahbaikan 60 peratus terhadap hayat bateri melengkapkan penaiktarafan produk.

Pen yang disertakan mempunyai 4,096 tahap kepekaan tekanan, teknologi EMR Wacom tanpa bateri dan reka bentuk ergonomik yang lebih baik dengan tambahan berat serta ruang cengkaman sentuhan lembut, ruang mata pen dalam-pen serta penarik-keluar mata pen.

Konfigurasi, Harga dan Ketersediaan Produk
Rangkaian Intuos baharu didatangkan dalam saiz kecil dan sederhana serta menawarkan ciri-ciri berikut:

Wacom Intuos Kecil
Dengan Bluetooth 

  • Pilihan perisian menawarkan pilihan dua daripada tiga muat turun perisian:
    Corel® Painter® Essentials™ 6, Corel® AfterShot™ 3, atau CELSYS CLIP STUDIO PAINT PRO (di China: UDM PAINT PRO)
  • Warna: hitam arang, hijau pistasio atau merah jambu beri (di kawasan-kawasan tertentu)
  • Harga: USD99

Tanpa Bluetooth

  • Pilihan perisian menawarkan pilihan satu daripada dua muat turun perisian: 
    Corel® Painter® Essentials™ 6, atau Corel® AfterShot™ 3
  • Warna: hitam arang
  • Harga: USD79

Wacom Intuos Sederhana
Dengan Bluetooth

  • Perisian: Pembeli boleh memuat turun ketiga-tiga pilihan perisian: 
    Corel® Painter® Essentials™ 6, Corel® AfterShot™ 3, atau CELSYS CLIP STUDIO PAINT PRO (di China: UDM PAINT PRO)
  • Warna: hitam arang, hijau pistasio atau merah jambu beri (di kawasan-kawasan tertentu)
  • Harga: USD199

Wacom Intuos akan disediakan oleh peniaga-peniaga terpilih dan secara dalam talian pada April, 2018.

Latar Belakang Wacom
Diasaskan pada tahun 1983, Wacom ialah sebuah syarikat global yang berpangkalan di Jepun (Bursa Saham Tokyo: 6727) yang mempunyai beberapa subsidiari dan pejabat bersekutu di serata dunia bagi menyokong pemasaran dan pengedaran di lebih 150 negara. Wawasan Wacom untuk mengeratkan orang ramai dan teknologi melalui teknologi antara muka semula jadi menjadikannya pengeluar utama dunia bagi tablet dan paparan pen interaktif selain stilus dan penyelesaian digital bagi tujuan menyimpan dan memproses tandatangan digital. Teknologi termaju pada peranti input Wacom yang intuitif digunakan untuk mencipta beberapa seni digital, filem, kesan khas, fesyen dan rekaan yang paling menarik di seluruh dunia serta memberikan perniagaan dan pengguna di rumah dengan teknologi antara muka utama untuk menzahirkan personaliti mereka. Sila layari www.wacom.com untuk maklumat lanjut.

Lembaran fakta dengan maklumat produk terperinci serta imej dan bahan lain untuk tujuan penyuntingan sedia dimuat turun di sini:
https://wacom.box.com/v/Wacom-Intuos

Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/video/20180329Wacom.mp4
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180410/2084202-1-a
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180410/2084202-1-b
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180410/2084202-1-c
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180410/2084202-1-d

Source: Wacom
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Fashion New products/services